Monday, May 23, 2011

Kesah Cuti Aku 2

Sejahtera ke atas kamu ya kawan-kawan,insyaAllah..kenapa title post aku "K..C..A..2" sebab ini, kesah-cuti-aku-1 ..huhu, alkesahnya but like u care kan? :D

So nextweek insyaAllah kalau tiada tugas-tugas yang mengejut di last minit, aku cuti! wuhuu..! cuti seminggu jugak la..insyaAllah ,bersempena cuti kenduri kahwennnn...adik aku. Tetapi kesah cuti aku 1 tu takde kena mengena pun dengan adik aku..hukhuk!

Rasa macam nak balik cuti raya pulak akunyer persiapan :D ..tapi pegawai yang bertindak nak meluluskan cuti aku ni belum masuk ofis lagi hari ni..esok kah? sebab last week dia bercuti the whole week, selalu aku apply cuti giler awal! sampai kena tegur..ekkeekee..tapi kali ni sebab buat kerja kan saje lambat (sesaje ker?!) beside aku dah maklum pun padanya so kalau aku minta officer lain luluskan pun ok, insyaAllah. Esok mungkin masuk kot sebab haritu cakap macam seminggu jak dia maklum cuti.

Last weekend juga dah cuci baju-baju baru untuk anak-anak sedara aku yang dibeli semasa kunjungan aku ke Sabah last month, as buah tangan, baju baru and selendang yang akak aku order tu pun dah siap di cuci tunggu nak pakai jak. Baju ker seluar ker yang baru-baru beli ni kena cuci dulu sebelum pakai sebagai langkah keselamatan, but sometime kalau t-shirt tu nak bau kedai nya pasal,aku pakai dulu kih! kih! ..dah-dah pas ni jangan buat lagi makci! =P ..

Kenapa aku bercuti sampai seminggu walhal bukan aku pengantin ?! ..sebab kenduri adik aku tu tengah-tengah medan (istilah aku) minggu ..rabu wey! camna aku tak amik cuti 5 hari bekerja..ish ish..kalau cikgu ok la sebab time tu cuti sekolah, aku bukan cikgi waima cikgu..takpe cuti aku Alhamdullilah banyak lagi, last year dah simpan cuti so tahun ni guna habis! ngeh! ngeh! ..lagipun almost 7 tahun maybe tidak ada walimatulurus di rumah aku tu after kakngah aku so apa salahnya kan, amik cuti lama and tolong persiapkan majlis tu ~~aku persiapkan? nyibuk ader ler huhu..nyibuk di rumah sendiri takpe.

OPs look like setakat ni la post aku untuk hari ini..ada satu lagi isu yang perlu disiapkan sebelum cuti insyaAllah..chaiyok!


semoga ada baiknya, insyaAllah

Friday, May 20, 2011

Laksamana Sunan-cinta sang ratu

asSalam Alhamdullilah akhirnya dapat juga saya mo0d untuk mencoret sinopis bagi novel Cinta sang Ratu kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri.

Wah chapter ni memang aku nak baca sangat-sangat sebab ending last chapter bagaikan Puteri, who is sang Ratu ini yang berjaya menebak belakang Laksamana Sunan dengan anak panah sihirnya itu, and 'sebagai manusia, aku sayang padammu' gosh!! hati aku pun berdetik wey! biar pun perkataan tu aku baca sendiri wey bukan dengar daripada mulut sapa-sapa pun waima sunan sendiri..hik!hik!hik! , aku kalau jadi pelakon, confirm akan jadi pelakon terbaik ala-ala shaheizy sam :D (menjiwai watak tak hengat!). Ok berbalik pada novel yer, sungguh emosi aku, pandai enRAM bermain dengan emosi pembaca..macam aku (-_-)! ..so selepas aku hantar novel yang pertama tu aku pinjam pula novel kedua and kata tuan punya 'amik semua la ct, sekali harung' sebabnya aku nak pinjam satu-satu (bajet cool ler tu, plastik!) so aku pun tanpa segan silu :D ..pinjam ketiga-tiga chapter terus, kan sumer ada 4 chapter (4 buah novel).

Pastu akak tu juga cakap sunan kawen dengan ratu so aku jadi lagi tak sabar weh! Mau tau la siapa itu gerangan sang Ratu yang berjaya menjadi isteri laksamana sunan (zaidah..jangan jeles pada benda yang takde k). Dalam novel kedua ni menceritakan bagaimana Sunan menunjukkan contoh teladan yang baik sehingga sang Ratu a.k.a ratu Sumatera yang berhati kejam dari Pulau utara itu dengan izin Allah mendapat petunjuk tentang adanya kuasa yang maha hebat daripada sihirnya. Sang Ratu juga nama asalnya Ratna adalah anak asuhan Maharani pemerintah Pulau Utara yang mengamalkan sihir dengan bantuan si tahgut.

Seperti pengakhiran chapter pertama, sunan telah ditebak oleh anak panah yang dijampi menyebabkan kecederaan yang agak teruk tapi masih selamat, belum meninggal la..ingat hero dah mati masa ending hari tu :D ..tetapi kejadian itu meninggalkan kesan pada sang Ratu, dia berasa dukacita, gelisah dan tidak gembira walaupun konon-kononnya berjaya mengalahkan laksamana sunan yang terkenal di nusantara itu, ini kerana kemenangan itu dicapai secara muslihat..dalam kekejaman sang ratu masih lagi terselit perasaannya fitrah seorang wanita semasa sunan membisikkan 'sebagai manusia, aku sayang padammu' ,sunan juga tidak mengajaknya berperang malah berdamai dan menjalinkan persahabatan dengan Acheh, namun tidak diendahkan oleh sang Ratu walaupun hati kecilnya berdetik, tetapi teringat akan Maharani hatinya berubah! .

So sang ratu ini pun selalu la menjenguk sunan, nak memantau la ni..ok ker sehat ker sunan, teruk ke cederanya :D ..maharani yang sedar akan perubahan sikap sang ratu ni mula la mengancamnya macam-macam dan membuat fitmah terhadap sunan. sang Ratu yang masih lagi mencari maksud perasaannya itu, menurut sahaja kata maharani dengan melakukan pelbagai cubaan untuk membunuh sunan namun tidak berjaya dengan perlindungan Allah dan peristiwa itu menyebabkan hatinya tertarik untuk memeluk islam dan menukar namanya kepada nama asalnya iaitu Ratna, dan macam mana diorang boleh kawen? sebab sunan nak mengelakkan fitnah and Ratna juga adalah saudara baru yang memerlukan bimbingan. Maka berkahwen la diorang,Ratna memang suka pun, suka tak hengat! aku? aku pun suka wey, aku baca citer tu so aku faham la,takda makna nak jeles! hahaha..sengal!

Dan kesan dari itu Maharani pun frust la, frust menonggeng wey, dihantar orang suruhannya untuk menculik anaknya supaya pulang ke pangkuannya dan menjadi jahat (ayat tak skema). Setelah berbagai-bagai cubaan ratna ini berjaya diculik dan sunan amatlah sedih akan hal itu, maka dia di gelar lelaki berduka dari tanah Rencong. Maka berlakulah pengembaraan sunan, sadik dan katiswara dalam menyelamatkan ratna dari ibu asuhannya itu. Yang pasti kasih sayang yang ihklas boleh mematahkan sihir yang jahat! Memang penuh emosi la thriller kali ni..dan ratna memang berjaya diselamatkan ,aku suka scene ni..yes! tapi sekejap jer pertemuan itu :( ratna terbunuh di tangan maharani sendiri demi melindungi suaminya and kejadian itu menyebabkan maharani berduka lara.

Banyak aksi la citer ni..best-best! dah macam panjang ja ni aku meng'komen' + dah ingat-ingat lupa so sampai di sini saja..takkan nak citer abiskan =P ..

So see in next post and next chapter Hijab sang Pencinta!




semoga ada baiknya, insyaAllah

Thursday, May 19, 2011

Istiqamah

Sejahtera la ke atas kamu yang membaca ini, :) so hari ini sebelum kesibukan kerja berlaku =P, aku nak menyelit la sikit persoalan istiqamah ,isu ini timbul semasa aku baca buku yang semalam tu, refer pada koleksi-bacaan. So alkesahnya, aku tak ingat bab apa tapi soal istiqamah timbul dan situ dan terus menjengah minda ku ini, kira memberi kesan la dalam pemahaman aku ni.

Istiqamah bermaksud tetap a.k.a konsisten, ada satu ayat lebih kurang gini la maksudnya 'biar sedikit amalan tapi istiqamah' ..means? terpacul soalan tu di benak ku (*_*), yang aku faham maksud istiqamah ni macam sesuatu perbuatan yang kita buat tu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, dalam kata lain khusyuk la :D sengal gak aku ni, but i learn k..(nak jugak maklum la ego tinggi =P) so berdasarkan maksud yang turut dinyatakan aku cuba padankan dengan apa yang aku faham, ye of course kita akan buat dengan bersungguh-sungguh untuk dapatkan result yang terbaek! oh menyimpang sikit fahaman aku ni :D Alhamdullilah diberi petunjuk oleh Allah so aku pun google la istiqamah ni untuk pemahaman lebih lanjut, kalau yang baik kita cari insyaAllah yang baik la kita dapat kalau sebaliknya; wallahualam.

Ok berbalik pada istiqamah tadi, so aku jumpa la forum ni halaqah.net ,sangat membantu forum ni, terus aku faham beb! Alhamdullilah so sila-sila la rujuk or jadi halaqian ker kat dalam forum nih, berkongsi ilmu ,insyaAllah aku pun nak cuba la..untuk tambah ilmu di minda :D

so berakhir sudah isu istiqamah, harap-harap kefahaman tidak menyimpang lagi yer cik zaidah yang tomey!(sentiasa berkata baik untuk diri sendiri bukan masuk bakul sendiri angkat juga)..sebagai penutup post :D ..Alhamdulliah kerja aku almost setel sebelum apply cuti..majlis resepsi my adik this early june, kena balik untuk menyibukkan diri.. (-_-)!

semoga ada baiknya,insyaAllah

Wednesday, May 18, 2011

Koleksi Bacaan

Assalam pembuka coretan, jap nak test urat mulut..mafh! mafh! mafh! ..ala-ala sharpay dalam citer high musical di disney channel! :D ..pengelupasan di area mulut and hidung akibat selsema yang lepas walaupun aku cuba untuk elakkan penggunaan tisu tapi kalau kain sapu tangan takde..tisu juga aku hentam but then not worst like before, masih maintain cun lagi ni :D ..cuma kali ni mulut aku tak boleh dibiarkan tertutup rapat lama,nanti bila nak bercakap sakit! ruang kulit yang kering tu terkoyak oh! so sebab tu aku kena buat senaman mulut always, ya la takkan nak dok ternganga ja mulut, kang lalat masuk walaupun tidak kelihatan lalat di sini atau pun haiwan-haiwan kecil yang seangkatan dengannya..Alhamdullilah

so what we have today? yesterday even though its a public holiday(wesak day), ligat-ligat otak aku mencari penyelesaian kerja aku ni, so hari ni nak test la teori-teori yang dah aku fikirkan semalam tu..wiihii! well usaha tangga kejayaan ,tak buat tak tahu kan, mana tau cubaan yang ke100 berjaya..yeay!! insyaAllah.. ~insyaAllah u will find the way..

tapi hari ni nak kongsi sikit la petikan dari buku yang aku pinjam lastweek, today dah kena hantar :D .Buku bertajuk Himpunan kisah-kisah teladan Nabi Muhammmad SAW terbitan Berlian Publication sdn bhd,sedikit mutiara kata la dari penulis maybe, untuk renungan bersama ~Dalam perlawanan,sentimen mesti lebih kuat daripada akal; Dalam politik, akal harus lebih kuat daripada sentimen; Dalam akal, sentimen harus seimbang; Dalam cinta tidak ada tempat sedikit pun bagi akal~ petikan last tu membuatkan aku terfikir..means? ..oh belum sampai ilmu aku ke situ rupanya..subhanAllah

and nak berkongsi juga petikan kesah dalam buku tu, its nice to share..
"Nabi Muhammad s.a.w berbadan sedang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, warna kulitnya putih kemerahan. Rambutnya tidak kerinting,juga tidak begitu lurus. Sewaktu Nabi s.a.w wafat tidak ada dua puluh rambut putih pun di kepala baginda. Nabi s.a.w berbadan bagus mulus, dadanya bidang menunjukkan bagus bentuk badannya.
Rambutnya kadang-kadang dipanjangkan hingga ke bahu, kadang-kadang cuma sampai setakat kedua belah telinganya. Baginda berjanggut tebal, halus kedua-dua tapak tangannya, kukuh jari-jarinya. Berkepala sempurna, kuat tulang-tulang sendinya, wajahnya bundar, bola matanya bening dengan dilindungi oleh bulu mata yang sempurna. Pada tepi matanya ada warna kemerahan, dadanya ditumbuhi bulu lembut membujur bagaikan tongkat yang memanjang hingga ke pusatnya.
Apabila berjalan baginda berjalan dengan tegap. Wajahnya tampan bagaikan bulan purnama, bersuara bagus dan mantap, kedua-dua pipinya datar. Mulutnya mungil, menunjukkan keelokan baginda, permukaan di antara perut dan dadanya nampak rata, antara kedua-dua bahu dan kedua-dua lengannya serta bahagian atas dadanya berbulu, lengannya panjang, tapak tangannya lebar, daging pada tumitnya kelihatan nipis.
Pada belakangnya terdapat Khatamun Nubuwwah yang bentuknya bagaikan mata kancing atau bagai telur burung merpati. Apabila berjalan langkahnya tegap dan mantap agak cepat. Nabi s.a.w membelah dua rambutnya serta menyisir rapi janggutnya. Setiap malam apabila hendak tidur, baginda memakai celak hitam tiga kali pada setiap mata. Baju yang paling baginda suka adalah gamis panjang yang berwarna putih, adakalanya baginda berpakaian berwarna agak kemerahan."

gambo ni ni ambil dengan men'google' jak, thanks pada pihak yang berkongsi
So sedikit perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri pada hari ini..see in next post!

semoga ada baiknya, insyaAllah

Monday, May 16, 2011

Handle Tekanan

Assalam to all my lovers! =P (poyos sekejap di kala tekanan) ..aku sebenarnya ada banyak benda nak post tapi kekangan masa!! (kekangan yang aku timbulkan sendiri) (-_-)! .. tu pun ada hati nak jadi penulis novel la kunun, post blog pun ikut mo0d jak! (geleng kepala) sengol!! 

huargh!! tekanan! tekanan! camna nak handle tekanan? 
mari kita meraban!! =P ..kang memberi tekanan pada orang sekeliling kita pulak! haha!

tak nak komen la dah berapa kurun aku tak post ni..:D ..so kita cerita hal-hal sekarang la kan, perkara yang lepas usah dikenang..huhu, so hari ini sempena hari guru..aku nak wish la pada kawan-kawan aku yang sangat ramai bergelar pendidik! sama ada guru sekolah rendah, menengah waima pensyarah wey! huh bangga sekejap aku ada kawan jadi pensyarah ..ya la tu kan cita-cita aku masa aku sekolah rendah :D ..
so aku jugak nak wish pada pendidik-pendidik ku di sekolah rendah, menengah and politeknik walapun diorang baca ke idak la blog ni..heheh!
dan wish jugak pada siapa-siapa yang menjadi pendidik a.k.a guru secara tidak lansung dalam hidup ku ini (ayat skema sekejap) yang sudi berkongsi ilmu dan mengajar ilmu baru waima macam mana cara hendak guna mesin basuh automatik! :D ..ilmu tu ..ha kalau taktau camna nak guna mesin basuh auto? :D
so siapa-siapa juga bisa menjadi guru walaupun umurnya sebaya anak buah aku, aku baru jer pinjam satu buku quiznya :D ..belajar tiada had umur beb! kalau kongsi ilmu banyak lagi ilmu kita dapat tau!

guess what, on my birthday..i'm not feeling well!! ..uwaa...! ~tapi cik zaidah yg cumel ,sakit kat penyuci dosa kalau kita terimanya dengan redha..insyaAllah..~  thanks to myself! yey!!
so aku bila dah demam..agak lama sikit la sebab penyegan nak makan ubat kalau p hospital pun seperti ayah aku selalu cakap, zaidah g hospital g melawat doktor ja.. :D ..sebab aku tak makan pun ubat kalau p amik..ngeh ngeh! tak pandai telan la ubat!? ..uwaaa...! so aku suka yang sirap jer..belasah la apa rasanya janji boleh telan berbanding biji tu, risau aku terlekat di kerongkong :D ..(sengal zaman kanak-kanak) sampe tahap mak aku akan bancuh kortal yang kuning tu~ubat deman kanak-kanak zaman aku, so aku teguk camtu ja..yes!! sronok giler ar leh makan ubat :D ..aku hendak sebenarnya makan ubat ni tapi tu la tak pandai nak telan wey..so bila ubat tu dah berjaya masuk dalam aku punya badan tak kira apa cara pun, aku suka la :D ..
sehingga la dewasa ini attitude aku yang satu tu berlarutan cuma sekarang ni aku lebih kreatif la, maklum la dah dewasa :D ..yang mana ubat yang berbentuk biji-biji ka kapsul la, table ka.. aku kasi potong sampe sekecik kecik nya..hahahaha! yeah terbaek!! so telan jer bersama air yang banyak :D ..ok tak? ok la tu, yess!!

alternatif lain jugak ,aku jaga la kesihatan badan ku ini, mencegah kan lebih baik dari mengubati tapi biasa la manusia ni kekadang lalai jugak :D ..so dalam erti kata lain ..minum lah air banyak-banyak wey! doktor cakap badan kurang air senang penyakit nak singgah ..weee taknak!

ai dalam takde idea laju jugak jari jemari aku ni menari-nari di atas keyboard ni..wuhuu..so akhir kata ..jaga lah kesihatan korang wey!! sapa lagi nak jaga kalau bukan diri sendiri ..and jangan kedekut ilmu..nanana..

semoga ada baiknya, insyaAllah