Tuesday, January 25, 2011

Cuti

Salam all, seperti post aku yang lepas, memang banyak cuti tahun ni hinggakan budak rumah aku pun dok terfikir nak cuti ke tak minggu raya cina ni, bukannya apa, dah banyak cuti rasanya and dia pun tak tahu nak buat apa balik kampung, itu orang yang berkahwin tu, :D ..katanya lagi sebab dia jer yang bercuti orang len keja, tu yang tak best kot :D ..tapi tak kira la apa alasannya, yang pasti dia pun terasa akan kesan cuti yang selalu sangat di awal tahun ni :D ..ingat aku sorang jer..ai itula manusia, time cuti banyak..bising, cuti takda pun bising jugak! Ai..tak bersyukur :D ..beristifar la Zaidah!!

Aku ok sebenarnya aku terima seadanya ..cuti ka tak cuti ka, kita kena pandai managed la..sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan so apa yang kita hadapi pada masa ini, kena la hargai and tahu hadapi la dengan sebaik mungkin, janganla sampai menyesal di kemudian hari ..insyaAllah
Yeah aku dah check bulan 1 and 2 jer yang banyak cuti pastu bulan-bulan akan datang ni..uhu, cuti sendiri dowh..kira kasi chance la ni awal tahun..bercuti uhu, so bulan-bulan depan struggle gak ler..kihkihkih..its ok..apa jua keadaan boleh dihadapi..mungkin tak bagi untung pada kita, bagi untung pada orang len, bila masa bagi untung pada kita, rugi pulak pada orang len..adil baaah..

Kelakar lak kakak sebelah aku ni, print surat cuti sampe 6 ke 5 keping..uhu, untuk cuti next week and next-next week..uhu + EL last week, dok tengah fikir nak hantar semua sekali ker bahagi-bahagi :D ..kalau difikirkan logic antar sekali la kan..dah alang-alang nak p minta sign kan tapi tu la macam banyak jer cuti, walhal satu- satu hari jer tapi untuk 2 bulan and lain-lain minggu tu yang kena print banyak keeping..kuingkuing..layan kan jer akak, g tengok mo0d bos anda..uhu!
Aku nyer dah lepas, tunggu hari nak balik kampung jak ni :D , Alhamdulillah and insyaAllah..harap selamat perjalanan aku pergi balik kampung – tempat cari rezeki :D ..bersama penumpang tetap adik-adik aku! Kali ni + kawan adik aku..pow budak-budak ni pun ok gak ni :D ..hukhuk!

Oleh kerana bulan ni takde hari-hari yang menyebabkan aku perlu untuk bercuti, aku tak apply cuti la ,so terimala cuti awam seadanya ini sebab bulan-bulan akan datang baru aku nak bercuti L ..bulan 2 baru apply cuti :D ..sebab dari kerja 2 hari jer, baik cuti balik kampung, lagipun dah lama tak balik kampung since awal bulan 12 tahun lepas..fuh kira lama gak la ni inda polang kampung..nampaknya tahun ni macam banyak agenda ja, ye la kenduri adik kan..tak kena TIME cuti L ..takpe tahun ni tak perlu simpan cuti sebab dah simpan banyak tahun lepas kan ,lucky me! J Alhamdullilah..

Selain itu, aku ada apply untuk tukar balik kampung, harap rezeki la tahun ni..insyaAllah sekiranya pertukaran ini baik bagi ku maka dekatkanlah ia pada ku..sekiranya tidak Allah lebih mengetahui aku terima seadanya insyaAllah, sesungguhnya Allah tidak akan sekali-kali menzalimi hambanya walau seinci zarah pun melainkan hamba itu sendiri yang suka menzalimi diri sendiri, sedikit terjemahan yang aku faham dari terjemahan yang aku baca.

Sebenarnya post ni untuk semalam tapi bahan rujukan tak cukup, jadi tak diluluskan untuk posting..kuikuikui..yela nanti bila-bila aku baca balik, aku sendiri pun tak yakin..muahahahaaa..blog ni kan untuk rujukan aku masa depan :D ..

So nak post kali ni nak letak gambar koleksi buku aku yang baru, thanks to budak rumah aku yang bagi kat aku walaupun bukan bagi saja :D ..ye la kira ok la tu ketika dia beli buku ini, ingat jugak dia kat aku :D haa..ok la tu :D sharing is caring oh yeah!










semoga ada baiknya, insyaAllah

Friday, January 21, 2011

dress vs shoes

Tahun 2011 ni tahun banyak public holiday dowh..tahun lepas tak banyak macam ni..ye la bergilir-gilir kan :D ..sampai dah bosan aku cuti ni :D ..keja 3 hari cuti sehari..pastu masuk keja balik..pastu cuti weekend, kalo aku takde banyak agenda tahun ni..confirm aku pun amik cuti sambung :D tapi disebabkan untuk menjimatkan cuti so bercuti la aku ala kadar..uwaa…bosan! cuti sekejap-sekejap..nak balik kampung pun tak boleh ,nak pergi johor pun tak boleh jugak..so lepak ja la kat tempat aku mencari rezeki ni  ..nak rasa sedih ke nak rasa happy pun tak tau ni..nak beraktiviti pun, bajet + keadaan kereta macam tak mengizinkan :D ..so keja aku bersihkan rumah jer..keja yang tak pernah abis sama macam mencuci baju..aii..tapi walau apa pun keadaan nya..aku bersyukur, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara: salah satunya lapang sebelum sempit so gunakan masa dengan sebijaknya..hope aku boleh buat apa yang aku taip ni..insyaAllah, show me the way! Amin..

Semalam dalam menyelak-nyelak majalah pengantin :D ..tahun biler entah majalah tu, penyewa sebelum ni punya. Aku pun ke slot fesyen la coz I love fesyen!! Tak kira la fesyen apa pun..aku suka nak tengok so program-program fesyen kat tv memang aku tonton! ~weee…!

So snap la 2 3 keping foto untuk tatapan ‘ahli mensyuarat tingkap’ aku :D ..sweet-sweet ler ,rekaan vera wang memang shu..wiiitt, keperempuanan terserlah..feminin, anggun :D ..tapi most model tinggi-tinggi kan so nampak chantek la pakai apa pun..naper diorang pereka-pereka ni tak design untuk orang yang tak tinggi 7 kaki 5 inci ..macam aku ni :D , erm tak bawak lak catitan aku semalam untuk go0gle dowh..looking for more info :D for me la kan ..designer yang bagus ialah apa yang direka nya bile dikenakan Nampak chantek! Tak kira la siapa pemakai nya ..kan kan.. kira versatile la ,boleh reka untuk semua peringkat umur, untuk semua bentuk fizikal :D ..pendapat aku la..yang nak melukis pun tak pandai. Pastu snap gak satu baju untuk budaya timur ni, untuk majlis akad :D ..ok gak fesyen camni kan tapi kalu tinggi boleh la ..kalu tak tinggi boleh ker gini? Boleh la..boleh boleh..mungkin penggunaan kain kurang ,maklum la tak tinggi :D ..kan jimat tu :D ..

So nak review satu lagi pasal kasut..uh aku sangat obsess dengan kasut! Oh yeah! So search la wedding shoes..fuy0o…! rambang mata dowh melihatnya..aku suka yang bertapak tebal :D ..maklum la aku kan kurang ketinggian, so kena la pakai kasut camtu..dan aku lebih prefer kasut yang tapak dia sama like wedges tu..ha tebal kan tinggi and sama, high heel pun aku suka gak tapi ye la high heel yang runcing-runcing tu takleh pakai selalu sangat and tak boleh berjalan jauh,lama-lama..bagi kesan struktur badan kita kan..seksi memang lo0k seksi tapi seksa badan wey, setakat pakai sekejap-sekejap ok la..tapi pattern yang latest ni telah menarik minat aku dowh untuk memilikinya as koleksi..musti beli nih! tapi sekarang tak berpeluang lagi nak berjalan-jalan window shoping  ..dah tahap kempunan nak beli kasut nih! insyaAllah..insyaAllah

So hari nak menempel foto dress and shoes wedding! Yang memang sesuka hati aku jer memadan-madankannya :D ..pilihan kasut aku tak sesuai untuk gaun tapi tu jer pilihan yang aku rajin nak go0gle :D tapi aku rasa foto ketiga tu ok apa..matching tak?? kuikuikui..kekadang aku ni pun fesyen disaster gak..tau kritik orang nyer fesyen jer..kuikuikui..

            

semoga ada baiknya, insyaAllah

Wednesday, January 19, 2011

ceramah

Salam 12Jan hari tu ada ceramah penerapan nilai islam dalam perkhidmatan awam..tajuk nyer Manusia dan al Quran ..disampaikan oleh yang berbahagia Dato’ Dr Basharudin Tok Guru Hj Panjang Ahmad..fuh ingat lak nama penuh dia..laju jer aku menaip ..uhu..mungkin sebab ini dia dah kali kedua dia datang :p ..dia merupakan seorag pakar perubatan islam dan paranormal nyer orang, means dia pun mengubat gak yang berkaitan paranormal nyer kes, itu bidang dia la..mungkin pakar :D ..dia ubatkan orang dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran sepenuhnya..dia bagi ceramah pun dia suruh audiens rujuk al-Quran untuk menbuktikan kata-katanya..sebab dia orang akademik so bukti mesti ada la..katanya aku sekadar merujuk apa yang dikatanya ..so audiens yang ada al-Quran tu rujuk la..aku? :D pen pun tak bawa..apatah lagi bawa al-Quran :D ..uik mana aku tau bentuk ceramah nyer, ops! Kan dia dah pernah datang :D ..aku tak terfikir la pulak wey nak bawa uwaa..! pen dengan kertas pun tak bawa mau salin baa..luckily kawan aku yang turut join bawa peralatan tu :D ..aku cuma merakam benda-benda yang berkaitan dengan aku ja la, maklumla bateri fon pun tak banyak :D .

Apa yang disampaikan memang sangat membantu, kita boleh mengubat diri kita sendiri sebelum dirujuk pakar..dia punya perubatan memang luas jugak la..samada sakit kanser ker, sakit urat ker, disampuk ker..ha tu bidang dia..well perubatan paranormal yang boleh dipercayai dah didaftarkan ler wey..tiap-tiap malam jumaat dia bacaan tahlil and yaasin so dia jemput la kitaorang join sekali, buat ramai-ramaikan..so far dia cakap memang ramai..so datang lah lagi kita meramaikan ..yang aku ingat untuk dikongsi pastikan rumah kita ada air yaasin samada untuk kegunaan memasak or minum..aku ingat lagi dia usulkan soalan


Dr Basha: kat rumah ada sos tak?
Audiens: ada! (lantang jawab nih, sebab suara yang bertanya pun lantang..)
Dr Basha: kat rumah ada kicap?
Audiens: ada!
Dr Basha: so kenapa boleh tak ada air yaasin?
Audiens: (terdiam!..senyap..terpaku sebentar) :p


.. so u know what to do right? ..saranan Dr Basha gunakan air yaasin dalam setiap masakan kita..

Dr Basha juga ajarkan kitaorg satu ayat dalam surah Al-Imran tapi aku rasa setengah orang dah tau benda ni pada yang selalu attend, join, tonton majlis ilmu macam ni sebab aku dah pernah dengar sebelum ni..so Dr ni kira me’remind’kan la..gengam beras then baca ayat 103 surah Al-Imran, pastu gaulkan semula bersama beras yang lain dalam bekas beras kira bagi campur la dengan beras lain..so insyaAllah keluarga harmoni insyaAllah :D

Pastu seperti yang kita semua maklum, penyakit kan dari Allah so penawarnya pun dari Allah la namun begitu bukan suruh dok diam, tak usaha g jumpa doctor sebab kata penawar dari Allah kan..bukan-bukan itu maksudnya..maksud di sini kita kena usaha sambil tawakal dan doa mohon pada Allah so insyaAllah moga kita terhindar dari perbuatan-perbuatan mengubati dengan cara yang tidak diberkati Allah..insyaAllah..sebaiknya mencegah lebih baik dari mengubati..apa-apa pun hadapilah dengan keyakinan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang ..Ar-Rahman Ar-Rahim ..penyakit kan untuk buang dosa :D ..betul tak statement aku ni..tapi aku biasa dengar orang cakap camni 

Nice to share..thanks to akak ofis ku yang membawa kertas dan pen pada hari itu :D ..so sedikit catitan untuk maklumat bersama..
1 – Dalil mengapa kita tak sujud semasa sbyg jenazah (Ayat 11 Surah Al-A’raf)
2– keluarga harmoni (Panggil suami balik) (Ayat 11 Surah 64)
3 – Beri hidayah pada anak2. Juga utk kaki2 pancing (Ayat 39 Surah Toha)

Ini seringkas yang mungkin la, ada banyak lagi situasi yang kita boleh gunakan ayat-ayat di atas dan ayat-ayat yang lain..nak full kena beli buku ustaz Ismail Kamus.. :D

So rasanya cukup la setakat ini aku mencoret, kang banyak-banyak jadi tak betul lak info, sekadar berkongsi panduan-panduan untuk ku di masa hadapan..uhu.. harap apa yang aku catitkan di sini betul la seperti yang aku dengar, sekiranya aku tersalah dengar atau terlepas dengar ..i’m sorry!! Yang baik tu dari Allah ..yang buruk tu dari aku ..manusia yang biasa ni
Salam

Tiada gambar untuk entry ini

semoga ada baiknya, insyaAllah

Tuesday, January 18, 2011

Peranan IbuBapa

salam all, menarik tajuk pengucapan awam pagi ni, disampaikan oleh seorang pegawai aku kat tempat kerja ni..pengucapan awam yang bertajuk “Layanan terbalik dari ibubapa yang pelik” masa mula-mula dia bagitau tajuk ni, semua staff saling berpandangan ,cuba memahami la tu..uhu, aku pun,masih kabur-kabur sebab tak dengar lontanan suaranya.. nampaknya bukan aku sorang yang tak dengar :D ,so diaorg suruh pegawai aku tu kuatkan suara, dekat sikit dengan microphone, dengan gaya pengucapan nya tak formal, I mean tak baca teks semata..dia menyampaikan nya dengan baik sekali, gaya spontan..mudah faham, berjaya menarik perhatian semua orang ,kebanyakkan audiens pun adalah ibu bapa..adala 3-4 orang yang single mingle termasuk aku..kuikuikui ..

ok back to our title public speaking, so apa yang cuba disampaikan oleh pegawai aku tu adalah..layanan ibu bapa terhadap anak-anak yang tidak mengikut level atau tahap kefahaman minda diorang mengenai sesuatu situasi, dalam perkataan yang mudah faham, remaja dilayan seperti kanak-kanak dan kanak-kanak kecil dilayan seperti budak dewasa..sebagai contoh, seorang anak yang berumur dalam lingkungan 5 tahun,berlari mendapatkan ibunya yang baru balik dari kerja, cuba untuk menunjukkan sesuatu ,mungkin hasil dari permainan nya sepanjang hari, tetapi ditolak oleh ibunya atas alasan ibu penat baru balik kerja..tetapi kanak-kanak yang tidak mengerti ini terus menarik tangan ibunya berkali-kali dan mengakibatkan ibu nyer terus menjerit memarahi nya..itu kesah pertama, kisah kedua pula, seorang remaja berusia dalam lingkungan 15 tahun kelihatan sedang berbual-bual dengan rakannya mungkin di kedai makan, di tepi jalan lalu terserempak oleh bapa yang melalui kawasan yang sama, lalu ditegur remaja itu oleh ayahnya “buat apa kat sini? Balik rumah baca buku!” itu kesah kedua
Ok kita review kisah pertama tadi, korang rasa budak 5 tahun tu faham ker erti penat baru balik kerja??? Pada minda yang seumur itu, kanak-kanak ini hanya mahu kan perhatian dan kasih sayang, tetapi di layan macam la diorang faham penat balik kerja tu macam mana, sedangkan penat main pun belum tentu lagi diorang faham, itu yang boleh main sepanjang hari tu, bila dah penat terus tidor ,takde masa nya nak fikir..oh macam ni lah penat! .. :p ..ok kisah kedua pulak, pada waktu remaja, diorang dah pandai beremosi,berfikir dan maruah,tetapi di layan seperti budak kecik yang tak tahu apa-apa..tidak menjaga maruah remaja itu dihadapan kawannya..ini akan menyebabkan timbul perasaan dendam dan memberi kesan pada keyakinan diri remaja itu..so Nampak kan ,faham tak? budak kecik dilayan macam budak besar, budak besar di layan macam budak kecik ..

Ada satu lagi kisah..seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7-8 tahun, pulang dari sekolah terus memarahi adik nya maybe usia adik nya dalam lingkungan 3-4 tahun..ditanya oleh ayahnya
Ayah: kenapa abang marah adik?
Abang: sebab cikgu marah abang
Ayah: kenapa cikgu marah abang?
Abang: sebab buku abang kotor tetapi adik yang kotorkan
Ayah: abang ada cakap dekat cikgu adik yang kotorkan?
Abang:(anguk) tapi cikgu cakap itu buku abang jadi tanggungjawab abang untuk menjaganya

..ok kita pergi kepada persoalannya ..persoalannya adalah budak yang berumur 7-8 tahun ini telah diletakkan Accountability dan responsibility pada nya ,waktu 2 istilah tu disebut semua audiens macam waa.. and terfikir-terfikir dan pegawai tu pun komen “kita yang macam sekarang ni pun terpinga-pinga soal Accountability dan responsibility” :D .. so lagikan budak 7-8 tahun tu..apa yang diaorg fikir, time macam ni emosi diorang baru nak terbentuk, soal emosi, soal maruah, soal malu, soal sifat ingin tahu..uhu ..


Ia mengingatkan pada satu kesah yang aku dengar..rasanya aku dengar dalam ceramah la tak pasti dalam tv ka, radio ka or live .. aku cuba nak mengarang kesah tu tapi aku tak ingat kesah dia dengan jelas tapi aku faham apa yang cuba disampaikan..camna nak olah ni??? ok, ada kesah seorang budak dia dimarahi oleh ibunya ,kerana kata ibunya dia dah besar untuk buat perangai macam tu dan selepas beberapa ketika mungkin juga di hari lain, dia dimarahi oleh ibunya atas alasan dirinyer masih kecil ..so kesimpulan nya, budak tu dok fikir..“la kejap kata aku dah besar kejap kata aku masih kecil”..confuse budak tu …kuikuikui…tu pun isu gak tu… 


So kesimpulannya dari kisah-kisah di atas ibu bapa memang kena, mesti kena la, malah perlu, sangat-sangat perlu memainkan peranan yang betul dalam mendidik dan membesarkan anak-anak..jangan ikut sangat emosi-emosi korang yang entah apa-apa tu kan :D ..anak korang..korang jaga la bro! anak kita..kita jaga la.. :)
Kenali lah potensi anak anda, fahami lah situasi mereka ..bentuklah mereka seadanya..sila luaskan ilmu mengenai perihal kanak-kanak dan remaja .. ku tujukan ucapan ni unutk ibu-ibu bapa-bapa diluar sana (cam lagu wali band lak) ..termasuk untuk diriku jua di masa akan datang..insyaAllah


Itulah sedikit coretan dari aku yang belum bergelar ibu bapa tapi punya anak-anak sedara yang happening!! 8 orang dengan 8 ragam yang tak sama..oh yeah! Miss u all..jumpa nanti school holiday! insyaAllah…













semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, January 17, 2011

tech. update

10Jan ada 11Jan hari tu ada technology update bagi sesi pembelajaran ler, antara aktiviti yang ada di ofis kesayangan ku ini.. sesi pembelajaran kali ni berkisar technology update means Teknologi-teknologi terkini yang terdapat dalam pasaran so presenter adalah wakil-wakil vendor yang berminat..hari first ada 3 vendor dari Symantec,Hp and … (tak ingat) yang bestnya pihak dari HP ada bagi go0dy bag ..~weee…! stationary by Hp-Hewlett Packet..pink color lor.. :D
Sedikit review yang aku faham la untuk bacaan pada masa hadapan ..uhu, untuk slot pertama is about system untuk kemudahan migrasi data and slot kedua about printer and slot ketiga also same with slot pertama ..migrasi data but not really the same aplikasi system la..lain-lain company kan :D and for second day
………
Erk! Yang second day ..aku tak masuk :D ..aku tak ingat daa…uwaa..! aku inda bersalah bah.. ..aku sedar pun dah terlewat  ..takpe-takpe next time nyer la technology update 
So cukupla untuk hari ini sebagai rujukan di masa hadapan .. (syok sendiri ler plak ,ah! blog aku kan)











semoga ada baiknya, insyaAllah

Friday, January 14, 2011

share

salam all, hari ini rasanya aku taknak mencoret banyak aku cuma nak share link ni jer ..kredit tu blog melayukuHebat..mungkin ramai yang baca benda ni sebab blog melayukuHebat ni pun femes gak :D ..aku jer baru jumpa akhir-akhir ni tapi aku tetap nak share jugak sebab aku suka la :D ..so this is the link ..nice to share baaa.... and sebagai rujukan ku juga for the future :D
http://melayukuhebat.blogspot.com/2010/12/memohon-doa-dimakbulkan.html

semoga ada baiknya, insyaAllah

Tuesday, January 11, 2011

alkesah aku

Salam all ..hari ni nak post..post-post yang tergendala so campur-campur gak ni..tapi semua tu kesah aku..originally aku :D .. ~apa aku merepek ni?
***
Sebelum tidor tepuk bantal??? Bunyi macam pelik tapi mungkin ada benarnya..sakit tengkuk aku ni hari tu .. mengimbas balik kisah hari itu aku bukan jatuh bantal pun cuma aku rasa masa aku dalam keadaan separa sedar aku telah memalingkan kepala aku ni hingga memberi kesan kepada leher aku ni..adush sakit!! ish apa sebab la aku p pusing sampai terteleng wey?!  Dalam keadaan separa sedar tu jugak..boleh pula aku urut leher aku ni perlahan-lahan sambil dalam kepala otak ligat dok fikir..nak kena EL ker ari ni :D ..~weee..! sempat lagi tu..tapi betul baaa..sakit..tak berani nak paling mana-mana dah..statik ja kepala aku ni..tapi sebab awal pagi lagi so boleh la urat leher aku ni menyembuhkan diri :D.. so ke ofis jugak la aku hari itu, selamat cuti aku huhu ,tapi masih ada lagi kesan-kesan kesakitan tu kat ofis :D ..mungkin sebab hujan kot so urat pun jadi macam kejang maybe..lagipun sehari sebelum tu takda aktiviti luar ,takde aktiviti regang-regang badan ..uhu like today (6-1-11) I have badminton tapi entah ler ..leher aku ni cam tak stabil lagi ni .. :( 
***
oh aku main jugak ler badminton..aku kena main, sebab tak cukup pemain :D ..bunyi macam bagus jer kena main jugak :p so kitaorg main double ..ok gak permainan aku ni..kena banyak belajar lagi apatah hari tu bermain dengan pemain amatur..nice! banyak gak teknik-teknik yang dipelajari secara tak langsung..~weee..! semalam I wonder why I rasa macam lemah sikit, I mean penat, sebab nya demam dowh…uhu tak pandai jaga diri sendiri gak aku ni :p .. tapi hari ini dah sehat sepenuhnya la Alhamdullilah ..ni demam gara-gara tak basuh kepala bila terkena hujan petang pada hari-hari yang lepas..
***
Last few day..adik aku dah bagi tau tarikh untuk mengadakan hari besar beliau :p ..kenduri kawen dowh..waaa…sapu tangan la aku untuk menerima habuan ni :D .. seperti post aku sebelum ni, langkah bendul..yer dia telah melangkah bendul kat  rumah aku so kena denda! :p .. so tahun ni insyaAllah rumah aku ada kenduri la selepas hampir 7 tahun jugak la takde kenduri kawen ..uhu ..so adakah akan diikuti oleh ku??? :P poyo xoxo! ..tapi tarikh dia bagi tu menyebabkan aku kena cuti 5 hari daa..! abis cuti aku wey! Aku pun nak bercuti gak nanti..tapi tu la aku dah tanya dia ..takleh adjust sikit ka??? hm dia cakap nanti diskas len ..ada gumbira sikit di situ ~weee…! Ye la bulan 4 ni insyaAllah nak bercuti g seberang laut ni..cuti lagi! luckily cuti raya cina ni macam ngam-ngam jer ..so bercuti panjang gak la balik kampung!
***
Anak sedara aku si amri tu nangis masa hari first kat tadika ..aku tak sangka dia akan nangis ..serius kelakar!!!! Nanti balik kg aku nak sound la budak kecik tu …attitude brutal tapi dalam hati ada taman …taman bunga ros lagi :p yang abang nya tu pulak ok dah tahun satu tapi ish pandai manage duit ke budak tu :p ..ish aku ni patut nya kena bagi galakan, dorongan ka sokongan ka :p ..ini tak meng’kondem’kan  ja :D ..bukan meng’kondem’kan tapi bagi diaorg terbakar sikit ..uhu ..baru mencabar ..kuing..kuing..aku taktau la aku pura-pura terkejut, atau memang betul-betul terkejut bila kakngah aku gtau duit belanja naim ke sekolah hari-hari berapa sebab nilai tu sama dengan nilai duit belanja aku g sekolah masa sekolah menengah bro! itu termasuk tambang bas g balik tau!! ..fuyo0..! ish ish ..budak-budak sekarang ops! Kejap ..budak-budak sekarang ker taraf hidup sekarang :D ..taraf hidup sekarang dowh….aku pun rasa macam masih misteri lagi macam la dengan duit belanja aku pada masa sekolah rendah dulu sebab duit belanja aku hari-hari adalah 30posen..tu pun makan kenyang tau! maskudnya takde la rasa tak cukup makan ..siap balik sekolah bleh eksrem lagi..ops jap aku beli ke tak ek? Maklumlah rumah dekat sekolah ..terus balik kot wee…! Belum pandai merewang lagi..budak sekolah rendah la katakan, kat kampong lak tu :D .. tapi mana kan leh sama dengan budak sekolah rendah sekarang, fuyo0! advance tapi kat kampong still terkawal la :D ..ops ye ke :p hope so!!
***
hari ini tak post apa-apa pic la :D .. yang pasti semoga ada baiknya insyaAllah

Friday, January 07, 2011

my nephew

Salam all.. dah lama nak cerita alkesah budak-budak ni ..sebelum ni dah ada post title nephew, ini my nephew so kira tak sama la :D .. kali ini coretan mengenai 8 orang anak sedara aku :D ..dari 2 orang kakak aku ..uhu ..
Menaip sambil melayan lagu kuch kuch hota hai, yer aku memang layan citer hinsdutan :D .. maklumla jiwa penyayang ..ye ke ada kena mengena ker dengan citer hinsdutan? :D weee…!
Back to the title, anak sedara aku yang sulung..kira cucu first in my family la..and cicit first :D uhu ..anak kaklong aku and it’s a girl dan sekarang di tahun 5..hah! dah darjah 5?! Dah 11 tahun umur budak tu?! biar betik!! Cet! Sungguh tak peka aku sebagai aunty nya..ai cepat betul masa berlalu or diaorg yang cepat membesar? :D tapi tak besar mana pun budak tu sebab tu tak perasan akan penambahan umur nya , maklum la anak sedara semakin bertambah..so terlepas pandang sikit :D ..cet salahkan masa,uhu..
So anak kaklong yang kedua, tahun ni darjah 1..also girl! Budak ni memang membesar sikit! Oh kalau dia baca ni kompom dia marah..hahahaaa..dah pandai membaca tau!
Dan lahir pada tahun yang sama and bulan yang sama jugak.. anak kakngah aku ..baby boy! Ha tahun ni pun budak tu darjah 1 jugak ..ni lagi la ..takde tumbesaran aku tengok ..besar lagi beg sekolah darinya ..uhu ,hah camna la dia menghadapi persekolahan ni, masa tadika asyik dok buat loyar buruk ja dengan cikgu ..uhu ..sukati ko la naim
So next anak kakngah yang kedua, sekarang umur berapa ek? Alamak tak peka nya makci nya ini :D ..tapi dah masuk tadika la :D ..ini attitude boleh tahan..sakit kepala melayan ,naik tension pun ada..ai macam-macam ragam..ops forgot to tell..its boy again :D ..hero juga
Then the fifth , it’s a girl anak kaklong..ha ini memang minah brutal ni..buat kepala dia ja..tapi biasa la attitude kanak-kanak, comel..ha orang dewasa la kena pandai main peranan..yiha! and I think I am a go0d aunty..lalala… whatever u guys think! Huh..apa komen kakak aku ni..dia pun baca gak blog ni :D ..kompom kena bantai nanti..lalalaaa…(sentiasa buat muka tak bersalah)
Yang keenam..campur-campur language dah blog aku ni, ah tak kisah la ,yang keenam anak kaklong aku..girl lagi! So kaklong aku masih mencari hero nya :D ..ha yang ni punya style lone ranger..tak boleh masuk langsung dengan kakak-kakak nya :D ..macam-macam..kelakar betul..tapi kesemua anak kaklong aku boleh dikategorikan sebagai “anak ayah” uhu so kaklong aku rilek sikit bila diaorg demam ke apa ker sebab sumer lebih suka “menyusahkan” ayah diaorg sampai abglong nak pergi kursus jauh-jauh pun tak boleh..hahaha.. :p
Then yang ketujuh..fuh! letih gak aku nak menaip ni :D ..yang ketujuh anak kakngah ..lelaki lagi! Well kakngah pulak masih menanti heroin nya :D ..but I think its fair baa..for us, my family  :D wee..! kira balance la ..lelaki  ada pompuan pun ada..sumer layan sama rata juga..bukan orang lain anak sedara aku tu,cucu mak and ayah aku :D ..yang ini takleh lagi nak tahu perangai macam mana sebab dalam proses pembelajaran :D ..
Then last but not least ..the eight , anak kaklong aku ..hero ma!!… finally penantian kaklong and abglong berakhir dengan kemunculan heronya ini ..aku ada cakap kat kaklong aku ‘camna la budak aman ni akan membesar dengan kakak2nya yang bermacam ragam tu’ uhu ..kaklong aku reply aku cakap :p ‘buat kepala la budak ni, anak jantan tunggal ayah la katakan’ lebih kurang ler maksud kakak aku yang telah diedit supaya lebih dramatic :D ..
So sekian lah kesah anak-anak sedara aku ..gosh! miss them all!! ..


-semoga ada baiknya..insyaAllah-

Thursday, January 06, 2011

Tahun baru

Oh baru aku perasan post last aku adalah tahun lepas..agak lama :D so post aku semalam merupakan post yang first untuk tahun ini ..so dalam erti kata lain aku tak wish lagi “Selamat tahun baru” pada blog aku ni :D ..bunyi cam lama ja last post tahun lepas uhu..walhal last year=last week :D .. pada tarikh ini weee…!
***
So dah tahun 2011, soklan sumer orang since last year ..bila nak kawen makci? Gosh!!! Takde soklan lain kah yang sesuai ditanya untuk ku..walaupun sekadar omong-omong 0 .. oh ..tapi takper aku dah standby dengan jawaban mengikut peringkat umur yang bertanya :D ..juga mengikut jantina yang bertanya ..uhu! woot!
***
So apa azam aku tahun ni? jap nak refer balik apa azam aku tahun lepas ek??? :D aku ingat lagi public speaking ujung tahun 2009 ,aku bicarakan soal azam untuk 2010 :D ..tapi berkesan kah public speaking tu pada aku ..apa azam aku ek???
>Yang terlintas di fikiran aku sekarang apa yang aku nak capai untuk tahun ni adalah..ubah attitude dow!! Contoh macam..update blog recently pless..tapi jangan la update syok sendiri..uhu ..kena buat kajian ni
Then the second, settle kan hutang, hutang kereta ka, hutang belajar ka..segala bentuk hutang la and settle kan dengan penghutang-hutang juga.. :D pemurah sangat aku ..well kena la tolong orang then insyaAllah orang pun senang tolong kita ..kan? kan? weee…!
Then kawen ker??? :D boleh dikategorikan sebagai azam ker tu??? ops bukan mohd azam ..huhu ..ok sil abaikan statement di atas..
So far tu jer yang terlintas..oh oh one more thing .. saving baaa…! Must!! Mesti kena mula menyimpan tak kisah la banyak ka sikit ka..ai dah cukup 3 tahun kan bekerja..tak pandai manage lagi ker  ..marah sambil mengetuk  meja dengan jari ~ :D
so nak post wish ni ..homemade tau! :p ..malas dah nak cari letter H :D 
-semoga ada baiknya..insyaAllah-

Wednesday, January 05, 2011

piala AFF

salam..yeah! Alhamdullilah finally Malaysia menang untuk piala aff suzuki kali ini..aku menjadi penonton setia untuk kedua-dua final itu :D ..
uwaaa..lamanya tak post sebab agak tiada mo0d untuk mengarang post, maklum la aku kan bukan pengarang :D ..now i know why i'm not become a pengarang or penulis sebab..terlalu ikut mo0d nak menulis :D ..tak sesuai tak sesuai..mungkin sebab aku rasa aku tak pandai dalam nak mengarang walhal i have a lot of story :) ..
yer kita kena garisan pada perkataan yang tak best sebab sama erti perkataan kita adalah doa so begitu juga penulisan kita..juga adalah seperti berdoa so bila berdoa mesti kita minta yang baik-baik jer kan :)
***
oleh kerana jumaat adalah cuti yang agak mengejut PM bagi so plan aku dok rumah jer kemas rumah yang tak pernah abis, cuci baju yang hari-hari pun buat..maklum la pakai baju hari-hari kan so cuci pun kena hari-hari la :p
next saturday sesi apa pulak ek? masih sama..masih mengemas :D tak habih lagi ka makci..yo la nak berkemas sepenuhnya pun ikut mo0d gak :D ..tapi kali ini aku mengemas bahagian dapur lak like cuci dapur gas, kemas meja, cuci segala bekas yang berhabuk , hantar barang recycle pada tempat recycle..
and next sunday ..mop lantai bilik ,ruang depan, dapur..kalau isnin cuti jugak aku rasa sekali dengan tv aku cuci!  giler bosan! ah! ..nak balik johor..adess malasnyer naik bas, penat! kita jumpa cuti raya cina jer kaklong :D ..nak balik kedah..pun penat a.k.a malas dow..naik bas :D ..kalau kemudahan bas express depan rumah jer ok gak..ni adoi banyak perhentian!
***
monday..masuk keja tapi kat ofis berapa jer yang ada..sonyap sunyi ha, maklum la kan first day persekolahan so masing-masing pun amik cuti hantar anak g sekolah..anak sedara aku pun 2 orang tahun ni darjah satu..entah ler camna diorg..yang pasti tidak nangis k..dah biasa tadika..beza uniform jer..uhu
erm windunya nak jumpa diaorg..ok anak2 insyaAllah kita jumpa cuti raya cina nanti..ok!
on tuesday..yesterday lor..aku main badminton lepas kerja tu..main single, best ar..terasa seluruh anggota badan..sebelum ni main double so macam takde la sengit :D ..so semalam memang awal ler aku tidor..and tersedar awal tapi bangun lewat :p ..tak basuh baju jugak semalam..uwaa..! berbau ler rendam lama-lama..
i wish not! baru semalaman :D
***
and today..this is what happen la..uhu :D
today nak post pantai yang kelihatan d putrajaya :D

-semoga ada baiknya..insyaAllah-