Tuesday, November 01, 2011

Kesah Oktober

Assalamualaikum readers, seperti tajuk di atas bulan Oktober diakhiri dengan pemergian seorang rakan kerja aku di pejabat yang indah ini. My cubicle jiran, and as a neighbour partion a.k.a ahli mensyuarat cubicle a.k.a ahli bersembang ,makan-makan, aku takda sewaktu kejadian untuk memberi penghormatan terakhir padanya kerana off to JB , begitu juga ahli-ahli yang lain masing-masing tiada diputrajaya semasa kejadian. Sesuatu yang tak diduga kan ,walaupun dia sememangnya telah lama kurang sihat, pemergiannya itu tidak disangka tapi sesungguhnya Allah lebih mengetahui ,itula yang terbaik baginya ..insyaAllah ada masa akan melawat kerumah kakaknya bersama kawan-kawan lain yang tidak berkesempatan melawatnya tempoh hari ..

ok tutup cerita atas.

Yeah abih oktober masuk la november ..Alhamdullilah dipanjangkan umur untuk menjadi hamba yang sedar diri. InsyaAllah ..and bulan ni jugak aku akan bertukar status ..argh!!! taktau gak apa perasaan aku sekarang ..ngee!

ok what ever.

Persiapan:
kad jemputan kawan X
barang hantaran :)
baju akad :)
baju resepsi :)
photographer !
bilik/meja makan !*
menu ?
hias barang hantaran ?X
ole ole ?X

~~apo laie yang tertinggal ni ..

esok la sambung ..

(moga majlis zaidah berjalan lancar ..amiinn...insyaAllah)


semoga ada baiknya, insyaAllah

Friday, September 30, 2011

Perjuangan

Sekarang ni aku ngah berdepan dengan masa-masa yang tough.

Betul lah orang cakap dugaan bertunang ni ish ish ..boleh tahan, only survive will succeed beb! but yang survive tu bukan lah yang berbadan tough ker, ilmu tinggi ker..bukan-bukan ,yang survive tu adalah insan-insan biasa yang sentiasa menyerah pada Allah ,insan-insan yang tidak mudah putus asa, insan-insan yang sedar itu adalah ujian dari Allah, tak kisah la macamana pun fizikal and mental nyer ..
Aku..
Akukah insan yang  survive itu? akukah? atau sebaliknya? di mana kedudukan aku? di mana akuuu!?
ok ok ok easy cute girl ..ahaks!
aku pun tak tau mana kedudukan aku..tapi sebelum ni aku sentiasa (sometimes la) nasihat kan kawan-kawan dan cuba menanam kan apa yang aku nasihat kan tu dalam diri aku juga.
Nasihat aku : tempoh bertunang mungkin (waktu ni belum bertunang so takleh cakap dgn konfident la) mencabar, jangan sampai putus tunang :D ..but sometime i got confuse, tak tercapai akalku untuk memikir kan takdir ku sebenarnya so berserah saja pada Tuhan, buatlah apa yang disuruh dan  tinggal la apa yang dilarang ..insyaAllah moga setiap perbuatan ,niat diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

***

Perubahan atau penghijrahan sememangnya bagus la kan ,its suppose to be! it should be! and must be! ..arghhh! tapi perubahan tempat (cubicle kat dalam ofis) bagus gak ker? :( ..mungkin bagus pada sesetengahnya , and mungkin juga tidak pada yang lainnya.. :( ..jap jap sabor cik ct z ..bagus la.. insyaAllah bagus, yang tak bagus dasar yang digunakan untuk mengubahnya :D ..apo aku merepek ni..tak, maksud aku for kes cubicle ni, atas dasar apa dia menentukan cubicle seseorang itu? ya! itu la yang aku cuba taip ni :D ..itu yang aku cuba nak story ni..but benda tu dah lepas pun, wether you like it or not, u have to move! :D ..boleh jer kalau tak bersetuju ,kita kan dibumi yang merdeka Alhamdullilah, negara demokrasi berpelembagaan beb, so anything can discuss meh, pergi la jumpa pihak yang bertanggungjawab kan..? kan..kan..

Aku ok jer ,insyaALLAH nak kata suka ,aku taktau aku suka ka tak, nak kata tak suka pun ,aku taktau gak,aku taktau lagi camna duduk tempat baru kan, belum duduk lagi kan kena duduk dulu baru tahu..(macam familiar jer tagline ni) tapi aku nak tahu la berdasarkan apa diorang tempat-tempatkan staff ni, suka-suka hati diorang ka,boleh pilih-pilih ka tapi masa mana pemilihan dibuat aku taktau pun..itu jer isu nyer, aku taknak la wujudnyer ketidakadilan dalam hal ni..ahaks! poyo lak rasa ..tapi salah aku jugerla naper idak pergi tanya pada pihak yang berkenaankan..kan?..kan? :D ..takpo la..what passed is passed, just get ready to face the future ..(betul ke english aku ni?)

*** like dejavu lak situasi aku sekarang ni ..erm :-? (kenyataan ni takda kena mengena ngn post ni,spontan on my situation now(15:25))
***hope takde isu on my turn as s/u meeting :D .. ~~nebes!

semoga ada baiknya, insyaAllah

Syawal 2011

Assalamualaikum to readers, oleh kerana dah cerita apasal ramadhan aku tahun ni so kena la cerita pasal syawal jugek kan? ..so lets post before Zulkaedah coming! only a few day left :D (erk! dah coming ler smalam today is 2 zulkaedah 1432H :D ..tu la post asyik status draft jerk ..ahaks!)

Termasuk hari ni Alhamdullillah dah 5 hari berpuasa dibulan syawal ini (Puasa ganti der) hope dapat la hikmah berpuasa dibulan syawal :D (Alhamdullilah dah cukup 6hari dibulan syawal, last pose 30 syawal :D)..Allah maha Pengasih dan Pemurah.
(muka tak malu)kerja tak teramana,anugerah nak macam-macam ..manusia manusia =P

So dalam post ini apa yang hendak aku kongsi adalah Alhamdullilah raya tahun ini kitaorang snap pic dengan kamera baru ..ahaks! poyo sekejap :D ..so bergambor tak hengat!
Tahun ini juga ada pertambahan ahli keluarga baru..adik ku kan dah berkahwin awal tahun ni :D ..
tapi tahun ni tak bagi duit raya pulak kat adik-adik ..next time la wey :D ..diorang pun tak perasan kot sbb takda yang claims! ahaks! suker! suker!
Tapi macam kelakar tahun ni sebab kaler baju tak ikut tema..carca merba jadinya ,bukannya per yang geng lelaki claim susah nak jumpa kaler tema :D ..doesn't matter la wey ..yg pompuan pun samer gak lari tema pink ada grey ada , tak sekata uhuks!

Kelainan raya pada tahun ni bagi diri ku ialah status ku (lalalaaa..dgn muka tak bersalah):D .. Aktiviti-aktiviti raya seperti tahun-tahun lepas like berayo bersama rakan-rakan dah takdo sebab geng-geng yang beraya tu sumer dah bertukar status lagi up pada ku, so diorang ikut suami masing-masing lor..takpo i pun idak ler beraya sorang jugek..cuma idok la ikut balik polang ke kampung sebab kampung sabolah ja eh :D ..

(continued on 30/9/2011)
Ingat raya ketiga camtu baru hendak kerumah nya sebab dia pun cuti tak lama tapi raya pertama lagi udah dijemputnyer aku kerumahnya tuk rasa menu raya pertama katanya ,untuk raya ketiga dah takdo menu tu huhu..so pergi ler aku bersama rombongan kutip duit raya a.k.a anak-anak sedara and adik, total 7 orang termasuk aku..so makan-makan kejap sembang-sembang sehingga tertidur anak sedara aku yang sorang tu..

Then petang diorang belah sana lak bertandang ker rumah dia bersama kakaknya and ofcourse ler anak-anak sedara nyor, 2 orang jerk..hihi .After dari rumah aku tu diorang gerak pulak kerumah kakak iparnya, aku tak de la  nak follow.

Alkesah bermula,mungkin syawal tahun ni sangat memberi kesan pada diorang dan mungkin sukar dilupakan sebab ayahnya yang sedang sihat walafiat tetiba terasa sakit dada dan menembuskan nafasnya yang terakhir pada petang hari raya pertama. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin  
Aku selaku bakal ahli keluarga turut merasa kesedihannya ,so raya tahun ni aku tidak kemana-mana begitu juga dia, raya kedua ketiga buat kenduri tahlil sehingga hari ketujuh. Dia pun lambat masuk keja sebab menguruskan hal-hal keluarga selaku anak lelaki bongsu yang single..(aku pun taktau apa kena mengena status nyer tu..ahaks!) ..kekadang aku pun ternyibuk sekali (dia yang ajak aku sibukkan diri :D) .

~~sebenarnya aku pun taktau apa yang aku dok merepek ni, ini gara-gara dah taknak bagi jadi draft post ni so story ja la walapun macam berterabur jer..tapi kisah benar la ..pengolahan jer macam budak tadika cerita ahaks!
~~ah tak best nyer post ni takde gambar!
semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, September 19, 2011

Health N Hygiene part 2

Then pagi tu, aku didapur lagi..yeah! sebab antara orang terawal wuhuu..! so macam biasa jalankan rutin tolong orang masak and terlibat sepenuhnya dalam buat air =P (poyo) buat tea jer pun, buat dalam periuk besar and berapa ek tin susu =P ..then diaorang sampe and sama-sama breakfast. Pastu semua orang kena pergi ke kampung untuk upacara penutup a.k.a penyampaian hadiah dan sumbangan. So aku pun teruja gak la ,ye la nak menengok lagu mana rupernyer kampung tu kan, aku pergi naik 4x4 :D ..saje ngelat taknak jalan wuhuu..! 

Then sampe sana memang siapa sangka dalam hutan bukit yang berliku-liku tu ada kampung ,bukan saja rumah papan jer, rumah batu pun ada tau and sangat kemas means tersusun and(and lagi) kawasan rumah diorang takde rumput macam landskap and(and lagi dan lagi =P)ada satu buah rumah tu dibina atas batu sebab bawah rumah tu ada batu besar! kira bawah rumah dia ada batu la macam tu, rumah tu masih ada tiang la tapi dibina tinggi sebab bawah rumah dia ada batu,huhu cuba fikir masa sebelum maju tu camna kehidupan diorang, dalam hutan tebal wey jadi batu tu sangat membantu la sebagai tempat perlindungan, rumah kita pun daripada batu gak kan..hukhuk, ha rumah dia tu batu yang sebenar =P ..then ada kawasan lapang yang disimenkan i think so segala bentuk majlis buat kat situ pasang kemahkan tapi makesure jangan sampe tersentuh anjing yang berkeliaran disitu k (-_-) and angsa antara haiwan peliharaan diorang (dari mana angsa tu datang ek, mungkin ada kawasan air berdekatan). Diorang ada kereta, ada motor kira maju la ni yang TBB nyer diorang ada band der, live band! harga riban-riban tu, tak padan rumah buluh ada set drum, ada dua jenis gitar and lengkap la untuk main muzik + nyanyi, korang hado? kat kampung korang? huhu..suara orang asli ni boleh dikatakan sedap gak la, maklum la tak makan ais and benda berminyak, hukhu!(pandai ler akunye teori). Sedap tu taktau la kira boleh nyanyi gak la ,bersuara tinggi :D tapi muzik bukan bidang aku so taktau sangat no komen.

Berbalik pada cerita majlis penutup tadi,setelah semua wakil-wakil beri ucapan penutup majlis, sesi penyampaian hadiah pulak and sumbangan untuk semua pihak and ada juga lucky draw and grand prize tempat pertama is sebuah basikal! Scene ni memang best sebab untuk cabutan no last ni semua teruja termasuk penduduk. sumer dah berdiri ni yang tadi duduk,suspens!! orang yang nak menyampaikan pun terketar-ketar,hahaha kelakar the moment! and terlerai sudah bila nama yang bertuah tu dipanggil and akak tu tak pandai naik basikal so kira anak dier la yang untungnya :D ,anak laki pulak per lagi pasti mesti merayap naik bukit =P ..silap aribulan dia yang gendong basikal naik bukit wuhuu..! Ada juga persembahan dari penduduk kampung iaitu tarian sewang diorang la kan, aku pun join der! menari pusing dalam bentuk bulatan tu jer (",) then dah abis sumer bergambar kejap depan banner and balik sekolah semula.

Berkemas-kemas barang, buat post mortems sebelum nak tinggalkan sekolah tu and sebelum gerak tu baru la ada sesi perkenalan sukarelawan almaklum la sebelum ni tak sempat nak berkenalan :D ..then masing-masing pun kenalkan diri and bagi pendapat mengenai program HeHy ini, semua feedback pun positif jer so ok la ,next time buat lagi yeah! then bergerak pulang bagi trip yang pertama adalah driver-driver kereta sebab nak pergi amik kat tempat parking tu sebabnya balik kita akan ikut jalan lain, jalan yang sebelum ni kan ada construction so susah sikit la, so meaning aku trip yang kedua la :D ..barang pun tak banyak so tunggu tak lama and tak banyak trip la. Oh jalan balik ni mencabar jugak (memang mencabar jer jalan pergi balik) tapi lebih dekat and memang jalan yang digunakan penduduk kampung untuk keluar masuk dari bandar. Ada jugak beberapa buah kampung lain sepanjang perjalanan balik tu.

Then kitaorg (trip last)sampai tempat berkumpul kat tepi highway tu, bahagi-bahagi penumpang and kereta mengikut destinasi, sebab destinasi balik tak sama, masing-masing ada plan masing.. ada yang nak balik rumah terus (yang tak masuk kl), ada yang nak naik cameron sekejap g tengok tea+view serta bergambar or beli strawberi and aku dalam kategori tu la , ye la alang-alang dah dekat tu kan singgah la sekejap :D ..beside geng bujang-bujang belaka ,so makan kat Brinchang and g ladang tea tapi dah tutup (kitaorg lambat :( ) so amik gambar jer kat tepi-tepi bukit tea tu and dah penat bergambor sumer kitaorg pun blk la kuar ikut tapah terus kl, dalam kul 11malam camtu sampai la kitaorg kat rumah Salam then i pun gerak polang la selepas mengantor kawan @keramat ..maybe dalam kul12 lebih kot sampe rumah :D ..so tu la antara kesah-kesah, aktiviti-aktiviti yang ku ingat :D, gpun dah lama post ni dok dalam draft ..ahaks!



semoga ada baiknya, insyaAllah

Friday, August 26, 2011

Ramadhan aku

wah lama sudah tidak mengepost dalam ini blog..tak menjadi jugak disiplin aku ini! Kita hanya mampu merancangkan..

Ok! what passed is passed. Sekarang dah masuk ramadan, Alhamdullilah masih lagi diberi kesempatan berpuasa di tahun ini as tahun ke4 sebagai seorang 'symp' :D ..pekerja la tu :) .

Peningkatan puasa tahun 2011:
1:Waktu berbuka yang best sebab aku minum and makan kueh sikit then solat magrib, lepas solat baru makan nasi menyebabkan perut aku ok!! Tak la macam selalu rasa seperti angin tersendat di bawah nasi yang tetiba ja masuk :D ..sekak abis! tak selesa! this time puasa dah tak rasa camtu, tak makan nasi pun takpe..tapi bila sahur makan ler..perut nasi beb!

2:Kerajinan aku dalam menghasilkan kueh tradisional!! oh yeah! ondeh-ondeh,apam,kueh ketayap,abuk-abuk,lempeng kelapa serta cucuq udang yang takda udang (kurang mkn udang :D),cucuq manis,cucuq ubi,cucuq jagung? :D tengok mo0d nak makan ke tak. variety of jemput-jemput ..haha!. Itu adalah antara senarai yang nak buat..baru 5 hari pose der..mano sompat buek sekaligus..tapi apam dah,cucuq manis dah and jemput-jemput.

today 26 ramadhan 1324H = 26 ogos 2011
~aku ingat tak post langsung bulan ramadhan ni rupa-rupanya ada draft yang belum dipost pada puasa ke 5 tu .. :D ..oh busy sgt kah aku?? ..erm busy jugak! busy macam-macam hal!

ok berbalik pada draft yang lepas..oh senarai kueh2 tu hanyalah senarai..hahahaa! yang aku buat ketayap and lempeng kelapa jerk..kita kan hanya merancang Allah yang tentukan

3:Menu berbuka memang masak sendiri gulai ayam, masak kicap, masak sayur tapi tak banyak la sebab pada masa 'cuti' jarang memasak, makan apa ja yang ada :D ..mo0d nak masak dah takde :(

4:Bazar pergi 3 kali ja kot sepanjang ramadhan pada tahun ni..fuyo0! syabas bette! ..takde perasaan nak membeli kat bazar, rasa bosan:D

Itu antara peningkatan la, ada lagi dua tiga perkara yang lain. Kebiasaan yang dilakukan semasa puasa-puasa tahun lepas still remain in this year puasa also, tabiat yang baik-baik ja la, like berbuka at masjid, berteraweh, berbuka kat luar bersama kawan-kawan mengikut kategori ~kawan ofis, kawan sekolah :D ..siap kelas-kelas lagi ek ..poyos aku!! and tak lupa juga berbuka at masjid assyakirin klcc but this year tidak berimam kan pak syeikh ..huhu

so today aku mengepost sebab nak post wish ni la yang dibuat dengan penuh kasih sayang (",)



semoga ada baiknya, insyaAllah

Wednesday, July 06, 2011

Health N Hygiene part 1

Assalam to all, wah hari ni ada sedikit mo0d untuk mengarang ini, so sebagai program pertama yang aku join as volunteer what can i say is ..ok! quite mencabar tapi bila dengar cerita orang - orang yang biasa bersukarelawan ni program kali ni kira kurang la mencabar sikit walapun ada juga cabarannya.

Program ini diadakan di kampung orang asli di cameron highland,iaitu kampung Renglas. Kedudukan kampung ni takde la atas tanah tinggi sangat ,kira untuk ke Brinchang ke Tanah Rata ker nak beli tea ke strawberi ker kena naik atas lagi. Pun begitu laluan kitaorang memang naik bukit la pusing kiri pusing kanan dan pusing lagi and melewati banyak kebun-kebun sayur dalam sarang :D ..bukan open nyer macam ladang tea itu, dioang buat bentuk kapsul-kapsul lak. 

Kitaorang bertolak dari KL dalam pukul 4++ am and masuk cameron ikut susur keluar Tapah. Then amik kiri selepas tol..fuh jauh gak, dalam dalam ..tapi belum ujung la sebab kitaorang behenti pada satu simpang yang mana kalau kita lalu sekadar pandang jer mesti kita tak tahu rupa nya nun jauh di dalam sana ada beberapa perkampungan orang asli, ada sekolah lagi and surau and juga church(mubaligh kristian dah sampe sana dulu). So sepatutnya kitaorang park kereta kat bawah jambatan tu jer (kawasan lapang) sebab kereta-kereta yang biasa ni tak cukup syarat untuk masuk ke dalam :D (ye la tu), bukannya apa dalam dia mencabar bukan tanah rata so 4x4 jer yang sangat sesuai, so oleh kerana tak jadi park situ mungkin dari segi keselamatan ,kitaorang pun pergi la park kat satu kawasan perumahan orang asli yang agak maju ni (perumahan bantuan kot sebab sama jer spesen) kat tepi jalan ,kira tak perlu masuk dalam hutan la, tepi highway jer atas keizinan tok batin di situ. 

So lepas park kereta disitu bermula la perjalanan masuk kedalam dengan 4wheel atau 4x4 atau pajero. Ada 4 biji kesemua nya so kena ikut giliran la sebab volunteer ramai dengan barang lagi mana muat nak sumbat sumer kan sekali serentak perjalanan so 2 untuk barang-barang (ini kena first trip la) satu untuk pasukan ppum and satu lagi antara volunteer yang awal la untuk memasak and kemas barang disana. The rest tunggu trip seterusnya and sekali trip tu fuh memang jauh + mencabar nyer perjalanan dengan construction lagi tepi-tepi bukit tu and jalan yang memang tebing-tebing jer..ui seram tengok bawah,pagar tepi memang takde ler sampe ler ke satu tahap kitaorang kena turun sebab pajero tak larat nak naik, walapun gear satu, tinggi sangat bukit so kitaorang turun la biar driver naikkan kereta dulu..huhu, then perjalanan pun diteruskan dan melewati beberapa kampung, ingat dah sampe rupanya bukan lagi dan lagi dan lagi, kampung tu lagi dalam der memang thrill.

And finally kitaorang sampe juga and park kat sekolahnya. Masak-masak aktiviti sumer buat kat sekolah tu but pasukan ppum pergi kat kawasan perkampungan(ler belom sampe lagi ker kitaorang ni). Rupa-rupanya lain sekolah and kampung Renglas tu means penempatan penduduk tu kat dalam lagi tapi jaraknya takde la jauh sangat. Aku ingat kan kampung yang sebelum-sebelum ni la penduduknya rupanya bukan, dalam selepas sekolah tu ada lagi kampung. So oleh kerana aku antara volunteer yang sampe awal maka masuk dapur la aku, nak sediakan makan untuk tengahari nanti. Dari ajk sukaneka rakyat terjadi ajk masak, ok la takda hal.Volunteer lain pun beransur-ansur sampe and terus jalankan tugas mengikut tugas masing-masing tapi aku maintain di dapur la. So yang lain tu pergi kampung tinggal aku and beberapa volunteer lain la memasak didapur ni. Aku bukanla exactly tukang masak, tolong-tolong ja standard la dok dapur kan :D ..then dalam tengahari kerja-kerja check up kesihatan orang kampung dah siap, baru la orang-orang kampung datang sekolah makan, ramai rupanya, that time aku tak dapat bayangkan lagi la camna kampung diorang kat dalam tu kan.

So after lunch diorang buat sukaneka pulak riuh jugak la and penduduk kampung memang sporting-sporting, kiranya tak malu-malu la nak sertai pertandingan tak kira sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Then lepas sukaneka tu, ada minum petang pula, lepas minum petang penduduk di ajar macam mana caranya hendak membersihkan gigi dengan betul dan kebersihan kuku serta rambut.

Dah setel sumer tu diorang pun balik akan datang semula untuk aktiviti pada malam nanti.

Then semua volunteer pun check up masuk bilik, tidor kat asrama sekolah tu and memang selesa but then kuasa elektrik kena tunggu malam sikit yer..huhu, elektrik guna kuasa jana =P . Masa kitaorang pergi tu ada jugak hujan so tak panas tapi tak sejuk sangat..ok la .Then dah mandi-mandi sumer (alamak air kena catu :D ). Itu jer yang slack nyer air paip tak laju and ada satu dua paip jer yang ada air tapi bilik air ada 3, 4 so kena gilir-gilir la and mandi pun ala kadar jer. And aku diberitahu itu air bukit so sejuukk..! tapi kat surau nya deras pula airnya kat toilet sekolah pun ok juga air so kira ok la tu kat asrama jak.

Then malamnyer aku di dapur lagi, kui kui..and aktiviti malam tu makan sambil tengok wayang pacak citer p ramlee selepas sedikit ulasan dari Doktor yang terlibat berkenaan tahap kesihatan penduduk di situ dan sedikit soalan kuiz and soalan yang berjaya di jawab dengan betul oleh penduduk akan dapat hadiah..huhu,volunteer tengok jer la ek =P . Rezeki banyak jugak sampe orang kampung boleh tapau lagi dengan tepawe sendiri yer(dah bagitau sebelum tu). Dah abih makan aku layan sekejap citer tu sampe part yang aku suka (citer nasib doremi) aku pun balik tidor. Orang kampung yang dewasa nya dah ramai la yang balik, budak-budak maintain lagi sambil makan kat seat depan (aku seat belakang, jauh sikit :D ) so aku taktau sampe kul berapa malam tu baru bersurai.

semoga ada baiknya, insyaAllah

Wednesday, June 29, 2011

Minggu yang Tough

Assalam ok sebelum nak post yang baru better aku selesaikan dulu last last week nyer draft ni :D, lagipun agak bersesuaian dengan apa aku nak alkesah ni.

last week adalah minggu yang agak tough jugak bagi aku :D ,sebab kursus di luar jabatan, kursus pulak team building bukan kursus attend kelas yer :D ..so aktiviti team building tu memang best la! Outdoor nyer ..i like! we have jungle tracking sebab memang dikelilingi bukit pun penempatan kitaorang tu, drive nak ke sana pun mencabar gak bersama kereta comel ku itu walapun mengambil masa lebih kurang 30 minit jak dari ofis aku huhu..kursus bertempat di lenggeng N9 kawasan Bukit Belau dan kebun sayur :D ..Dato Fadhilah Kamsah nyer tempat. Yang pasti atas bukit tu kalau kitaorang sesat boleh sampe 3 tempat tau mengikut arah utara timur dan barat :D .iaitu, pahang, N9 and selangor..ha kira sempadan la bukit tu ,tu yang menarik tu :D ..then selain jungle tracking we have paintball game, berakit,Xplorace and tidak lupa juga malam citrawarna + BBQ ..jadual yang padat bersama masa yang singkat, 3 hari ok la tu.

Then 2 hari masuk ofis weekend tu pulak naik cameron masuk perkampungan orang asli yang memang mencabar kira 4x4 nyer pengangkutan jer yang boleh masuk. Next post aku alkesah program pertama aku as volunteer..best! (thumbs up).

And hasil dari aktiviti-aktiviti itu aku kena hantar dobi der baju aku(kat rumah tak guna mesin basuh) :D ..tapi aku tak suka antar dobi tak best so kawan aku cakap ada dobi self servis nyer..wah menarik! nak try la :D self service sampe sabun pun sendiri der..hik..hik..ahaks! so setel pakaian aku.

itu last week,this week masuk ofis kena tegur dengan pegawai sebab pergi kursus tak maklum padanya :D (padan muka aku), ala aku pun last minit der, ganti orang jer :D so per lagi buat kerja! buat kerja! satu isu lagi tak settle ni ..uwaaa!!!.Huh minggu yang panjang dah mencabar =P

Weekend this week pun padat gak ,attend kursus kawen(blushing sekejap). Hari jumaat tu ada aktiviti kat ofis sehingga pagi sabtu then aku sambung kelas fardu ain then sambung kursus, nasik baik la kursus tu start tengahari. So keputusan aku untuk mencuci baju di self service sangat betul =P ,maklum la weekend padat (poyo sekejap).

w0ot! setakat ni la dulu yer..so see in next week a.k.a post

semoga ada baiknya, insyaAllah

Wednesday, June 15, 2011

Laksamana Sunan-hijab sang pencinta

Assalam all to who read, today rasa nak write down sikit la next chapter of karangan enRAM kita ni, Hijab sang Pencinta after cinta Sang Ratu.

Well dalam chapter seperti yang tertulis di belakang buku (sinopsis) Laksamana Sunan pulak yang mengembara ke alaf 21 yakni zaman Haryani semasa dia menyembunyikan diri dalam dari askar-askar Melaka yang hendak menangkapnya atas perintah Sultan Melaka pada waktu itu. Seolah-olah peristiwa Ashabul Kahfi berulang but then do remember k, this just a story by enRAM so jangan salah faham pulak, just jalan cerita untuk menunjukkan kuasa Allah yang melampaui batasan fikiran manusia yakni kita la. Kejadian yang enRAM tulis ini just jalan cerita nya sahaja, sekian(iklan masyarakat).

Ok berbalik pada sambungan tadi, walapun Laksamana Sunan tu dah merantau ke zaman alaf baru, dia masih memburu kejahatan kegelapan sehingga berjaya menyelesaikan jenayah culik kanak-kanak yang berlaku dan tujuan kanak-kanak itu diculik adalah untuk dijadikan pengemis oleh satu kumpulan ajaran sesat sebagai menampung aktiviti kumpulan mereka.

Dalam chapter ni Dani yang masih belum dijumpai dalam kejadian tsunami di Aceh telah ditemui tetapi dalam keadaan yang agak tidak betul means Dani tidak ingat siapa dirinya dan bersikap pelik. Haryani yang rasa bersalah dengan pemergian Dani ke Aceh telah menjejakinya dengan harapan semoga Dani selamat dalam bencana itu. Banyak la tempuhan dan dugaan dalam mencari Dani dan dalam Dani mengenal identitinya sendiri, rupanya roh Dani telah terlempar jauh ke penghujung kurun ke 15 as Senggara seperti yang dikisahkan dalam chapter cinta sang ratu yang turut berlawan dengan Laksamana Sunan and dalam chapter tu jugak Sunan tahu bahawa senggara yang dilawannya itu adalah keponakannya Dani dari alaf 21 dan membunuhnya supaya diri Dani balik semula pada alaf 21, ye la mana boleh hidup di dua zaman.

Finally dalam cerita ni Haryani berjaya berjumpa dengan Dani yang sudah pulih ingatan. Dan dalam cerita ni Haryani sekali lagi hampir-hampir menjadi mangsa korban yang ke100 untuk membangkitkan manusia serigala-ajaran sesat lagi hitam. Dani yang mengetahui akan hal itu cuba berhubung dengan sunan. So bila sunan terdampar di alaf 21 ni, sunan terus ke tanah rencong a.k.a aceh dalam memerangi kejahatan yang wujud pada penghujun kurun ke15 itu. And haryani giler sangat suka beb! maklum la selama ni  menanggung rindu yang tak henggat! =P ..so Haryani and sunan ni hampir-hampir nak kawen tau, but then not happen la because sunan is not from this abad so sunan ditembak pada hari pernikahannya (masa belum akad). Apa-apa pun peristiwa ini memberi hidayah pada Haryani. Ok la tu kan . So bila sunan ditembak pada alaf 21 so dia kembali pada kurun penghujung ke15 la ..itu jer and masa dia sampai Melaka hampir hendak di jajah oleh barat, kan sejarah menceritakan Melaka dijajah pada 1511 :D ..

Sedarnya sunan dari tidurnya yang lama itu, seluruh kudrat tenaganya jadi tidak berdaya. Ye la perjalanan masa ni memang memberi akibat yang macam tu, macam kisah Ashabul Kahfi tu. Sila pergi mencari bahan lain untuk kesah Ashabul Kahfi tu ek ,aku kurang ilmu nak komen kat sini :D sorry for the kekhilafan ana ini. So berbalik pada kisah sunan, kat dadanya ada kesan tembakan tu, so sunan yang terjaga tu keluar la dari gua tersebut dengan penuh daya..selangkah ..dua langkah ..jatuh pengsan di luar gua tu and sekian, cerita tu yang abih camtu k ..huhu


so sambung chapter seterusnya Cinta Sufi.

semoga ada baiknya, insyaAllah

Thursday, June 09, 2011

Tazkirah

Assalam hari ni nak bersharing tazkirah la, terjumpa kat wall fb kawan aku so sharing is caring :D ..
alkesah Unta
and info lain jugak tadi yang aku terjumpa+baca ada banyak faedah sekiranya kita mengamalkan bacaan al Mathurat or ayat-ayat al-Quran lain, seperti yang kita sedia maklum kan but sometime kita ni manusia nak kena sentiasa diingatkan so aku pun nak mengingatkan diri aku sendiri jugak lah ni beside al Mathurat ade je depan mata aku ni..tak baca pun, oh sedihnya aku..insyaAllah lepas ni pandang-pandang, jeling-jeling..and kalau korang perasaan kan selama peristiwa yang baik yang berlaku pada kita (sometime kita tak perasan) adalah disebabkan kita mengamalkan ayat al Quran, insyaAllah Alhamdullilah so selalu la beramal dengan ayat-ayat al Quran , semua pun punya faedah masing-masing yang sangat membantu kita dalam menghadapi perjalanan hidup ini, insyaAllah.

Ops hari ayat macam skema sikit :D .. ok that sharing for today.



semoga ada baiknya, insyaAllah

Wednesday, June 08, 2011

aKu as SukareLawan

Assalam, today nak berkongsi satu info :D ..sila klik link bawah (ayat skema)

SIG KOMUNITI: Laporan Program: Health & Hygiene di Kg Org Asli Genting Peras, Hulu Langat

aku insyaAllah akan join aktiviti yang sama ini for the first time as sukarelawan a.k.a volunteer :D .. comel tak aku? =P .. at cameron highland bersama orang asli kg Renglas!

semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, June 06, 2011

Walimatul Urus

Sejahteralah ke atas kamu semua, naik cuti ni aku nak menceritakan berkenaan subjek di atas sahaja :D ..still in the mo0d meh!

Ye walimatul Urus yang Alhamdullilah telah selesai diadakan bertempat di rumah aku..majlis resepsi adik aku..bukan aku, belum lagi (",) ..so aku selaku tuan rumah yang memang suka nak gila kuasa telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya insyaAllah Alhamdullillah walaupun ada satu dua benda yang agak terlepas pandang! oh (-_-)! ..saya budak baru belajaq.. :) but then masalah yang berkaitan dapat di settelkan Alhamdullillah, tak puas rasanya lagi buat kenduri ni..so ada sapa-sapa lagi adik aku yang wanna get married? :D ..aku? insyaAllah incoming tapi mesti part aku dah lain nanti mungkin lebih lagi berkuasa? hahaha! (dasar gila pangkat!) bukan apa nak bagi benda lancar je, aku yang stail gila kuasa + pangkat buat kerja tau! bukan bagi arahan jer..tak suka tak suka..aku lagi puas hati buat sendiri k! tak suka nak mengarah sebab cerewet tahap cipan nyer =P oh akukah itu? cuma kekadang tu nak minta tolong sikit-sikit jak ~lalalaa..

Yang tak best nyer! kenapa gambar aku kurang dalam snap-snap tu? :( ..(tengah leka buat keja di belakang tabir sangat ker? sengal!) actually day before kenduri aku yang tukang snap so macam mana nak ada gambar aku? :( ..i have to pay some one to be a photographer to snap moment-moment day before kenduri meh, di setiap sudut kawasan kejadian ,ni aku nak buat keja lain lagi, snap-snap yang simple ni orang lain la yang buat..aku jugak! adik aku pun leh snap kejap-kejap jer maklum la sumer pun punya part masing-masing :( ..ok takpe as info for the next walimatul urus.

So on the day of kenduri lagi ler takdo gambo aku, di mana aku semasa diorg dok snap-snap tu? uwa!! beside gambo family pun idak hado! takkan itu pun aku nak kena handle adoyai! takde sapa-sapa fikir ker that time? gosh!! insyaAllah this will not happen on my resepsi day k! insyaAllah ..setakat ada gambo ngan parent pengantin kat depan pintu pagar..adohai! tu pun susun atur tunggang langgang but then ok laaa...

Then on the same day, resepsi kat rumah pengantin lelaki pulok, aku pun salah seorang ahli rombongan yang terlibat der..sio-sio eden balik kampung naik keta kalau tak berarak k. So keto eden ni no dua la lepas kereta pengantin, rupanya ado lagi awal kereta rombongan kitaorang yang dah sampe, menunggu pengantin jew..so aku turunkan penumpang-penumpang aku kat depan rumah pengantin lelaki tu sama pengantin dok tunggu. So dah park sume (memang menghalang jalannyer aku park kereta but like i care?) so bila dah masuk tu khemah rombongan yang disediakan tak cukup wey, maklumla ramai belah pompuan nyer (baca dalam dialek perak teluk intan =P) tapi kesah aku ni takde kena mengena dengan negeri perak k.

So sebab tak cukup meja ,diorang suruh la masuk khemah sebelahnya kira layan diri la. Wey aku kakak pengantin perempuan tau!! bengkeak!! debush!! hangin aku! per lagi mengamuk tahap profesional la aku!! huh! tak duduk lama, terus balik sebelum tu p sound dulu pengantin yang tengah makan kat meja pengantin tu, like i care!? Dah tu balik ikut jalan entah apa-apa masuk lubang tayar depan aku wey! sehingga kan kakak aku tegur "sangat besar itu batu dalam kepala ha" kah!kah!kah! "ye memang besaq!" jawab aku ,pastu siap nasihat aku lagi dalam kereta sampe tertaching aku! Attitude aku mungkin kasar, mulut mungkin laser tapi hati cute beb! 

Itu antara kesah-kesah yang tak dapat dilupakan ..seen funny to me huhu..banyak lagi ni tapi takkan nak write down sume kan ..huhu..so see on next post!
~~bila aku nak di posting kedah or seberang perai ni?!  
semoga ada baiknya, insyaAllah

Isu yang belum selesai

Assalam readers..yeah sebelum bercuti seminggu aku nak post la heheh..so just nak mencanangkan :D satu lagi isu belum selesai der..oh programming (-_-)! , anyone? help me!! ..

Hari itu dalam pencarian @google aku terjumpa la satu blog yang menceritakan betapa sukanya dia buat program by PHP :D ..suka aku! so aku pun follow la tapi dia bukan cerita pun pasal hal-hal berkaitan PHP :( so tak leh nk buat sumber rujukan =P ..nak tanya, segan ..oh! tersesat jalan la wey kalau segan! but then kalau dalam keadaan sesat yang betul di jalanraya atau mencari sesuatu kawasan, aku akan tanya..iya inda pernah segan meh tanya jalan :D ..keadaan lain ja agak segan maklum la dalam aku nya pola nombor pun takde no 2 means pendiam, menyendiri (lebih kurang la) so yes i'm shy-shy girl (siyes poyo!) ('',) ..

~~itu last week nyer post yang tidak sempat di~publish~kan :D ..so Today aku dah masuk ofis after one week holiday and still the same, isu masih lagi belum selesai..any ideas?
macam mana aku nak kuarkan table yang membandingkan antara 2 field ek? ek?? nak calculate net lagi wey!?

Ok mari kita mencuba lagi dan lagi dan lagi serta lagi ..so chaiyok!

semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, May 23, 2011

Kesah Cuti Aku 2

Sejahtera ke atas kamu ya kawan-kawan,insyaAllah..kenapa title post aku "K..C..A..2" sebab ini, kesah-cuti-aku-1 ..huhu, alkesahnya but like u care kan? :D

So nextweek insyaAllah kalau tiada tugas-tugas yang mengejut di last minit, aku cuti! wuhuu..! cuti seminggu jugak la..insyaAllah ,bersempena cuti kenduri kahwennnn...adik aku. Tetapi kesah cuti aku 1 tu takde kena mengena pun dengan adik aku..hukhuk!

Rasa macam nak balik cuti raya pulak akunyer persiapan :D ..tapi pegawai yang bertindak nak meluluskan cuti aku ni belum masuk ofis lagi hari ni..esok kah? sebab last week dia bercuti the whole week, selalu aku apply cuti giler awal! sampai kena tegur..ekkeekee..tapi kali ni sebab buat kerja kan saje lambat (sesaje ker?!) beside aku dah maklum pun padanya so kalau aku minta officer lain luluskan pun ok, insyaAllah. Esok mungkin masuk kot sebab haritu cakap macam seminggu jak dia maklum cuti.

Last weekend juga dah cuci baju-baju baru untuk anak-anak sedara aku yang dibeli semasa kunjungan aku ke Sabah last month, as buah tangan, baju baru and selendang yang akak aku order tu pun dah siap di cuci tunggu nak pakai jak. Baju ker seluar ker yang baru-baru beli ni kena cuci dulu sebelum pakai sebagai langkah keselamatan, but sometime kalau t-shirt tu nak bau kedai nya pasal,aku pakai dulu kih! kih! ..dah-dah pas ni jangan buat lagi makci! =P ..

Kenapa aku bercuti sampai seminggu walhal bukan aku pengantin ?! ..sebab kenduri adik aku tu tengah-tengah medan (istilah aku) minggu ..rabu wey! camna aku tak amik cuti 5 hari bekerja..ish ish..kalau cikgu ok la sebab time tu cuti sekolah, aku bukan cikgi waima cikgu..takpe cuti aku Alhamdullilah banyak lagi, last year dah simpan cuti so tahun ni guna habis! ngeh! ngeh! ..lagipun almost 7 tahun maybe tidak ada walimatulurus di rumah aku tu after kakngah aku so apa salahnya kan, amik cuti lama and tolong persiapkan majlis tu ~~aku persiapkan? nyibuk ader ler huhu..nyibuk di rumah sendiri takpe.

OPs look like setakat ni la post aku untuk hari ini..ada satu lagi isu yang perlu disiapkan sebelum cuti insyaAllah..chaiyok!


semoga ada baiknya, insyaAllah

Friday, May 20, 2011

Laksamana Sunan-cinta sang ratu

asSalam Alhamdullilah akhirnya dapat juga saya mo0d untuk mencoret sinopis bagi novel Cinta sang Ratu kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri.

Wah chapter ni memang aku nak baca sangat-sangat sebab ending last chapter bagaikan Puteri, who is sang Ratu ini yang berjaya menebak belakang Laksamana Sunan dengan anak panah sihirnya itu, and 'sebagai manusia, aku sayang padammu' gosh!! hati aku pun berdetik wey! biar pun perkataan tu aku baca sendiri wey bukan dengar daripada mulut sapa-sapa pun waima sunan sendiri..hik!hik!hik! , aku kalau jadi pelakon, confirm akan jadi pelakon terbaik ala-ala shaheizy sam :D (menjiwai watak tak hengat!). Ok berbalik pada novel yer, sungguh emosi aku, pandai enRAM bermain dengan emosi pembaca..macam aku (-_-)! ..so selepas aku hantar novel yang pertama tu aku pinjam pula novel kedua and kata tuan punya 'amik semua la ct, sekali harung' sebabnya aku nak pinjam satu-satu (bajet cool ler tu, plastik!) so aku pun tanpa segan silu :D ..pinjam ketiga-tiga chapter terus, kan sumer ada 4 chapter (4 buah novel).

Pastu akak tu juga cakap sunan kawen dengan ratu so aku jadi lagi tak sabar weh! Mau tau la siapa itu gerangan sang Ratu yang berjaya menjadi isteri laksamana sunan (zaidah..jangan jeles pada benda yang takde k). Dalam novel kedua ni menceritakan bagaimana Sunan menunjukkan contoh teladan yang baik sehingga sang Ratu a.k.a ratu Sumatera yang berhati kejam dari Pulau utara itu dengan izin Allah mendapat petunjuk tentang adanya kuasa yang maha hebat daripada sihirnya. Sang Ratu juga nama asalnya Ratna adalah anak asuhan Maharani pemerintah Pulau Utara yang mengamalkan sihir dengan bantuan si tahgut.

Seperti pengakhiran chapter pertama, sunan telah ditebak oleh anak panah yang dijampi menyebabkan kecederaan yang agak teruk tapi masih selamat, belum meninggal la..ingat hero dah mati masa ending hari tu :D ..tetapi kejadian itu meninggalkan kesan pada sang Ratu, dia berasa dukacita, gelisah dan tidak gembira walaupun konon-kononnya berjaya mengalahkan laksamana sunan yang terkenal di nusantara itu, ini kerana kemenangan itu dicapai secara muslihat..dalam kekejaman sang ratu masih lagi terselit perasaannya fitrah seorang wanita semasa sunan membisikkan 'sebagai manusia, aku sayang padammu' ,sunan juga tidak mengajaknya berperang malah berdamai dan menjalinkan persahabatan dengan Acheh, namun tidak diendahkan oleh sang Ratu walaupun hati kecilnya berdetik, tetapi teringat akan Maharani hatinya berubah! .

So sang ratu ini pun selalu la menjenguk sunan, nak memantau la ni..ok ker sehat ker sunan, teruk ke cederanya :D ..maharani yang sedar akan perubahan sikap sang ratu ni mula la mengancamnya macam-macam dan membuat fitmah terhadap sunan. sang Ratu yang masih lagi mencari maksud perasaannya itu, menurut sahaja kata maharani dengan melakukan pelbagai cubaan untuk membunuh sunan namun tidak berjaya dengan perlindungan Allah dan peristiwa itu menyebabkan hatinya tertarik untuk memeluk islam dan menukar namanya kepada nama asalnya iaitu Ratna, dan macam mana diorang boleh kawen? sebab sunan nak mengelakkan fitnah and Ratna juga adalah saudara baru yang memerlukan bimbingan. Maka berkahwen la diorang,Ratna memang suka pun, suka tak hengat! aku? aku pun suka wey, aku baca citer tu so aku faham la,takda makna nak jeles! hahaha..sengal!

Dan kesan dari itu Maharani pun frust la, frust menonggeng wey, dihantar orang suruhannya untuk menculik anaknya supaya pulang ke pangkuannya dan menjadi jahat (ayat tak skema). Setelah berbagai-bagai cubaan ratna ini berjaya diculik dan sunan amatlah sedih akan hal itu, maka dia di gelar lelaki berduka dari tanah Rencong. Maka berlakulah pengembaraan sunan, sadik dan katiswara dalam menyelamatkan ratna dari ibu asuhannya itu. Yang pasti kasih sayang yang ihklas boleh mematahkan sihir yang jahat! Memang penuh emosi la thriller kali ni..dan ratna memang berjaya diselamatkan ,aku suka scene ni..yes! tapi sekejap jer pertemuan itu :( ratna terbunuh di tangan maharani sendiri demi melindungi suaminya and kejadian itu menyebabkan maharani berduka lara.

Banyak aksi la citer ni..best-best! dah macam panjang ja ni aku meng'komen' + dah ingat-ingat lupa so sampai di sini saja..takkan nak citer abiskan =P ..

So see in next post and next chapter Hijab sang Pencinta!




semoga ada baiknya, insyaAllah

Thursday, May 19, 2011

Istiqamah

Sejahtera la ke atas kamu yang membaca ini, :) so hari ini sebelum kesibukan kerja berlaku =P, aku nak menyelit la sikit persoalan istiqamah ,isu ini timbul semasa aku baca buku yang semalam tu, refer pada koleksi-bacaan. So alkesahnya, aku tak ingat bab apa tapi soal istiqamah timbul dan situ dan terus menjengah minda ku ini, kira memberi kesan la dalam pemahaman aku ni.

Istiqamah bermaksud tetap a.k.a konsisten, ada satu ayat lebih kurang gini la maksudnya 'biar sedikit amalan tapi istiqamah' ..means? terpacul soalan tu di benak ku (*_*), yang aku faham maksud istiqamah ni macam sesuatu perbuatan yang kita buat tu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, dalam kata lain khusyuk la :D sengal gak aku ni, but i learn k..(nak jugak maklum la ego tinggi =P) so berdasarkan maksud yang turut dinyatakan aku cuba padankan dengan apa yang aku faham, ye of course kita akan buat dengan bersungguh-sungguh untuk dapatkan result yang terbaek! oh menyimpang sikit fahaman aku ni :D Alhamdullilah diberi petunjuk oleh Allah so aku pun google la istiqamah ni untuk pemahaman lebih lanjut, kalau yang baik kita cari insyaAllah yang baik la kita dapat kalau sebaliknya; wallahualam.

Ok berbalik pada istiqamah tadi, so aku jumpa la forum ni halaqah.net ,sangat membantu forum ni, terus aku faham beb! Alhamdullilah so sila-sila la rujuk or jadi halaqian ker kat dalam forum nih, berkongsi ilmu ,insyaAllah aku pun nak cuba la..untuk tambah ilmu di minda :D

so berakhir sudah isu istiqamah, harap-harap kefahaman tidak menyimpang lagi yer cik zaidah yang tomey!(sentiasa berkata baik untuk diri sendiri bukan masuk bakul sendiri angkat juga)..sebagai penutup post :D ..Alhamdulliah kerja aku almost setel sebelum apply cuti..majlis resepsi my adik this early june, kena balik untuk menyibukkan diri.. (-_-)!

semoga ada baiknya,insyaAllah

Wednesday, May 18, 2011

Koleksi Bacaan

Assalam pembuka coretan, jap nak test urat mulut..mafh! mafh! mafh! ..ala-ala sharpay dalam citer high musical di disney channel! :D ..pengelupasan di area mulut and hidung akibat selsema yang lepas walaupun aku cuba untuk elakkan penggunaan tisu tapi kalau kain sapu tangan takde..tisu juga aku hentam but then not worst like before, masih maintain cun lagi ni :D ..cuma kali ni mulut aku tak boleh dibiarkan tertutup rapat lama,nanti bila nak bercakap sakit! ruang kulit yang kering tu terkoyak oh! so sebab tu aku kena buat senaman mulut always, ya la takkan nak dok ternganga ja mulut, kang lalat masuk walaupun tidak kelihatan lalat di sini atau pun haiwan-haiwan kecil yang seangkatan dengannya..Alhamdullilah

so what we have today? yesterday even though its a public holiday(wesak day), ligat-ligat otak aku mencari penyelesaian kerja aku ni, so hari ni nak test la teori-teori yang dah aku fikirkan semalam tu..wiihii! well usaha tangga kejayaan ,tak buat tak tahu kan, mana tau cubaan yang ke100 berjaya..yeay!! insyaAllah.. ~insyaAllah u will find the way..

tapi hari ni nak kongsi sikit la petikan dari buku yang aku pinjam lastweek, today dah kena hantar :D .Buku bertajuk Himpunan kisah-kisah teladan Nabi Muhammmad SAW terbitan Berlian Publication sdn bhd,sedikit mutiara kata la dari penulis maybe, untuk renungan bersama ~Dalam perlawanan,sentimen mesti lebih kuat daripada akal; Dalam politik, akal harus lebih kuat daripada sentimen; Dalam akal, sentimen harus seimbang; Dalam cinta tidak ada tempat sedikit pun bagi akal~ petikan last tu membuatkan aku terfikir..means? ..oh belum sampai ilmu aku ke situ rupanya..subhanAllah

and nak berkongsi juga petikan kesah dalam buku tu, its nice to share..
"Nabi Muhammad s.a.w berbadan sedang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, warna kulitnya putih kemerahan. Rambutnya tidak kerinting,juga tidak begitu lurus. Sewaktu Nabi s.a.w wafat tidak ada dua puluh rambut putih pun di kepala baginda. Nabi s.a.w berbadan bagus mulus, dadanya bidang menunjukkan bagus bentuk badannya.
Rambutnya kadang-kadang dipanjangkan hingga ke bahu, kadang-kadang cuma sampai setakat kedua belah telinganya. Baginda berjanggut tebal, halus kedua-dua tapak tangannya, kukuh jari-jarinya. Berkepala sempurna, kuat tulang-tulang sendinya, wajahnya bundar, bola matanya bening dengan dilindungi oleh bulu mata yang sempurna. Pada tepi matanya ada warna kemerahan, dadanya ditumbuhi bulu lembut membujur bagaikan tongkat yang memanjang hingga ke pusatnya.
Apabila berjalan baginda berjalan dengan tegap. Wajahnya tampan bagaikan bulan purnama, bersuara bagus dan mantap, kedua-dua pipinya datar. Mulutnya mungil, menunjukkan keelokan baginda, permukaan di antara perut dan dadanya nampak rata, antara kedua-dua bahu dan kedua-dua lengannya serta bahagian atas dadanya berbulu, lengannya panjang, tapak tangannya lebar, daging pada tumitnya kelihatan nipis.
Pada belakangnya terdapat Khatamun Nubuwwah yang bentuknya bagaikan mata kancing atau bagai telur burung merpati. Apabila berjalan langkahnya tegap dan mantap agak cepat. Nabi s.a.w membelah dua rambutnya serta menyisir rapi janggutnya. Setiap malam apabila hendak tidur, baginda memakai celak hitam tiga kali pada setiap mata. Baju yang paling baginda suka adalah gamis panjang yang berwarna putih, adakalanya baginda berpakaian berwarna agak kemerahan."

gambo ni ni ambil dengan men'google' jak, thanks pada pihak yang berkongsi
So sedikit perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri pada hari ini..see in next post!

semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, May 16, 2011

Handle Tekanan

Assalam to all my lovers! =P (poyos sekejap di kala tekanan) ..aku sebenarnya ada banyak benda nak post tapi kekangan masa!! (kekangan yang aku timbulkan sendiri) (-_-)! .. tu pun ada hati nak jadi penulis novel la kunun, post blog pun ikut mo0d jak! (geleng kepala) sengol!! 

huargh!! tekanan! tekanan! camna nak handle tekanan? 
mari kita meraban!! =P ..kang memberi tekanan pada orang sekeliling kita pulak! haha!

tak nak komen la dah berapa kurun aku tak post ni..:D ..so kita cerita hal-hal sekarang la kan, perkara yang lepas usah dikenang..huhu, so hari ini sempena hari guru..aku nak wish la pada kawan-kawan aku yang sangat ramai bergelar pendidik! sama ada guru sekolah rendah, menengah waima pensyarah wey! huh bangga sekejap aku ada kawan jadi pensyarah ..ya la tu kan cita-cita aku masa aku sekolah rendah :D ..
so aku jugak nak wish pada pendidik-pendidik ku di sekolah rendah, menengah and politeknik walapun diorang baca ke idak la blog ni..heheh!
dan wish jugak pada siapa-siapa yang menjadi pendidik a.k.a guru secara tidak lansung dalam hidup ku ini (ayat skema sekejap) yang sudi berkongsi ilmu dan mengajar ilmu baru waima macam mana cara hendak guna mesin basuh automatik! :D ..ilmu tu ..ha kalau taktau camna nak guna mesin basuh auto? :D
so siapa-siapa juga bisa menjadi guru walaupun umurnya sebaya anak buah aku, aku baru jer pinjam satu buku quiznya :D ..belajar tiada had umur beb! kalau kongsi ilmu banyak lagi ilmu kita dapat tau!

guess what, on my birthday..i'm not feeling well!! ..uwaa...! ~tapi cik zaidah yg cumel ,sakit kat penyuci dosa kalau kita terimanya dengan redha..insyaAllah..~  thanks to myself! yey!!
so aku bila dah demam..agak lama sikit la sebab penyegan nak makan ubat kalau p hospital pun seperti ayah aku selalu cakap, zaidah g hospital g melawat doktor ja.. :D ..sebab aku tak makan pun ubat kalau p amik..ngeh ngeh! tak pandai telan la ubat!? ..uwaaa...! so aku suka yang sirap jer..belasah la apa rasanya janji boleh telan berbanding biji tu, risau aku terlekat di kerongkong :D ..(sengal zaman kanak-kanak) sampe tahap mak aku akan bancuh kortal yang kuning tu~ubat deman kanak-kanak zaman aku, so aku teguk camtu ja..yes!! sronok giler ar leh makan ubat :D ..aku hendak sebenarnya makan ubat ni tapi tu la tak pandai nak telan wey..so bila ubat tu dah berjaya masuk dalam aku punya badan tak kira apa cara pun, aku suka la :D ..
sehingga la dewasa ini attitude aku yang satu tu berlarutan cuma sekarang ni aku lebih kreatif la, maklum la dah dewasa :D ..yang mana ubat yang berbentuk biji-biji ka kapsul la, table ka.. aku kasi potong sampe sekecik kecik nya..hahahaha! yeah terbaek!! so telan jer bersama air yang banyak :D ..ok tak? ok la tu, yess!!

alternatif lain jugak ,aku jaga la kesihatan badan ku ini, mencegah kan lebih baik dari mengubati tapi biasa la manusia ni kekadang lalai jugak :D ..so dalam erti kata lain ..minum lah air banyak-banyak wey! doktor cakap badan kurang air senang penyakit nak singgah ..weee taknak!

ai dalam takde idea laju jugak jari jemari aku ni menari-nari di atas keyboard ni..wuhuu..so akhir kata ..jaga lah kesihatan korang wey!! sapa lagi nak jaga kalau bukan diri sendiri ..and jangan kedekut ilmu..nanana..

semoga ada baiknya, insyaAllah

Thursday, April 21, 2011

Laksamana Sunan-bagaikan puteri

Assalam to who's reading, hari ni nak post pasal novel Ramlee Awang Murshid-Novelis Thriller No 1 Malaysia- sekadar amik tagline daripada bukunya :D ..kebenaran tagline tu, i'm not sure and itu bukanlah isu yang akan dikupas disini..tq

Ok berbalik pada tujuan asal post hari ini, sebelum ini aku selalu jer terpandang nama penulis ni waima buku-buku tulisannya sekalipun setiap kali masuk kedai buku sama ada sekadar untuk cuci mata or memang niat ada nak beli buku tapi buku-buku enRAM (Ramlee Awang Murshid) hanya berjaya menarik pandangan ku sekadar jeling-jeling jer sambil terfikir "best ke novel ni? cover macam cerita serius jer, macam takde komedi jer" :P
itulah aku, kalau nak baca novel ,baca yang ada komedi romantik jer and watak utama tu kena caring habis la heroinnya..huhu, takde la karat sangat jiwang! =P
cover and sinopsis belakang buku tu memainkan peranan yang penting bagi menarik minat aku untuk membaca (pendapat untuk diri aku la). Ok habis kesah perasaan and pendapat aku tu, berbalik pada novel trilogi cerita laksamana sunan ni-bagaikan puteri,cinta sang ratu,hijab sang pencinta and cinta sufi..tak pernah terfikir pun untuk membacanya walhal setiap kali pergi kedai buku pasti aku terpandang buku bagaikan puteri tu, selalu jer ternampak (konon-konon memanggil la =P, ayat buku der!!).

So hendak dijadikan cerita, tv di rumah aku sekarang ini sekadar boleh dilihat tidak boleh ditonton (rosak la..) so aktiviti masa lapang aku yang kedua naik satu anak tangga jadi aktiviti utama aku, iaitu membaca. Setelah koleksi bacaan yang sedia hampir nak habis aku kena la cari bahan bacaan yang baru kan sambil menunggu beberapa keluaran novel baru yang dinanti-nanti entah bila hendak keluar :D ,so disuatu hari yang cuti lepak la aku kat rumah kawan aku ni, koleksi novel + bahan bacaan lain memang satu almari kecik kat rumah kawan aku ni..sambil-sambil melayan tv aku terpandang la novel enRAM ni, aku tanya kawan aku tu
aku : "best ker citer ni?"
kawan aku : "best! akak memang suka buku enRAM ni"
aku : "ye ke,best ek tulisan dia?"
kawan aku : "best la bagi akak, kisah-kisah pengembaraan, sejarah-sejarah"
aku : "oh" ,dalam fikiran ku, masa sekolah suka la subjek sejarah, sekarang tak tau la
aku : "nak cuba baca la" sambil menunjukkan cinta sang ratu,dia dah ada kesemua empat tajuk.
kawan aku : "kalau yang novel tu kena mula ngan bagaikan puteri" sambil menerangkan sebab-sebabnya dan aku pulak tertunduk-tunduk hendak keluarkan novel-novel yang dia sebutkan tu :D
so aku pinjam la bagaikan puteri, sebuah ja dulu.

sebab sebelum aku ter nak baca + pinjam buku enRAM ni, aku terpandang ada buku tulisan Hlovate kat almari bukunya tu, ada kawan aku yang lain suka buku tulisan Hlovate, bersemangat ni cerita kat aku tapi bila aku nak pinjam, senyap aja! :P ..ala rumah dia jauh, jarang-jarang melepak bersama, bila berjumpa pulak masing-masing tak ingat pasal hendak pinjam novel :D ..so setelah terjumpa novel tu kat rumah kawan aku ni, maka pinjamlah aku buku tu sebab aku sebagai pembaca novel yan taK berapa nak tegar ni nak jugak tahu camna karya Hlovate yang identiti penulisnya dirahsiakan sangat tu :D ..so selepas dah baca novel Hlovate tu aku cuba la pulak karya enRAM ni. Di sini aku taknak la kupas pendapat aku pasal karya Hlovate tu (macam bagus jak aku nak kupas karya orang! haha!) sebab sekarang aku nak ulas pasal watak laksamana suman yang aku suka tu! :D untuk karya Hlovate, nanti lain post aku buat! ahaks!

so dalam masa satu hari kat rumah aku (tv rosak) habis la aku baca bagaikan puteri tu, AKU SUKA LAKSAMANA SUMAN!! nasib baik watak jer, kalau orangnya bener-bener wujud..gosh! "cinta ini sukar dihalang!" haha! sengal sekejap! so oleh kerana dia hanyalah suatu watak yang dijadikan agak sempurna maka perasaan aku boleh lagi dikawal dengan fikiran yang rasional =P
tapi kenapa ek aku begitu teruja ngan watak tu!? uwaaa...!!

first yang aku terfikir "wujud ke tak laksaman sunan ni? zaman hang tuah lagi beb! tapi tak pernah dengar lansung or terselit-selit pada mana-mana bahan bacaan " pandai enRAM mencampur kan watak ini dengan sejarah yang sedia ada tapi kita pun tak pasti lagi hang tuah tu betul-betul ke tak ek, kan? kan? :D
..tapi watak laksaman sunan tu memang bagus la boleh jadi hidayah pada sesiapa yang dikehendaki Allah, insyaAllah.
Siapa-siapa saja bisa jatuh cinta atau suka sama itu watak laksamana sunan, i guess!

Tersentuh jugak emosi aku ni dengan cabaran-cabaran yang dilalui laksamana sunan tu tapi seperti apa yang ditulis dalam buku tu, kita kena sentiasa bersangka baik pada Allah dan ganjaran atau hikmah dari bersangka baik itu amat lah..(tak terkata)subhanallah sangat indah pada sesiapa yang mahu berfikir. Dalam kesabaran watak laksamana sunan itu menghadapi semua cabaran dia diberi peluang untuk melangkau masa, suatu perkara yang diluar batasan fikiran logik manusia, kita ada? =P yer mungkin itu hanyalah kesah yang direka tetapi ada kan kejadian sebenar dalam AlQuran, Ashabul kahfi walaupun tak sama sepenuhnya tapi apa yang ingin dinyatakan oleh penulis sepanjang novelnya ini ialah nak meningatkan kita bahawasanya tiada kuasa yang lebih besar selain Allah dan kita semua insyaAllah sememangnya dah tahu akan itu tetpai sebagai manusia yang biasa ini kita kena sentiasa diperingatkan maka marilah kita saling mengingatkan antara satu sama lain insyaAllah moga kita menjadi hamba-hamba yang dirahmati insyaAllah, Allah itu bersifat arRahman dan arRahim.

ops macam dah panjang ja post ni :D , ok cukup itu untuk buku episod pertama :D ..next post is episod kedua- cinta sang ratna!



semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, April 18, 2011

Percutian-Labuan

oh tak sangka! last post aku first april!? ..huh! itu menunjukkan ketekunan ku dalam menyiapkan keja :P ,ye la sebab 7 april aku cuti! hihiii..and semasa aku ngah apply untuk cuti tu bos aku telah memberi amanat dan harapan (oh!) supaya siapkan keja sebelum cuti yer =P ..so sebagai pekerja yang bakal mendapat APC nextyear insyaAllah so dengan penuh ketekunan (sebelum ni pun tekun jugak!) aku cuba sebaik mungkin menyiapkan keja, sekiranya perlu stayback,aku stay tapi baki 2 isu jer yang aku belum berjaya buat pada 6 april tu..pun begitu aku tetap cuti 7 april tu..uhu, makluma la ini cuti percutian (?!) means bukan cuti balik kg ini cuti-cuti malaysia, cuti berjalan ditempat orang ..jauh seberang laut sana (jauh la sangat!) . Kira-kira 2 jam 15 minit perjalanan dengan flight AirAsia AK5176 Kuala Lumpur - Labuan (jauh tak? :P )

So hari ini nak mencoret Journey to labuan weh (SEPARUH jerk dulu)!

Assalam all, seperti yang dirancang kan tahun lepas..so bercuti la aku n the geng to labuan ,adela kawan aku cakap..labuan tak best la ..pergi la kota kinabalu ker kuching ker..well isu nya sekarang ni..kawan yang aku nak pergi  jumpa tu dok labuan..kuikui so kira kitaorg ni pergi bercuti sambil jumpa kawan la so dari segi tempat tinggal usah bimbang ..yey! =P ..even labuan pun still nek flight der..aku kan first time! :D ..maklum la dah dewasa ni baru leh jalan-jalan a.k.a bercuti jauh sikit..masa kanak-kanak mana boleh lagi =P ..entah ler harap-harap ok le perut aku ni masa naik flight nanti sebab aku ni antara orang-orang yang agak gayat dengan tempat tinggi-tinggi ni :D like father like daughter =P ..

Teringat aku masa funfair kat tempat aku (masa kecik!), kan ada roda yang besar yang pusing tu kan, aku naik malam tu kira excited + takut la ni nak naik tapi ok la aku ada perasaan nak juga cuba naik..masa roda tu berpusing perlahan-lahan naik ke atas aku rasa perut aku dah ..ringan! oh mana pergi isi dalam perut ku ni segala usus berbagai..mana??? tapi itu perasaan aku jer, aku pun tak muntah ok ..maintaine tau, mainan perasaan jer..~first time! =P so ok la puas hati gak la dah boleh naik tu kan ..kira mission accomplished!

Then masa pergi genting highland hari tu ,aku naik la wheel pusing-pusing tu, ok la takde nervous ke apa ker..aku memang suka walaupun agak gayat tapi aku nak tau apa perasaan masa naik tu..kuikui..orang lain boleh, naper kau takleh kan! haha! ..then aku naik gak space shoot tu (betul ker nama ni, tak ingat lak) ala yang naik tinggi ke atas secara menegak tu then turun secara terkejut argghh! ..fuh! berjaya aku .mission accomplished lagi! ..segala roller coaster aku naik termasuk la yang kat BTS huhu..but most masa kejadian tu berlaku aku pejam mata…hahahhaa! TBB tul aku ni! =P ..ah apa kesah ..janji naik! ..hiahiahiah!

to be continued...


semoga ada baiknya, insyaAllah

Friday, April 01, 2011

Talk Show

Semalam tertonton talk show Cube on ntv7 channel, very interesting topic –my first home scheme- yang dikempen oleh kerajaan sekarang ni. Cube is a youth talk show about current issue. They discuss from their opinion as youth on behalf the other youth. –I’m youth t0o..-

This is what I copy and paste from ntv7 page : "ntv7’s youth talk show, CUBE, provides another engaging platform for them to voice out issues in a casual environment, while providing the latest information on youth activities."

Dan semalam adalah episode 6 bagi musim kedua (musim kedua I think!). Dengan tagline nya “break the cube-find way out”..menarikkan, sama-sama berbincang dalam satu suara satu pandangan as a youth generation. Bersama-sama kita memberikan pandangan dan jalan penyelesaian dalam sesuatu issue, adakah isu-isu sekarang mengambil berat akan hal-hal generasi muda ini? Kerana generasi inilah yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan..Rasullullah pernah bersabda “hendak tahu macam mana keadaan pada masa hadapan ,tengok la pemuda pemudi pada waktu semasa” (ayat telah dikarang mengikut kefahaman penulis, which is..me! =P ) ..

For me, talk show macam ini bagus untuk dipraktikan kerana kita boleh mengeluarkan, berkongsi pandangan dari segi sudut generasi muda dan berkongsi sesame kita and insyaAllah didengar oleh generasi pemimpin kita and mungkin juga masyarakat sekiling.

Talk show ini dapat juga memberi dan menambahkan maklumat-maklumat berkenaan isu yang dibincangkan kepada penonton dalam range yang sama sebagai input tambahan dalam membantu keputusan yang bakal dibuat.

Oh sebelum terlupa, diorang ada bagi tips-tips penggunaan kewangan yang baik, ada 7 tips semuanya tapi taknak highlight kan sebab, first aku tak ingat sepenuhnya tapi aku faham untuk diri aku, second sebab kebanyakkan tips yang dia bagi tu ada yang memang aku apply. Sekian sebab so kat sini yang aku nak highlight kan sangat ialah tips nya yang pertama..kira tips yang penting la ni, tips top seven ,ranking pertama ialah ‘pay for your first!’ kata narrator tu lagi, ini lah kebanyakkan yang orang selalu tak perasan and pandang ringan, walhal sebenarnya sangat memberi kesan pada kita. Terutama aku ..uwaaa…! sangat sedih, suka nak bagi pada orang lain, untuk diri sendiri kurang ..woo..woo..(nangis).

Pay for your first means..bayarkan untuk diri kita dalam erti kata lain..saving first! Ni dapat gaji terus bayar kereta, bayat rumah, bayar hutang..yang tinggal baru bagi pada diri sendiri..silap-silap, tips ni dah pernah aku tahu pada program yang lain tapi dalam bahasa yang agak sopan la kurang dramatic so tak terasa sangat :D ..sekarang dia cakap macam tu , baru la tersenguk sekejap =P ..

So tindakan kita sekarang, dapat jer gaji ,bayar pada kita dulu, g masukkan dalam bank or tabung buluh =P ..pastu yang tinggal baru bayar yang lain-lain, seperti kita bayar yang lain, kita tak boleh ambik semula or minta balik kan ,so begitu juga dengan apa yang kita dah bayar untuk diri kita itu, tidak boleh tarik balik or bahasa yang mudah difahami ambik balik..tidak-tidak! Tidak dibenarkan!!

Come on la ,ingat la itu kita bayar untuk kita, buat apa hendak ambik balik, pergi ambik balik apa yang kita dah bayar untuk orang lain =P ..takde la means akan ada masa yang sesuai untuk kita guna duit yang kita dah bayar itu,like beli rumah, you know.. untuk beli asset, bukan suruh bayar for nothing bro!
So you know who you are and your finance to0 .. =P ..


..ops ada keja la ..BUAT KERJA!


Assalam..see in next post!


semoga ada baiknya, insyaAllah

Thursday, March 31, 2011

Penguasaan Minda Separa Sedar part 2

oh sambungan from the part 1, kalau nak bercerita tu kena bercerita sampai abiskan..

Ada juga tips-tips tambahan yang diberikan, disebabkan adanya tips-tips yang dikongsi penceramah la aku suka majlis-majlis bicara ni tak kira tajuk,oh sekiranya kelapangan la(~alasan) tapi betul la kalau tak senang macam mana hendak attend =P …ok berbalik pada citer tadi (iklan tak berbayar jap).

Ok antara tips kali ni yang aku dapat+ingat : kalau masa siang-siang tu marah-marah anak kuarkan perkataan yang tidak sepatutnya (ni salalh satu tindakan separa sedar) bila anak tu dah tidor..usap-usap kepala diorang dan lafazkan kata-kata yang baik, contoh “mak sayang adik, adik budak baik, adik esok bangun awal suka hendak pergi sekolah” itu diantara contohnya la ~'adik' bukan nama sebenar~

So tips yang menarik minat ku! Ohyeah! Kena kurangkan minum tea!! Uwaaa..! fevered ku ditambah pulak dengan susu, and minum panas-panas kat ofis ku ini..syedapnyaa..(lelehhh…) dan juga minuman caffeine yang lain  ..minuman caffeine yang lain aku tak kisah sangat sebab memang tak minum tapi tea  ..oh no..sebab kena kurangkan ..ish tak pasti lak aku kena kurangkan or takleh terus sebab itu antara penyebab sengugut yang sakit..sangat!! uwaaa..! (sila nangis bersama!!) nangis sebab sakit derr..ye aku sampe boleh pengsan dibuatnya kalau sakit tapi sekali ja la pengsan (saja kasi dramatic sikit), the rest guling-guling tak kira dimana lokasi pun..huh dah tak kisah bila sakit!
So macam mana dengan green tea sumer?! Oh sungguh aku tak tahu..ctzaidah, pergi buat research!!

Banyak jugak pantang larang aku ni, dah la makan pun memilih pastu pantang larang lak..ish ish tak boleh jadi ni..kena amalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan gigih nampaknya ni so bolehla kurangkan sikit yang pantang-pantang tu..uhu, senang jer kita ni kalau nak sihat, amalkan gaya hidup yang sehat ja..means ada waktu riadah, tidor yang cukup-jangan lebih-lebih, tidor yang cukup disini means tidor yang bersesuaian dengan kerja kita,aktiviti harian kita, tu maksudnya tidor yang cukup, tak semestinya 8jam sepenuhnya(ish ye ye je aku ni =P, harap-harap tak kena band or saman dengan mana-mana pihak :D) kebanyakkan orang yang berjaya..berapa jam ja diorang tidor and kalau korang+aku rajin mengira dan berfikir sejenak..berapa lama masa yang kita dah ambik dalam hidup ini untuk tidor sahaja berdasarkan umur kita ini..kira-kira =D. Itu bab tidor and seterusnya kalau kita mengamalkan gaya hidup yang sehat rasanya dari segi diet (pemakanan seimbang)kita tak ada masalah dalam erti kata lain..yaa kita boleh makan apa yang kita suka! Oh yeah! Sebab orang yang mengamalkan hidup yang sehat ni kan orang yang berdisplin mungkin tidak semua but then insyaAllah semua disiplin ok!

Itu dua jer ek yang aku kongsi..mau dah satu page setengah ni, baru and dua tu jer rasanya yang aku ingat :D (muka tak bersalah jer) ..so sila catit yer makci ct lainkali! Ada jugak yang dicatit tapi ringkas yang lagi meringkaskan =P dalam erti kata lain catitan yang kurang lengkap! Kena buat sendirinyer translation first :D ..oh! oh! before forgot kembali (BM SPM aku dapat berapa ni?) about color, sangat memberi kesan dalam avtiviti seharian ni + kan I’m getting m------d so color-color ni antara benda-benda yang hotspot sekarang ni(bagi aku la, xda kaitan dengan orang lain) sensitive! Alert sangat benda-benda yang berkaitan color ni :D (poyokah?). Sebelum ni pun aku ada didedahkan dengan color-color ni tapi tak ambik serius kot =P ..so as gentle reminder for me in future and current :D ,grey color melambangkan kebijaksanaan, pink color melambangkan cinta, biru muda is kasih sayang, coklat for kematangan, hijau for tenang and yellow for fun-ceria! (kurang rajin utk elaborate =P)


semoga ada baiknya, insyaAllah

Tuesday, March 29, 2011

Penguasaan Minda Separa Sedar part 1

Wah lama sudah tidak post, sungguh tidak berdisiplin..oh (-_-)! .. biasa la perancangan yang mungkin kurang telus :D .. so tiada yang bersalah dalam hal ini melainkan diri sendiri juga..hangat-hangat tahi ayam derr..!

Isnin lepas bicara 60minit menbicarakan tentang penguasaan minda separa sedar..very interesting! For me la..ye la impian nak jadi psychologist tak tercapai so anything related to that ..very interesting me!!

Wahai tuan punya blog!, sila berusaha bersungguh-sungguh ok!! rajin-rajin! Disiplin-displin! ~monolog dengan diri sendiri :D

Ok bila taip monolog ni teringat pulak alkesah bicara 60minit tu, ok lets back to our bicara 60minit, as usual bicara 60 minit ni semestinya aku attend la sekiranya tiada tugas-tugas lain yang sama masa dengannya and yang buat aku nak attend bicara 60 minit kali ni sebab penceramah..oh yeah! Penceramahnya adalah kawan aku semasa kursus induksi beberapa tahun lepas..well takde la kamceng, just kawan gitu-gitu jer, standard kawan kursus huhu..sebab aku suka dengan personalitinya saiz sama aku ja, kecik comel la wey, mungkin dari segi berat dia lebih la beberapa KG :D ..betul la!! ..tapi punya karakter yang orang kata..kecil-kecil cili padi+api  dengan profession yang aku suka..oh it just perfect! for me…so sebelum penceramah dijemput memulakan bicara dalam masa 60 minit (sometime lebih minit =P)penceramah akan diperkenalkan fisrt and for my fren ni beliau dikenalkan sebagai penceramah bebas, penceramah tetap dalam satu segmen kat radio dikawasannya and pernah menjadi pengacara dalam satu pogram bual bicara di TV1 ..oh I just love!! Pencapaian dia tu memberikan aku semangat! Oh yeah! Walapun sememangnya aku sentiasa bersemangat! Uhuh! I just need up my confident level only!! Why its so hard for me??! Uwaa..!!

Sebelum-sebelum ni kan ada and sekarang pun contest-contest yang dianjur untuk memenuhi impian masing-masing(like mencapai impian yang dianjurkan oleh tv3), and every time contest were organize, I was wondering what’s my dream?? Do I have a dream or I just don’t know..is that my dream?? Maybe I just confuse what is dream of :D ..pelik tapi tak hairan ok ..if people say “dream is what we want to do the most!” answer me “a lot I want to do..the most!..anything that I can do! So which one my dream?” =P ..poyos sungguh budak ini! :D and I still looking for the answer until now..and now I think I more understand what is dream of actually ,what is ambition, what is vision or my aimed ..yeah I think I already know..hope!! maybe because of whatever I have been through this before, it learn me..so thanks to the great teacher which is my experience, I face the result, the effect from 
the decision that I have made..wah! budak kecik ini sudah dewasa!! ~~weee…if this age I just grown up then when age i will getting old?? =P Erm..Maybe not..because I’m always young and chill!! =D .. 

Ok berbalik semula pada bicara 60 minit – penguasaan minda separa sedar ni(berapa kali byk iklan daaa..)..tak tahu camna nak terangkan maksud perbuatan yang separa sedar ni, yang pasti takda kaitan dengan tidor ok, so nak bagi contoh perbuatan yang selalu kita buat tanpa sedar tanpa perlu menghantar isyarat ke minda setiap kali nak buat, iaitu bernafas or kelip mata..means ada korang bagitau mata bila masa nak berkelip? (berfikir sejenak) Tak kan ..mata berkelip pun kadang-kadang kita tak rasa kan, tak perasan la kiranya.. so pentingnya penguasaan minda separa sedar ini adalah kerana di sini lah yang akan menentukan personality kita, karakter kita, kejayaan kita..insaAllah, means cara bagaimana kita berfikir dalam kehidupan seharian, dalam membantu kita membuat keputusan, dalam kita menangani tekanan or masalah.

Kira kalau kita berjaya menguasai minda separa sedar kita ni..insyaAllah sangat membantu dalam hidup sebab semuanya bermula dari sini dari minda..ia sesuatu benda yang kita terbiasa buat dan seterusnya menjadi satu habit kalau baik sifatnya..maka baik la hasilnya, kalau sebaliknya maka jadilah sebaliknya..jadi sila tanamkan benda-benda yang positif dalam minda kita dan anak-anak dan sekeliling kita. Jangan ingat diorang tidak mendengar apa yang kita keluarkan dari mulut kita, sesungguhnya ia akan melekat tanpa diorang sedari dan kita juga..separa sedar kan, dan kita akan bertindak seperti yang kita fikir..so dalam erti kata lain selalu la 

keluarkan kata-kata yang baik supaya minda separa sedar merakamnya.


ops..so look like nak kena sambung post esok sebab dah berjela panjang ni :D ..so see ya in the next post


semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, March 14, 2011

Versi Draft

sebelum menjadi pekasam dalam page word aku baik aku post..huhu so ..sekian  =P

Bicara 60 Minit
Assalam ..hari itu bicara program bicara 60minit kesah “budi bahasa atau bodek?” disampaikan oleh pegawai Psikologi En Samsudin b. Mohamed dari JPA ,mengikut katanya bodek ni bukan budaya kita pun, adalah sangat tidak bagus untuk diamalkan dan itu adalah salah satu punca stress!

Yang dikatakan bodek ni bila kita lakukan sesuatu berdasarkan kepada siapa kita lakukannya ,kes kerja tak ihklas la ni ,bajet nak amik ati boss tapi kalo orang-orang yang takda pangkat idak ler di layan nya ..itula dikatakan kan bodek ,lain pulak dengan budi bahasa, orang yang berbudi bahasa ni siapa-siapa pun dia layan sama rata ..ha tu la yang dikatakan budi bahasa ,kita yang memantau ni ja jangan nak jeles,buat citer yang bukan-bukan ..huhu selalunya yang pemantau ni yang lebih-lebih ek =P ..u know who u are ..~wuhuu…dan mengikut pandangan nya lagi, budaya budi bahasa ni kenal amalkan dari rumah dan diasuhkan dari kecil ..

Sometime penceramah tu menyelitkan cara nak didik anak ..yang aku ingat pesanan nya ,masa anak-anak kecil – umur 7 tahun, didik diorang dengan kasih sayang ,umur antara 7 – 14 tahun, didik diorang dengan peraturan, peraturan nak masuk toilet , peraturan segala macam la, takda peraturan yang simple k..jangan anggap mudah dan bagitau la juga nape peraturan tu ada supaya diorang faham why why why and why :D then umur 14-21 tahun didik diorang macam kawan..be friend! Maybe a go0d friend than the outside! Give some advise, reason lidten to their opinion, and mybe show some respect to them .. (thumb up!) and insyaAllah they will respect back to u..


Calar-parking
Sengal! Kereta ku telah dicalarkan! ~oh!! Akibat dari perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab, boleh tak orang-orang diluar sana prihatin la sikit, fikir la kebarangkalian apa yang akan berlaku bila encik/cik/tuan/puan park kereta kat situ..adoi! kereta tersayang jugak yang kena..dah bertahun eden park situ ,ok jer..memang takleh tengok orang senang, kalo yer pun nak park camtu kuar la awai! Yaiy!

Yang nak lalu tu pun ,dah tau tak lepas sebab kereta encik/cik/tuan/puan yang besar lagi cantik tu naper la tak sedar diri (tak sedar keretanya besar) nak jugak lalu!!?? Kalau encik/cik/tuan/puan bajet lepas, pastikan kereta encik/cik/tuan/puan kecik comel sama kereta eden ha ..lalu la betul-betul ,prihatin la kiri kanan kereta encik/cik/tuan/puan, jangan nak tengok sebelah jerr… gerggghhh!!! Kereta den  jugak yang kena!!! Ah tension! Kalau nak kata den ni park kereta pada tempat yang salah ..hello! eden dah park kat situ almost 2 year beb!! Nothing happen ,kalau pun den tak park tak situ ,still akan ada kereta lain yang akan park situ so dari mana datangnya watak tambahan yang tidak diundang ini!!! Arghhh!!! Calar tu satu hal sekali side mirror aku yang elastik tu (luckily elastik kalau tak, patah!!) terbelakangan, double!!! Takkan la orang yang lalu tu tak perasan?!! Dah la dicalarkan nya panjang ishh!! Tak perasan ker weyy!! Dok tengok belah sana jer kot or encik/cik/tuan/puan memang tak kesah pun??! ..uh!!

Tindakan encik/cik/tuan/puan tu menyebabkan kereta 
encik/cik/tuan/puan calar gak tau (tapi sikit la) and cermin encik/cik/tuan/puan tu, mesti encik/cik/tuan/puan tau kan encik/cik/tuan/puan dah calarkan kereta den ha??!  Mungkin tak cukup lagi selama ni den berhati-hati tidak mencalarkan kereta orang lain! Huh!! Mungkin eden kena lebih berhati-hati and insyaAllah orang lain pun akan berhati-hati untuk tidak mencalarkan kereta den ha..uwaa…!!!! 

Eden ni mana ada lagi rekod calar kreta orang!! (so far n insyaAllah akan datang) paling koman pun bersentuh sikit jer side mirror..  ..uwaa..!!! mana ader calar or terkebelakang pun side mirror tu!! uwaaa..!!! ini tidak adil!!! Oh mungkinkah eden nak tukar kereta baru (blink-blink mata sekejap) ,sedikit ceria disitu =P takda maknanya ..keja den cop duit ker, leh rembat =P ..but who know (,”) takdela sekadar membuang rasa emosi yang tidak bagus ni..apa yang berlaku ada hikmah and pengajaran so pengajaran yang den dapat dalam kes ni..parking la dalam petak parking =P or datang awal ..settle!!

semoga ada baiknya, insyaAllah

Tuesday, March 08, 2011

frEndly Match

Ai dah lama tak mengarang nih! dok sibuk contest jak + keja yang taktau dah camna nak setel ..apa lagi la idea yang aku ada ni?? dah kering sengal!

Cuti dah apply, tiket lom beli ..arghh!! (update: dah beli der =P )

Rilek-rilek ..bertendang + bertenang ..  fuh luckily sebagai pengobat rasa di hati and emosi aku ni friendly match badminton last week aku menang :D tapi menang tipis la ,dua set, set pertama 21-16, set kedua 21-19..fuh sengit gak dalam nak mencari mata ke 21 tuh! Huh + fuh! Yang menariknya sorakan dari team sendiri ler..fuh memang gamat nih! maklum la kat ofis takleh bising-bising ,turun court jer mau bergema sampai luar court wuhu! Walhal tak sampai 20 orang pun :D ..


Tapi lepas game aku nilai balik corak permainan aku, ada peluang untuk aku smash ada tapi aku bagi bola perlahan jer kira bajet nak main net jer la ni :p.. tapi kalo aku nak main net pun boleh cuma aku kena pesongkan sikit la ke kiri ke ,ke kanan ker..baru tak dapat dibaca oleh pemain lawan tapi takpe aku berjaya menyudahkannya jugak :D ..and thanks juga pada partner aku yang memang sentiasa ada di belakang ..huhu, so dia capai mana yang aku takleh capai ..yeah! congrats to team merah! Go Go Red Team! Tapi dari permerhatian aku pihak lawan macam kurang bertenaga jer ,macam tak bagi habis jer??? Ker expectation aku tinggi sangat pada nya??? Maklum la sebelum ni aku pernah main bersama nya ,kira nak di smash jer aku yang comel lote (sekali sekala poyo) ni..erm who’s know kan tapi apa-apa pun kita kalau bermain tak kesah la training biasa ka, riadah biasa ka or true match game ka ..biarlah bermain dengan semangat kesukanan!! Baru la enjoy main..there’s no stress dude! .. ok abis bab tu..


So minggu ni aku berkursus ..so ok la tukar mo0d sikit, bertukar-tukar ilmu bersama staff yang lain and so far so go0d, beside penceramah tu pun rakan seperjuangan so takde la kekok.. =P



huhu so sebagai tatapan ku nanti-nanti ..nak menampal la foto yang disnap candid semasa game badminton berlansung..huhu

semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, March 07, 2011

Dunia Novel Giveaway



i lurve novel so i lurve Dunia Novel!!
nak hasilkan novel sendiri kurang pandai so enjoy orang len nyer novel lorr..
oh yeah!

this one i tag to
oleen yang sudah diberi nafas baru blognya..huhu, biasa la teknikal problem..
and nana lagi + kak jun also

semoga ada baiknya, insyaAllah