Tuesday, January 18, 2011

Peranan IbuBapa

salam all, menarik tajuk pengucapan awam pagi ni, disampaikan oleh seorang pegawai aku kat tempat kerja ni..pengucapan awam yang bertajuk “Layanan terbalik dari ibubapa yang pelik” masa mula-mula dia bagitau tajuk ni, semua staff saling berpandangan ,cuba memahami la tu..uhu, aku pun,masih kabur-kabur sebab tak dengar lontanan suaranya.. nampaknya bukan aku sorang yang tak dengar :D ,so diaorg suruh pegawai aku tu kuatkan suara, dekat sikit dengan microphone, dengan gaya pengucapan nya tak formal, I mean tak baca teks semata..dia menyampaikan nya dengan baik sekali, gaya spontan..mudah faham, berjaya menarik perhatian semua orang ,kebanyakkan audiens pun adalah ibu bapa..adala 3-4 orang yang single mingle termasuk aku..kuikuikui ..

ok back to our title public speaking, so apa yang cuba disampaikan oleh pegawai aku tu adalah..layanan ibu bapa terhadap anak-anak yang tidak mengikut level atau tahap kefahaman minda diorang mengenai sesuatu situasi, dalam perkataan yang mudah faham, remaja dilayan seperti kanak-kanak dan kanak-kanak kecil dilayan seperti budak dewasa..sebagai contoh, seorang anak yang berumur dalam lingkungan 5 tahun,berlari mendapatkan ibunya yang baru balik dari kerja, cuba untuk menunjukkan sesuatu ,mungkin hasil dari permainan nya sepanjang hari, tetapi ditolak oleh ibunya atas alasan ibu penat baru balik kerja..tetapi kanak-kanak yang tidak mengerti ini terus menarik tangan ibunya berkali-kali dan mengakibatkan ibu nyer terus menjerit memarahi nya..itu kesah pertama, kisah kedua pula, seorang remaja berusia dalam lingkungan 15 tahun kelihatan sedang berbual-bual dengan rakannya mungkin di kedai makan, di tepi jalan lalu terserempak oleh bapa yang melalui kawasan yang sama, lalu ditegur remaja itu oleh ayahnya “buat apa kat sini? Balik rumah baca buku!” itu kesah kedua
Ok kita review kisah pertama tadi, korang rasa budak 5 tahun tu faham ker erti penat baru balik kerja??? Pada minda yang seumur itu, kanak-kanak ini hanya mahu kan perhatian dan kasih sayang, tetapi di layan macam la diorang faham penat balik kerja tu macam mana, sedangkan penat main pun belum tentu lagi diorang faham, itu yang boleh main sepanjang hari tu, bila dah penat terus tidor ,takde masa nya nak fikir..oh macam ni lah penat! .. :p ..ok kisah kedua pulak, pada waktu remaja, diorang dah pandai beremosi,berfikir dan maruah,tetapi di layan seperti budak kecik yang tak tahu apa-apa..tidak menjaga maruah remaja itu dihadapan kawannya..ini akan menyebabkan timbul perasaan dendam dan memberi kesan pada keyakinan diri remaja itu..so Nampak kan ,faham tak? budak kecik dilayan macam budak besar, budak besar di layan macam budak kecik ..

Ada satu lagi kisah..seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7-8 tahun, pulang dari sekolah terus memarahi adik nya maybe usia adik nya dalam lingkungan 3-4 tahun..ditanya oleh ayahnya
Ayah: kenapa abang marah adik?
Abang: sebab cikgu marah abang
Ayah: kenapa cikgu marah abang?
Abang: sebab buku abang kotor tetapi adik yang kotorkan
Ayah: abang ada cakap dekat cikgu adik yang kotorkan?
Abang:(anguk) tapi cikgu cakap itu buku abang jadi tanggungjawab abang untuk menjaganya

..ok kita pergi kepada persoalannya ..persoalannya adalah budak yang berumur 7-8 tahun ini telah diletakkan Accountability dan responsibility pada nya ,waktu 2 istilah tu disebut semua audiens macam waa.. and terfikir-terfikir dan pegawai tu pun komen “kita yang macam sekarang ni pun terpinga-pinga soal Accountability dan responsibility” :D .. so lagikan budak 7-8 tahun tu..apa yang diaorg fikir, time macam ni emosi diorang baru nak terbentuk, soal emosi, soal maruah, soal malu, soal sifat ingin tahu..uhu ..


Ia mengingatkan pada satu kesah yang aku dengar..rasanya aku dengar dalam ceramah la tak pasti dalam tv ka, radio ka or live .. aku cuba nak mengarang kesah tu tapi aku tak ingat kesah dia dengan jelas tapi aku faham apa yang cuba disampaikan..camna nak olah ni??? ok, ada kesah seorang budak dia dimarahi oleh ibunya ,kerana kata ibunya dia dah besar untuk buat perangai macam tu dan selepas beberapa ketika mungkin juga di hari lain, dia dimarahi oleh ibunya atas alasan dirinyer masih kecil ..so kesimpulan nya, budak tu dok fikir..“la kejap kata aku dah besar kejap kata aku masih kecil”..confuse budak tu …kuikuikui…tu pun isu gak tu… 


So kesimpulannya dari kisah-kisah di atas ibu bapa memang kena, mesti kena la, malah perlu, sangat-sangat perlu memainkan peranan yang betul dalam mendidik dan membesarkan anak-anak..jangan ikut sangat emosi-emosi korang yang entah apa-apa tu kan :D ..anak korang..korang jaga la bro! anak kita..kita jaga la.. :)
Kenali lah potensi anak anda, fahami lah situasi mereka ..bentuklah mereka seadanya..sila luaskan ilmu mengenai perihal kanak-kanak dan remaja .. ku tujukan ucapan ni unutk ibu-ibu bapa-bapa diluar sana (cam lagu wali band lak) ..termasuk untuk diriku jua di masa akan datang..insyaAllah


Itulah sedikit coretan dari aku yang belum bergelar ibu bapa tapi punya anak-anak sedara yang happening!! 8 orang dengan 8 ragam yang tak sama..oh yeah! Miss u all..jumpa nanti school holiday! insyaAllah…













semoga ada baiknya, insyaAllah

No comments: