Thursday, April 21, 2011

Laksamana Sunan-bagaikan puteri

Assalam to who's reading, hari ni nak post pasal novel Ramlee Awang Murshid-Novelis Thriller No 1 Malaysia- sekadar amik tagline daripada bukunya :D ..kebenaran tagline tu, i'm not sure and itu bukanlah isu yang akan dikupas disini..tq

Ok berbalik pada tujuan asal post hari ini, sebelum ini aku selalu jer terpandang nama penulis ni waima buku-buku tulisannya sekalipun setiap kali masuk kedai buku sama ada sekadar untuk cuci mata or memang niat ada nak beli buku tapi buku-buku enRAM (Ramlee Awang Murshid) hanya berjaya menarik pandangan ku sekadar jeling-jeling jer sambil terfikir "best ke novel ni? cover macam cerita serius jer, macam takde komedi jer" :P
itulah aku, kalau nak baca novel ,baca yang ada komedi romantik jer and watak utama tu kena caring habis la heroinnya..huhu, takde la karat sangat jiwang! =P
cover and sinopsis belakang buku tu memainkan peranan yang penting bagi menarik minat aku untuk membaca (pendapat untuk diri aku la). Ok habis kesah perasaan and pendapat aku tu, berbalik pada novel trilogi cerita laksamana sunan ni-bagaikan puteri,cinta sang ratu,hijab sang pencinta and cinta sufi..tak pernah terfikir pun untuk membacanya walhal setiap kali pergi kedai buku pasti aku terpandang buku bagaikan puteri tu, selalu jer ternampak (konon-konon memanggil la =P, ayat buku der!!).

So hendak dijadikan cerita, tv di rumah aku sekarang ini sekadar boleh dilihat tidak boleh ditonton (rosak la..) so aktiviti masa lapang aku yang kedua naik satu anak tangga jadi aktiviti utama aku, iaitu membaca. Setelah koleksi bacaan yang sedia hampir nak habis aku kena la cari bahan bacaan yang baru kan sambil menunggu beberapa keluaran novel baru yang dinanti-nanti entah bila hendak keluar :D ,so disuatu hari yang cuti lepak la aku kat rumah kawan aku ni, koleksi novel + bahan bacaan lain memang satu almari kecik kat rumah kawan aku ni..sambil-sambil melayan tv aku terpandang la novel enRAM ni, aku tanya kawan aku tu
aku : "best ker citer ni?"
kawan aku : "best! akak memang suka buku enRAM ni"
aku : "ye ke,best ek tulisan dia?"
kawan aku : "best la bagi akak, kisah-kisah pengembaraan, sejarah-sejarah"
aku : "oh" ,dalam fikiran ku, masa sekolah suka la subjek sejarah, sekarang tak tau la
aku : "nak cuba baca la" sambil menunjukkan cinta sang ratu,dia dah ada kesemua empat tajuk.
kawan aku : "kalau yang novel tu kena mula ngan bagaikan puteri" sambil menerangkan sebab-sebabnya dan aku pulak tertunduk-tunduk hendak keluarkan novel-novel yang dia sebutkan tu :D
so aku pinjam la bagaikan puteri, sebuah ja dulu.

sebab sebelum aku ter nak baca + pinjam buku enRAM ni, aku terpandang ada buku tulisan Hlovate kat almari bukunya tu, ada kawan aku yang lain suka buku tulisan Hlovate, bersemangat ni cerita kat aku tapi bila aku nak pinjam, senyap aja! :P ..ala rumah dia jauh, jarang-jarang melepak bersama, bila berjumpa pulak masing-masing tak ingat pasal hendak pinjam novel :D ..so setelah terjumpa novel tu kat rumah kawan aku ni, maka pinjamlah aku buku tu sebab aku sebagai pembaca novel yan taK berapa nak tegar ni nak jugak tahu camna karya Hlovate yang identiti penulisnya dirahsiakan sangat tu :D ..so selepas dah baca novel Hlovate tu aku cuba la pulak karya enRAM ni. Di sini aku taknak la kupas pendapat aku pasal karya Hlovate tu (macam bagus jak aku nak kupas karya orang! haha!) sebab sekarang aku nak ulas pasal watak laksamana suman yang aku suka tu! :D untuk karya Hlovate, nanti lain post aku buat! ahaks!

so dalam masa satu hari kat rumah aku (tv rosak) habis la aku baca bagaikan puteri tu, AKU SUKA LAKSAMANA SUMAN!! nasib baik watak jer, kalau orangnya bener-bener wujud..gosh! "cinta ini sukar dihalang!" haha! sengal sekejap! so oleh kerana dia hanyalah suatu watak yang dijadikan agak sempurna maka perasaan aku boleh lagi dikawal dengan fikiran yang rasional =P
tapi kenapa ek aku begitu teruja ngan watak tu!? uwaaa...!!

first yang aku terfikir "wujud ke tak laksaman sunan ni? zaman hang tuah lagi beb! tapi tak pernah dengar lansung or terselit-selit pada mana-mana bahan bacaan " pandai enRAM mencampur kan watak ini dengan sejarah yang sedia ada tapi kita pun tak pasti lagi hang tuah tu betul-betul ke tak ek, kan? kan? :D
..tapi watak laksaman sunan tu memang bagus la boleh jadi hidayah pada sesiapa yang dikehendaki Allah, insyaAllah.
Siapa-siapa saja bisa jatuh cinta atau suka sama itu watak laksamana sunan, i guess!

Tersentuh jugak emosi aku ni dengan cabaran-cabaran yang dilalui laksamana sunan tu tapi seperti apa yang ditulis dalam buku tu, kita kena sentiasa bersangka baik pada Allah dan ganjaran atau hikmah dari bersangka baik itu amat lah..(tak terkata)subhanallah sangat indah pada sesiapa yang mahu berfikir. Dalam kesabaran watak laksamana sunan itu menghadapi semua cabaran dia diberi peluang untuk melangkau masa, suatu perkara yang diluar batasan fikiran logik manusia, kita ada? =P yer mungkin itu hanyalah kesah yang direka tetapi ada kan kejadian sebenar dalam AlQuran, Ashabul kahfi walaupun tak sama sepenuhnya tapi apa yang ingin dinyatakan oleh penulis sepanjang novelnya ini ialah nak meningatkan kita bahawasanya tiada kuasa yang lebih besar selain Allah dan kita semua insyaAllah sememangnya dah tahu akan itu tetpai sebagai manusia yang biasa ini kita kena sentiasa diperingatkan maka marilah kita saling mengingatkan antara satu sama lain insyaAllah moga kita menjadi hamba-hamba yang dirahmati insyaAllah, Allah itu bersifat arRahman dan arRahim.

ops macam dah panjang ja post ni :D , ok cukup itu untuk buku episod pertama :D ..next post is episod kedua- cinta sang ratna!



semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, April 18, 2011

Percutian-Labuan

oh tak sangka! last post aku first april!? ..huh! itu menunjukkan ketekunan ku dalam menyiapkan keja :P ,ye la sebab 7 april aku cuti! hihiii..and semasa aku ngah apply untuk cuti tu bos aku telah memberi amanat dan harapan (oh!) supaya siapkan keja sebelum cuti yer =P ..so sebagai pekerja yang bakal mendapat APC nextyear insyaAllah so dengan penuh ketekunan (sebelum ni pun tekun jugak!) aku cuba sebaik mungkin menyiapkan keja, sekiranya perlu stayback,aku stay tapi baki 2 isu jer yang aku belum berjaya buat pada 6 april tu..pun begitu aku tetap cuti 7 april tu..uhu, makluma la ini cuti percutian (?!) means bukan cuti balik kg ini cuti-cuti malaysia, cuti berjalan ditempat orang ..jauh seberang laut sana (jauh la sangat!) . Kira-kira 2 jam 15 minit perjalanan dengan flight AirAsia AK5176 Kuala Lumpur - Labuan (jauh tak? :P )

So hari ini nak mencoret Journey to labuan weh (SEPARUH jerk dulu)!

Assalam all, seperti yang dirancang kan tahun lepas..so bercuti la aku n the geng to labuan ,adela kawan aku cakap..labuan tak best la ..pergi la kota kinabalu ker kuching ker..well isu nya sekarang ni..kawan yang aku nak pergi  jumpa tu dok labuan..kuikui so kira kitaorg ni pergi bercuti sambil jumpa kawan la so dari segi tempat tinggal usah bimbang ..yey! =P ..even labuan pun still nek flight der..aku kan first time! :D ..maklum la dah dewasa ni baru leh jalan-jalan a.k.a bercuti jauh sikit..masa kanak-kanak mana boleh lagi =P ..entah ler harap-harap ok le perut aku ni masa naik flight nanti sebab aku ni antara orang-orang yang agak gayat dengan tempat tinggi-tinggi ni :D like father like daughter =P ..

Teringat aku masa funfair kat tempat aku (masa kecik!), kan ada roda yang besar yang pusing tu kan, aku naik malam tu kira excited + takut la ni nak naik tapi ok la aku ada perasaan nak juga cuba naik..masa roda tu berpusing perlahan-lahan naik ke atas aku rasa perut aku dah ..ringan! oh mana pergi isi dalam perut ku ni segala usus berbagai..mana??? tapi itu perasaan aku jer, aku pun tak muntah ok ..maintaine tau, mainan perasaan jer..~first time! =P so ok la puas hati gak la dah boleh naik tu kan ..kira mission accomplished!

Then masa pergi genting highland hari tu ,aku naik la wheel pusing-pusing tu, ok la takde nervous ke apa ker..aku memang suka walaupun agak gayat tapi aku nak tau apa perasaan masa naik tu..kuikui..orang lain boleh, naper kau takleh kan! haha! ..then aku naik gak space shoot tu (betul ker nama ni, tak ingat lak) ala yang naik tinggi ke atas secara menegak tu then turun secara terkejut argghh! ..fuh! berjaya aku .mission accomplished lagi! ..segala roller coaster aku naik termasuk la yang kat BTS huhu..but most masa kejadian tu berlaku aku pejam mata…hahahhaa! TBB tul aku ni! =P ..ah apa kesah ..janji naik! ..hiahiahiah!

to be continued...


semoga ada baiknya, insyaAllah

Friday, April 01, 2011

Talk Show

Semalam tertonton talk show Cube on ntv7 channel, very interesting topic –my first home scheme- yang dikempen oleh kerajaan sekarang ni. Cube is a youth talk show about current issue. They discuss from their opinion as youth on behalf the other youth. –I’m youth t0o..-

This is what I copy and paste from ntv7 page : "ntv7’s youth talk show, CUBE, provides another engaging platform for them to voice out issues in a casual environment, while providing the latest information on youth activities."

Dan semalam adalah episode 6 bagi musim kedua (musim kedua I think!). Dengan tagline nya “break the cube-find way out”..menarikkan, sama-sama berbincang dalam satu suara satu pandangan as a youth generation. Bersama-sama kita memberikan pandangan dan jalan penyelesaian dalam sesuatu issue, adakah isu-isu sekarang mengambil berat akan hal-hal generasi muda ini? Kerana generasi inilah yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan..Rasullullah pernah bersabda “hendak tahu macam mana keadaan pada masa hadapan ,tengok la pemuda pemudi pada waktu semasa” (ayat telah dikarang mengikut kefahaman penulis, which is..me! =P ) ..

For me, talk show macam ini bagus untuk dipraktikan kerana kita boleh mengeluarkan, berkongsi pandangan dari segi sudut generasi muda dan berkongsi sesame kita and insyaAllah didengar oleh generasi pemimpin kita and mungkin juga masyarakat sekiling.

Talk show ini dapat juga memberi dan menambahkan maklumat-maklumat berkenaan isu yang dibincangkan kepada penonton dalam range yang sama sebagai input tambahan dalam membantu keputusan yang bakal dibuat.

Oh sebelum terlupa, diorang ada bagi tips-tips penggunaan kewangan yang baik, ada 7 tips semuanya tapi taknak highlight kan sebab, first aku tak ingat sepenuhnya tapi aku faham untuk diri aku, second sebab kebanyakkan tips yang dia bagi tu ada yang memang aku apply. Sekian sebab so kat sini yang aku nak highlight kan sangat ialah tips nya yang pertama..kira tips yang penting la ni, tips top seven ,ranking pertama ialah ‘pay for your first!’ kata narrator tu lagi, ini lah kebanyakkan yang orang selalu tak perasan and pandang ringan, walhal sebenarnya sangat memberi kesan pada kita. Terutama aku ..uwaaa…! sangat sedih, suka nak bagi pada orang lain, untuk diri sendiri kurang ..woo..woo..(nangis).

Pay for your first means..bayarkan untuk diri kita dalam erti kata lain..saving first! Ni dapat gaji terus bayar kereta, bayat rumah, bayar hutang..yang tinggal baru bagi pada diri sendiri..silap-silap, tips ni dah pernah aku tahu pada program yang lain tapi dalam bahasa yang agak sopan la kurang dramatic so tak terasa sangat :D ..sekarang dia cakap macam tu , baru la tersenguk sekejap =P ..

So tindakan kita sekarang, dapat jer gaji ,bayar pada kita dulu, g masukkan dalam bank or tabung buluh =P ..pastu yang tinggal baru bayar yang lain-lain, seperti kita bayar yang lain, kita tak boleh ambik semula or minta balik kan ,so begitu juga dengan apa yang kita dah bayar untuk diri kita itu, tidak boleh tarik balik or bahasa yang mudah difahami ambik balik..tidak-tidak! Tidak dibenarkan!!

Come on la ,ingat la itu kita bayar untuk kita, buat apa hendak ambik balik, pergi ambik balik apa yang kita dah bayar untuk orang lain =P ..takde la means akan ada masa yang sesuai untuk kita guna duit yang kita dah bayar itu,like beli rumah, you know.. untuk beli asset, bukan suruh bayar for nothing bro!
So you know who you are and your finance to0 .. =P ..


..ops ada keja la ..BUAT KERJA!


Assalam..see in next post!


semoga ada baiknya, insyaAllah