asSalam Alhamdullilah akhirnya dapat juga saya mo0d untuk mencoret sinopis bagi novel Cinta sang Ratu kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri.
Wah chapter ni memang aku nak baca sangat-sangat sebab ending last chapter bagaikan Puteri, who is sang Ratu ini yang berjaya menebak belakang Laksamana Sunan dengan anak panah sihirnya itu, and 'sebagai manusia, aku sayang padammu' gosh!! hati aku pun berdetik wey! biar pun perkataan tu aku baca sendiri wey bukan dengar daripada mulut sapa-sapa pun waima sunan sendiri..hik!hik!hik! , aku kalau jadi pelakon, confirm akan jadi pelakon terbaik ala-ala shaheizy sam :D (menjiwai watak tak hengat!). Ok berbalik pada novel yer, sungguh emosi aku, pandai enRAM bermain dengan emosi pembaca..macam aku (-_-)! ..so selepas aku hantar novel yang pertama tu aku pinjam pula novel kedua and kata tuan punya 'amik semua la ct, sekali harung' sebabnya aku nak pinjam satu-satu (bajet cool ler tu, plastik!) so aku pun tanpa segan silu :D ..pinjam ketiga-tiga chapter terus, kan sumer ada 4 chapter (4 buah novel).
Pastu akak tu juga cakap sunan kawen dengan ratu so aku jadi lagi tak sabar weh! Mau tau la siapa itu gerangan sang Ratu yang berjaya menjadi isteri laksamana sunan (zaidah..jangan jeles pada benda yang takde k). Dalam novel kedua ni menceritakan bagaimana Sunan menunjukkan contoh teladan yang baik sehingga sang Ratu a.k.a ratu Sumatera yang berhati kejam dari Pulau utara itu dengan izin Allah mendapat petunjuk tentang adanya kuasa yang maha hebat daripada sihirnya. Sang Ratu juga nama asalnya Ratna adalah anak asuhan Maharani pemerintah Pulau Utara yang mengamalkan sihir dengan bantuan si tahgut.
Seperti pengakhiran chapter pertama, sunan telah ditebak oleh anak panah yang dijampi menyebabkan kecederaan yang agak teruk tapi masih selamat, belum meninggal la..ingat hero dah mati masa ending hari tu :D ..tetapi kejadian itu meninggalkan kesan pada sang Ratu, dia berasa dukacita, gelisah dan tidak gembira walaupun konon-kononnya berjaya mengalahkan laksamana sunan yang terkenal di nusantara itu, ini kerana kemenangan itu dicapai secara muslihat..dalam kekejaman sang ratu masih lagi terselit perasaannya fitrah seorang wanita semasa sunan membisikkan 'sebagai manusia, aku sayang padammu' ,sunan juga tidak mengajaknya berperang malah berdamai dan menjalinkan persahabatan dengan Acheh, namun tidak diendahkan oleh sang Ratu walaupun hati kecilnya berdetik, tetapi teringat akan Maharani hatinya berubah! .
So sang ratu ini pun selalu la menjenguk sunan, nak memantau la ni..ok ker sehat ker sunan, teruk ke cederanya :D ..maharani yang sedar akan perubahan sikap sang ratu ni mula la mengancamnya macam-macam dan membuat fitmah terhadap sunan. sang Ratu yang masih lagi mencari maksud perasaannya itu, menurut sahaja kata maharani dengan melakukan pelbagai cubaan untuk membunuh sunan namun tidak berjaya dengan perlindungan Allah dan peristiwa itu menyebabkan hatinya tertarik untuk memeluk islam dan menukar namanya kepada nama asalnya iaitu Ratna, dan macam mana diorang boleh kawen? sebab sunan nak mengelakkan fitnah and Ratna juga adalah saudara baru yang memerlukan bimbingan. Maka berkahwen la diorang,Ratna memang suka pun, suka tak hengat! aku? aku pun suka wey, aku baca citer tu so aku faham la,takda makna nak jeles! hahaha..sengal!
Dan kesan dari itu Maharani pun frust la, frust menonggeng wey, dihantar orang suruhannya untuk menculik anaknya supaya pulang ke pangkuannya dan menjadi jahat (ayat tak skema). Setelah berbagai-bagai cubaan ratna ini berjaya diculik dan sunan amatlah sedih akan hal itu, maka dia di gelar lelaki berduka dari tanah Rencong. Maka berlakulah pengembaraan sunan, sadik dan katiswara dalam menyelamatkan ratna dari ibu asuhannya itu. Yang pasti kasih sayang yang ihklas boleh mematahkan sihir yang jahat! Memang penuh emosi la thriller kali ni..dan ratna memang berjaya diselamatkan ,aku suka scene ni..yes! tapi sekejap jer pertemuan itu :( ratna terbunuh di tangan maharani sendiri demi melindungi suaminya and kejadian itu menyebabkan maharani berduka lara.
Banyak aksi la citer ni..best-best! dah macam panjang ja ni aku meng'komen' + dah ingat-ingat lupa so sampai di sini saja..takkan nak citer abiskan =P ..
So see in next post and next chapter Hijab sang Pencinta!
semoga ada baiknya, insyaAllah
No comments:
Post a Comment