Friday, September 30, 2011

Perjuangan

Sekarang ni aku ngah berdepan dengan masa-masa yang tough.

Betul lah orang cakap dugaan bertunang ni ish ish ..boleh tahan, only survive will succeed beb! but yang survive tu bukan lah yang berbadan tough ker, ilmu tinggi ker..bukan-bukan ,yang survive tu adalah insan-insan biasa yang sentiasa menyerah pada Allah ,insan-insan yang tidak mudah putus asa, insan-insan yang sedar itu adalah ujian dari Allah, tak kisah la macamana pun fizikal and mental nyer ..
Aku..
Akukah insan yang  survive itu? akukah? atau sebaliknya? di mana kedudukan aku? di mana akuuu!?
ok ok ok easy cute girl ..ahaks!
aku pun tak tau mana kedudukan aku..tapi sebelum ni aku sentiasa (sometimes la) nasihat kan kawan-kawan dan cuba menanam kan apa yang aku nasihat kan tu dalam diri aku juga.
Nasihat aku : tempoh bertunang mungkin (waktu ni belum bertunang so takleh cakap dgn konfident la) mencabar, jangan sampai putus tunang :D ..but sometime i got confuse, tak tercapai akalku untuk memikir kan takdir ku sebenarnya so berserah saja pada Tuhan, buatlah apa yang disuruh dan  tinggal la apa yang dilarang ..insyaAllah moga setiap perbuatan ,niat diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

***

Perubahan atau penghijrahan sememangnya bagus la kan ,its suppose to be! it should be! and must be! ..arghhh! tapi perubahan tempat (cubicle kat dalam ofis) bagus gak ker? :( ..mungkin bagus pada sesetengahnya , and mungkin juga tidak pada yang lainnya.. :( ..jap jap sabor cik ct z ..bagus la.. insyaAllah bagus, yang tak bagus dasar yang digunakan untuk mengubahnya :D ..apo aku merepek ni..tak, maksud aku for kes cubicle ni, atas dasar apa dia menentukan cubicle seseorang itu? ya! itu la yang aku cuba taip ni :D ..itu yang aku cuba nak story ni..but benda tu dah lepas pun, wether you like it or not, u have to move! :D ..boleh jer kalau tak bersetuju ,kita kan dibumi yang merdeka Alhamdullilah, negara demokrasi berpelembagaan beb, so anything can discuss meh, pergi la jumpa pihak yang bertanggungjawab kan..? kan..kan..

Aku ok jer ,insyaALLAH nak kata suka ,aku taktau aku suka ka tak, nak kata tak suka pun ,aku taktau gak,aku taktau lagi camna duduk tempat baru kan, belum duduk lagi kan kena duduk dulu baru tahu..(macam familiar jer tagline ni) tapi aku nak tahu la berdasarkan apa diorang tempat-tempatkan staff ni, suka-suka hati diorang ka,boleh pilih-pilih ka tapi masa mana pemilihan dibuat aku taktau pun..itu jer isu nyer, aku taknak la wujudnyer ketidakadilan dalam hal ni..ahaks! poyo lak rasa ..tapi salah aku jugerla naper idak pergi tanya pada pihak yang berkenaankan..kan?..kan? :D ..takpo la..what passed is passed, just get ready to face the future ..(betul ke english aku ni?)

*** like dejavu lak situasi aku sekarang ni ..erm :-? (kenyataan ni takda kena mengena ngn post ni,spontan on my situation now(15:25))
***hope takde isu on my turn as s/u meeting :D .. ~~nebes!

semoga ada baiknya, insyaAllah

Syawal 2011

Assalamualaikum to readers, oleh kerana dah cerita apasal ramadhan aku tahun ni so kena la cerita pasal syawal jugek kan? ..so lets post before Zulkaedah coming! only a few day left :D (erk! dah coming ler smalam today is 2 zulkaedah 1432H :D ..tu la post asyik status draft jerk ..ahaks!)

Termasuk hari ni Alhamdullillah dah 5 hari berpuasa dibulan syawal ini (Puasa ganti der) hope dapat la hikmah berpuasa dibulan syawal :D (Alhamdullilah dah cukup 6hari dibulan syawal, last pose 30 syawal :D)..Allah maha Pengasih dan Pemurah.
(muka tak malu)kerja tak teramana,anugerah nak macam-macam ..manusia manusia =P

So dalam post ini apa yang hendak aku kongsi adalah Alhamdullilah raya tahun ini kitaorang snap pic dengan kamera baru ..ahaks! poyo sekejap :D ..so bergambor tak hengat!
Tahun ini juga ada pertambahan ahli keluarga baru..adik ku kan dah berkahwin awal tahun ni :D ..
tapi tahun ni tak bagi duit raya pulak kat adik-adik ..next time la wey :D ..diorang pun tak perasan kot sbb takda yang claims! ahaks! suker! suker!
Tapi macam kelakar tahun ni sebab kaler baju tak ikut tema..carca merba jadinya ,bukannya per yang geng lelaki claim susah nak jumpa kaler tema :D ..doesn't matter la wey ..yg pompuan pun samer gak lari tema pink ada grey ada , tak sekata uhuks!

Kelainan raya pada tahun ni bagi diri ku ialah status ku (lalalaaa..dgn muka tak bersalah):D .. Aktiviti-aktiviti raya seperti tahun-tahun lepas like berayo bersama rakan-rakan dah takdo sebab geng-geng yang beraya tu sumer dah bertukar status lagi up pada ku, so diorang ikut suami masing-masing lor..takpo i pun idak ler beraya sorang jugek..cuma idok la ikut balik polang ke kampung sebab kampung sabolah ja eh :D ..

(continued on 30/9/2011)
Ingat raya ketiga camtu baru hendak kerumah nya sebab dia pun cuti tak lama tapi raya pertama lagi udah dijemputnyer aku kerumahnya tuk rasa menu raya pertama katanya ,untuk raya ketiga dah takdo menu tu huhu..so pergi ler aku bersama rombongan kutip duit raya a.k.a anak-anak sedara and adik, total 7 orang termasuk aku..so makan-makan kejap sembang-sembang sehingga tertidur anak sedara aku yang sorang tu..

Then petang diorang belah sana lak bertandang ker rumah dia bersama kakaknya and ofcourse ler anak-anak sedara nyor, 2 orang jerk..hihi .After dari rumah aku tu diorang gerak pulak kerumah kakak iparnya, aku tak de la  nak follow.

Alkesah bermula,mungkin syawal tahun ni sangat memberi kesan pada diorang dan mungkin sukar dilupakan sebab ayahnya yang sedang sihat walafiat tetiba terasa sakit dada dan menembuskan nafasnya yang terakhir pada petang hari raya pertama. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin  
Aku selaku bakal ahli keluarga turut merasa kesedihannya ,so raya tahun ni aku tidak kemana-mana begitu juga dia, raya kedua ketiga buat kenduri tahlil sehingga hari ketujuh. Dia pun lambat masuk keja sebab menguruskan hal-hal keluarga selaku anak lelaki bongsu yang single..(aku pun taktau apa kena mengena status nyer tu..ahaks!) ..kekadang aku pun ternyibuk sekali (dia yang ajak aku sibukkan diri :D) .

~~sebenarnya aku pun taktau apa yang aku dok merepek ni, ini gara-gara dah taknak bagi jadi draft post ni so story ja la walapun macam berterabur jer..tapi kisah benar la ..pengolahan jer macam budak tadika cerita ahaks!
~~ah tak best nyer post ni takde gambar!
semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, September 19, 2011

Health N Hygiene part 2

Then pagi tu, aku didapur lagi..yeah! sebab antara orang terawal wuhuu..! so macam biasa jalankan rutin tolong orang masak and terlibat sepenuhnya dalam buat air =P (poyo) buat tea jer pun, buat dalam periuk besar and berapa ek tin susu =P ..then diaorang sampe and sama-sama breakfast. Pastu semua orang kena pergi ke kampung untuk upacara penutup a.k.a penyampaian hadiah dan sumbangan. So aku pun teruja gak la ,ye la nak menengok lagu mana rupernyer kampung tu kan, aku pergi naik 4x4 :D ..saje ngelat taknak jalan wuhuu..! 

Then sampe sana memang siapa sangka dalam hutan bukit yang berliku-liku tu ada kampung ,bukan saja rumah papan jer, rumah batu pun ada tau and sangat kemas means tersusun and(and lagi) kawasan rumah diorang takde rumput macam landskap and(and lagi dan lagi =P)ada satu buah rumah tu dibina atas batu sebab bawah rumah tu ada batu besar! kira bawah rumah dia ada batu la macam tu, rumah tu masih ada tiang la tapi dibina tinggi sebab bawah rumah dia ada batu,huhu cuba fikir masa sebelum maju tu camna kehidupan diorang, dalam hutan tebal wey jadi batu tu sangat membantu la sebagai tempat perlindungan, rumah kita pun daripada batu gak kan..hukhuk, ha rumah dia tu batu yang sebenar =P ..then ada kawasan lapang yang disimenkan i think so segala bentuk majlis buat kat situ pasang kemahkan tapi makesure jangan sampe tersentuh anjing yang berkeliaran disitu k (-_-) and angsa antara haiwan peliharaan diorang (dari mana angsa tu datang ek, mungkin ada kawasan air berdekatan). Diorang ada kereta, ada motor kira maju la ni yang TBB nyer diorang ada band der, live band! harga riban-riban tu, tak padan rumah buluh ada set drum, ada dua jenis gitar and lengkap la untuk main muzik + nyanyi, korang hado? kat kampung korang? huhu..suara orang asli ni boleh dikatakan sedap gak la, maklum la tak makan ais and benda berminyak, hukhu!(pandai ler akunye teori). Sedap tu taktau la kira boleh nyanyi gak la ,bersuara tinggi :D tapi muzik bukan bidang aku so taktau sangat no komen.

Berbalik pada cerita majlis penutup tadi,setelah semua wakil-wakil beri ucapan penutup majlis, sesi penyampaian hadiah pulak and sumbangan untuk semua pihak and ada juga lucky draw and grand prize tempat pertama is sebuah basikal! Scene ni memang best sebab untuk cabutan no last ni semua teruja termasuk penduduk. sumer dah berdiri ni yang tadi duduk,suspens!! orang yang nak menyampaikan pun terketar-ketar,hahaha kelakar the moment! and terlerai sudah bila nama yang bertuah tu dipanggil and akak tu tak pandai naik basikal so kira anak dier la yang untungnya :D ,anak laki pulak per lagi pasti mesti merayap naik bukit =P ..silap aribulan dia yang gendong basikal naik bukit wuhuu..! Ada juga persembahan dari penduduk kampung iaitu tarian sewang diorang la kan, aku pun join der! menari pusing dalam bentuk bulatan tu jer (",) then dah abis sumer bergambar kejap depan banner and balik sekolah semula.

Berkemas-kemas barang, buat post mortems sebelum nak tinggalkan sekolah tu and sebelum gerak tu baru la ada sesi perkenalan sukarelawan almaklum la sebelum ni tak sempat nak berkenalan :D ..then masing-masing pun kenalkan diri and bagi pendapat mengenai program HeHy ini, semua feedback pun positif jer so ok la ,next time buat lagi yeah! then bergerak pulang bagi trip yang pertama adalah driver-driver kereta sebab nak pergi amik kat tempat parking tu sebabnya balik kita akan ikut jalan lain, jalan yang sebelum ni kan ada construction so susah sikit la, so meaning aku trip yang kedua la :D ..barang pun tak banyak so tunggu tak lama and tak banyak trip la. Oh jalan balik ni mencabar jugak (memang mencabar jer jalan pergi balik) tapi lebih dekat and memang jalan yang digunakan penduduk kampung untuk keluar masuk dari bandar. Ada jugak beberapa buah kampung lain sepanjang perjalanan balik tu.

Then kitaorg (trip last)sampai tempat berkumpul kat tepi highway tu, bahagi-bahagi penumpang and kereta mengikut destinasi, sebab destinasi balik tak sama, masing-masing ada plan masing.. ada yang nak balik rumah terus (yang tak masuk kl), ada yang nak naik cameron sekejap g tengok tea+view serta bergambar or beli strawberi and aku dalam kategori tu la , ye la alang-alang dah dekat tu kan singgah la sekejap :D ..beside geng bujang-bujang belaka ,so makan kat Brinchang and g ladang tea tapi dah tutup (kitaorg lambat :( ) so amik gambar jer kat tepi-tepi bukit tea tu and dah penat bergambor sumer kitaorg pun blk la kuar ikut tapah terus kl, dalam kul 11malam camtu sampai la kitaorg kat rumah Salam then i pun gerak polang la selepas mengantor kawan @keramat ..maybe dalam kul12 lebih kot sampe rumah :D ..so tu la antara kesah-kesah, aktiviti-aktiviti yang ku ingat :D, gpun dah lama post ni dok dalam draft ..ahaks!



semoga ada baiknya, insyaAllah