Thursday, April 21, 2011

Laksamana Sunan-bagaikan puteri

Assalam to who's reading, hari ni nak post pasal novel Ramlee Awang Murshid-Novelis Thriller No 1 Malaysia- sekadar amik tagline daripada bukunya :D ..kebenaran tagline tu, i'm not sure and itu bukanlah isu yang akan dikupas disini..tq

Ok berbalik pada tujuan asal post hari ini, sebelum ini aku selalu jer terpandang nama penulis ni waima buku-buku tulisannya sekalipun setiap kali masuk kedai buku sama ada sekadar untuk cuci mata or memang niat ada nak beli buku tapi buku-buku enRAM (Ramlee Awang Murshid) hanya berjaya menarik pandangan ku sekadar jeling-jeling jer sambil terfikir "best ke novel ni? cover macam cerita serius jer, macam takde komedi jer" :P
itulah aku, kalau nak baca novel ,baca yang ada komedi romantik jer and watak utama tu kena caring habis la heroinnya..huhu, takde la karat sangat jiwang! =P
cover and sinopsis belakang buku tu memainkan peranan yang penting bagi menarik minat aku untuk membaca (pendapat untuk diri aku la). Ok habis kesah perasaan and pendapat aku tu, berbalik pada novel trilogi cerita laksamana sunan ni-bagaikan puteri,cinta sang ratu,hijab sang pencinta and cinta sufi..tak pernah terfikir pun untuk membacanya walhal setiap kali pergi kedai buku pasti aku terpandang buku bagaikan puteri tu, selalu jer ternampak (konon-konon memanggil la =P, ayat buku der!!).

So hendak dijadikan cerita, tv di rumah aku sekarang ini sekadar boleh dilihat tidak boleh ditonton (rosak la..) so aktiviti masa lapang aku yang kedua naik satu anak tangga jadi aktiviti utama aku, iaitu membaca. Setelah koleksi bacaan yang sedia hampir nak habis aku kena la cari bahan bacaan yang baru kan sambil menunggu beberapa keluaran novel baru yang dinanti-nanti entah bila hendak keluar :D ,so disuatu hari yang cuti lepak la aku kat rumah kawan aku ni, koleksi novel + bahan bacaan lain memang satu almari kecik kat rumah kawan aku ni..sambil-sambil melayan tv aku terpandang la novel enRAM ni, aku tanya kawan aku tu
aku : "best ker citer ni?"
kawan aku : "best! akak memang suka buku enRAM ni"
aku : "ye ke,best ek tulisan dia?"
kawan aku : "best la bagi akak, kisah-kisah pengembaraan, sejarah-sejarah"
aku : "oh" ,dalam fikiran ku, masa sekolah suka la subjek sejarah, sekarang tak tau la
aku : "nak cuba baca la" sambil menunjukkan cinta sang ratu,dia dah ada kesemua empat tajuk.
kawan aku : "kalau yang novel tu kena mula ngan bagaikan puteri" sambil menerangkan sebab-sebabnya dan aku pulak tertunduk-tunduk hendak keluarkan novel-novel yang dia sebutkan tu :D
so aku pinjam la bagaikan puteri, sebuah ja dulu.

sebab sebelum aku ter nak baca + pinjam buku enRAM ni, aku terpandang ada buku tulisan Hlovate kat almari bukunya tu, ada kawan aku yang lain suka buku tulisan Hlovate, bersemangat ni cerita kat aku tapi bila aku nak pinjam, senyap aja! :P ..ala rumah dia jauh, jarang-jarang melepak bersama, bila berjumpa pulak masing-masing tak ingat pasal hendak pinjam novel :D ..so setelah terjumpa novel tu kat rumah kawan aku ni, maka pinjamlah aku buku tu sebab aku sebagai pembaca novel yan taK berapa nak tegar ni nak jugak tahu camna karya Hlovate yang identiti penulisnya dirahsiakan sangat tu :D ..so selepas dah baca novel Hlovate tu aku cuba la pulak karya enRAM ni. Di sini aku taknak la kupas pendapat aku pasal karya Hlovate tu (macam bagus jak aku nak kupas karya orang! haha!) sebab sekarang aku nak ulas pasal watak laksamana suman yang aku suka tu! :D untuk karya Hlovate, nanti lain post aku buat! ahaks!

so dalam masa satu hari kat rumah aku (tv rosak) habis la aku baca bagaikan puteri tu, AKU SUKA LAKSAMANA SUMAN!! nasib baik watak jer, kalau orangnya bener-bener wujud..gosh! "cinta ini sukar dihalang!" haha! sengal sekejap! so oleh kerana dia hanyalah suatu watak yang dijadikan agak sempurna maka perasaan aku boleh lagi dikawal dengan fikiran yang rasional =P
tapi kenapa ek aku begitu teruja ngan watak tu!? uwaaa...!!

first yang aku terfikir "wujud ke tak laksaman sunan ni? zaman hang tuah lagi beb! tapi tak pernah dengar lansung or terselit-selit pada mana-mana bahan bacaan " pandai enRAM mencampur kan watak ini dengan sejarah yang sedia ada tapi kita pun tak pasti lagi hang tuah tu betul-betul ke tak ek, kan? kan? :D
..tapi watak laksaman sunan tu memang bagus la boleh jadi hidayah pada sesiapa yang dikehendaki Allah, insyaAllah.
Siapa-siapa saja bisa jatuh cinta atau suka sama itu watak laksamana sunan, i guess!

Tersentuh jugak emosi aku ni dengan cabaran-cabaran yang dilalui laksamana sunan tu tapi seperti apa yang ditulis dalam buku tu, kita kena sentiasa bersangka baik pada Allah dan ganjaran atau hikmah dari bersangka baik itu amat lah..(tak terkata)subhanallah sangat indah pada sesiapa yang mahu berfikir. Dalam kesabaran watak laksamana sunan itu menghadapi semua cabaran dia diberi peluang untuk melangkau masa, suatu perkara yang diluar batasan fikiran logik manusia, kita ada? =P yer mungkin itu hanyalah kesah yang direka tetapi ada kan kejadian sebenar dalam AlQuran, Ashabul kahfi walaupun tak sama sepenuhnya tapi apa yang ingin dinyatakan oleh penulis sepanjang novelnya ini ialah nak meningatkan kita bahawasanya tiada kuasa yang lebih besar selain Allah dan kita semua insyaAllah sememangnya dah tahu akan itu tetpai sebagai manusia yang biasa ini kita kena sentiasa diperingatkan maka marilah kita saling mengingatkan antara satu sama lain insyaAllah moga kita menjadi hamba-hamba yang dirahmati insyaAllah, Allah itu bersifat arRahman dan arRahim.

ops macam dah panjang ja post ni :D , ok cukup itu untuk buku episod pertama :D ..next post is episod kedua- cinta sang ratna!



semoga ada baiknya, insyaAllah

No comments: