Wednesday, July 06, 2011

Health N Hygiene part 1

Assalam to all, wah hari ni ada sedikit mo0d untuk mengarang ini, so sebagai program pertama yang aku join as volunteer what can i say is ..ok! quite mencabar tapi bila dengar cerita orang - orang yang biasa bersukarelawan ni program kali ni kira kurang la mencabar sikit walapun ada juga cabarannya.

Program ini diadakan di kampung orang asli di cameron highland,iaitu kampung Renglas. Kedudukan kampung ni takde la atas tanah tinggi sangat ,kira untuk ke Brinchang ke Tanah Rata ker nak beli tea ke strawberi ker kena naik atas lagi. Pun begitu laluan kitaorang memang naik bukit la pusing kiri pusing kanan dan pusing lagi and melewati banyak kebun-kebun sayur dalam sarang :D ..bukan open nyer macam ladang tea itu, dioang buat bentuk kapsul-kapsul lak. 

Kitaorang bertolak dari KL dalam pukul 4++ am and masuk cameron ikut susur keluar Tapah. Then amik kiri selepas tol..fuh jauh gak, dalam dalam ..tapi belum ujung la sebab kitaorang behenti pada satu simpang yang mana kalau kita lalu sekadar pandang jer mesti kita tak tahu rupa nya nun jauh di dalam sana ada beberapa perkampungan orang asli, ada sekolah lagi and surau and juga church(mubaligh kristian dah sampe sana dulu). So sepatutnya kitaorang park kereta kat bawah jambatan tu jer (kawasan lapang) sebab kereta-kereta yang biasa ni tak cukup syarat untuk masuk ke dalam :D (ye la tu), bukannya apa dalam dia mencabar bukan tanah rata so 4x4 jer yang sangat sesuai, so oleh kerana tak jadi park situ mungkin dari segi keselamatan ,kitaorang pun pergi la park kat satu kawasan perumahan orang asli yang agak maju ni (perumahan bantuan kot sebab sama jer spesen) kat tepi jalan ,kira tak perlu masuk dalam hutan la, tepi highway jer atas keizinan tok batin di situ. 

So lepas park kereta disitu bermula la perjalanan masuk kedalam dengan 4wheel atau 4x4 atau pajero. Ada 4 biji kesemua nya so kena ikut giliran la sebab volunteer ramai dengan barang lagi mana muat nak sumbat sumer kan sekali serentak perjalanan so 2 untuk barang-barang (ini kena first trip la) satu untuk pasukan ppum and satu lagi antara volunteer yang awal la untuk memasak and kemas barang disana. The rest tunggu trip seterusnya and sekali trip tu fuh memang jauh + mencabar nyer perjalanan dengan construction lagi tepi-tepi bukit tu and jalan yang memang tebing-tebing jer..ui seram tengok bawah,pagar tepi memang takde ler sampe ler ke satu tahap kitaorang kena turun sebab pajero tak larat nak naik, walapun gear satu, tinggi sangat bukit so kitaorang turun la biar driver naikkan kereta dulu..huhu, then perjalanan pun diteruskan dan melewati beberapa kampung, ingat dah sampe rupanya bukan lagi dan lagi dan lagi, kampung tu lagi dalam der memang thrill.

And finally kitaorang sampe juga and park kat sekolahnya. Masak-masak aktiviti sumer buat kat sekolah tu but pasukan ppum pergi kat kawasan perkampungan(ler belom sampe lagi ker kitaorang ni). Rupa-rupanya lain sekolah and kampung Renglas tu means penempatan penduduk tu kat dalam lagi tapi jaraknya takde la jauh sangat. Aku ingat kan kampung yang sebelum-sebelum ni la penduduknya rupanya bukan, dalam selepas sekolah tu ada lagi kampung. So oleh kerana aku antara volunteer yang sampe awal maka masuk dapur la aku, nak sediakan makan untuk tengahari nanti. Dari ajk sukaneka rakyat terjadi ajk masak, ok la takda hal.Volunteer lain pun beransur-ansur sampe and terus jalankan tugas mengikut tugas masing-masing tapi aku maintain di dapur la. So yang lain tu pergi kampung tinggal aku and beberapa volunteer lain la memasak didapur ni. Aku bukanla exactly tukang masak, tolong-tolong ja standard la dok dapur kan :D ..then dalam tengahari kerja-kerja check up kesihatan orang kampung dah siap, baru la orang-orang kampung datang sekolah makan, ramai rupanya, that time aku tak dapat bayangkan lagi la camna kampung diorang kat dalam tu kan.

So after lunch diorang buat sukaneka pulak riuh jugak la and penduduk kampung memang sporting-sporting, kiranya tak malu-malu la nak sertai pertandingan tak kira sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Then lepas sukaneka tu, ada minum petang pula, lepas minum petang penduduk di ajar macam mana caranya hendak membersihkan gigi dengan betul dan kebersihan kuku serta rambut.

Dah setel sumer tu diorang pun balik akan datang semula untuk aktiviti pada malam nanti.

Then semua volunteer pun check up masuk bilik, tidor kat asrama sekolah tu and memang selesa but then kuasa elektrik kena tunggu malam sikit yer..huhu, elektrik guna kuasa jana =P . Masa kitaorang pergi tu ada jugak hujan so tak panas tapi tak sejuk sangat..ok la .Then dah mandi-mandi sumer (alamak air kena catu :D ). Itu jer yang slack nyer air paip tak laju and ada satu dua paip jer yang ada air tapi bilik air ada 3, 4 so kena gilir-gilir la and mandi pun ala kadar jer. And aku diberitahu itu air bukit so sejuukk..! tapi kat surau nya deras pula airnya kat toilet sekolah pun ok juga air so kira ok la tu kat asrama jak.

Then malamnyer aku di dapur lagi, kui kui..and aktiviti malam tu makan sambil tengok wayang pacak citer p ramlee selepas sedikit ulasan dari Doktor yang terlibat berkenaan tahap kesihatan penduduk di situ dan sedikit soalan kuiz and soalan yang berjaya di jawab dengan betul oleh penduduk akan dapat hadiah..huhu,volunteer tengok jer la ek =P . Rezeki banyak jugak sampe orang kampung boleh tapau lagi dengan tepawe sendiri yer(dah bagitau sebelum tu). Dah abih makan aku layan sekejap citer tu sampe part yang aku suka (citer nasib doremi) aku pun balik tidor. Orang kampung yang dewasa nya dah ramai la yang balik, budak-budak maintain lagi sambil makan kat seat depan (aku seat belakang, jauh sikit :D ) so aku taktau sampe kul berapa malam tu baru bersurai.

semoga ada baiknya, insyaAllah