Showing posts with label sukarelawan. Show all posts
Showing posts with label sukarelawan. Show all posts

Wednesday, July 06, 2011

Health N Hygiene part 1

Assalam to all, wah hari ni ada sedikit mo0d untuk mengarang ini, so sebagai program pertama yang aku join as volunteer what can i say is ..ok! quite mencabar tapi bila dengar cerita orang - orang yang biasa bersukarelawan ni program kali ni kira kurang la mencabar sikit walapun ada juga cabarannya.

Program ini diadakan di kampung orang asli di cameron highland,iaitu kampung Renglas. Kedudukan kampung ni takde la atas tanah tinggi sangat ,kira untuk ke Brinchang ke Tanah Rata ker nak beli tea ke strawberi ker kena naik atas lagi. Pun begitu laluan kitaorang memang naik bukit la pusing kiri pusing kanan dan pusing lagi and melewati banyak kebun-kebun sayur dalam sarang :D ..bukan open nyer macam ladang tea itu, dioang buat bentuk kapsul-kapsul lak. 

Kitaorang bertolak dari KL dalam pukul 4++ am and masuk cameron ikut susur keluar Tapah. Then amik kiri selepas tol..fuh jauh gak, dalam dalam ..tapi belum ujung la sebab kitaorang behenti pada satu simpang yang mana kalau kita lalu sekadar pandang jer mesti kita tak tahu rupa nya nun jauh di dalam sana ada beberapa perkampungan orang asli, ada sekolah lagi and surau and juga church(mubaligh kristian dah sampe sana dulu). So sepatutnya kitaorang park kereta kat bawah jambatan tu jer (kawasan lapang) sebab kereta-kereta yang biasa ni tak cukup syarat untuk masuk ke dalam :D (ye la tu), bukannya apa dalam dia mencabar bukan tanah rata so 4x4 jer yang sangat sesuai, so oleh kerana tak jadi park situ mungkin dari segi keselamatan ,kitaorang pun pergi la park kat satu kawasan perumahan orang asli yang agak maju ni (perumahan bantuan kot sebab sama jer spesen) kat tepi jalan ,kira tak perlu masuk dalam hutan la, tepi highway jer atas keizinan tok batin di situ. 

So lepas park kereta disitu bermula la perjalanan masuk kedalam dengan 4wheel atau 4x4 atau pajero. Ada 4 biji kesemua nya so kena ikut giliran la sebab volunteer ramai dengan barang lagi mana muat nak sumbat sumer kan sekali serentak perjalanan so 2 untuk barang-barang (ini kena first trip la) satu untuk pasukan ppum and satu lagi antara volunteer yang awal la untuk memasak and kemas barang disana. The rest tunggu trip seterusnya and sekali trip tu fuh memang jauh + mencabar nyer perjalanan dengan construction lagi tepi-tepi bukit tu and jalan yang memang tebing-tebing jer..ui seram tengok bawah,pagar tepi memang takde ler sampe ler ke satu tahap kitaorang kena turun sebab pajero tak larat nak naik, walapun gear satu, tinggi sangat bukit so kitaorang turun la biar driver naikkan kereta dulu..huhu, then perjalanan pun diteruskan dan melewati beberapa kampung, ingat dah sampe rupanya bukan lagi dan lagi dan lagi, kampung tu lagi dalam der memang thrill.

And finally kitaorang sampe juga and park kat sekolahnya. Masak-masak aktiviti sumer buat kat sekolah tu but pasukan ppum pergi kat kawasan perkampungan(ler belom sampe lagi ker kitaorang ni). Rupa-rupanya lain sekolah and kampung Renglas tu means penempatan penduduk tu kat dalam lagi tapi jaraknya takde la jauh sangat. Aku ingat kan kampung yang sebelum-sebelum ni la penduduknya rupanya bukan, dalam selepas sekolah tu ada lagi kampung. So oleh kerana aku antara volunteer yang sampe awal maka masuk dapur la aku, nak sediakan makan untuk tengahari nanti. Dari ajk sukaneka rakyat terjadi ajk masak, ok la takda hal.Volunteer lain pun beransur-ansur sampe and terus jalankan tugas mengikut tugas masing-masing tapi aku maintain di dapur la. So yang lain tu pergi kampung tinggal aku and beberapa volunteer lain la memasak didapur ni. Aku bukanla exactly tukang masak, tolong-tolong ja standard la dok dapur kan :D ..then dalam tengahari kerja-kerja check up kesihatan orang kampung dah siap, baru la orang-orang kampung datang sekolah makan, ramai rupanya, that time aku tak dapat bayangkan lagi la camna kampung diorang kat dalam tu kan.

So after lunch diorang buat sukaneka pulak riuh jugak la and penduduk kampung memang sporting-sporting, kiranya tak malu-malu la nak sertai pertandingan tak kira sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Then lepas sukaneka tu, ada minum petang pula, lepas minum petang penduduk di ajar macam mana caranya hendak membersihkan gigi dengan betul dan kebersihan kuku serta rambut.

Dah setel sumer tu diorang pun balik akan datang semula untuk aktiviti pada malam nanti.

Then semua volunteer pun check up masuk bilik, tidor kat asrama sekolah tu and memang selesa but then kuasa elektrik kena tunggu malam sikit yer..huhu, elektrik guna kuasa jana =P . Masa kitaorang pergi tu ada jugak hujan so tak panas tapi tak sejuk sangat..ok la .Then dah mandi-mandi sumer (alamak air kena catu :D ). Itu jer yang slack nyer air paip tak laju and ada satu dua paip jer yang ada air tapi bilik air ada 3, 4 so kena gilir-gilir la and mandi pun ala kadar jer. And aku diberitahu itu air bukit so sejuukk..! tapi kat surau nya deras pula airnya kat toilet sekolah pun ok juga air so kira ok la tu kat asrama jak.

Then malamnyer aku di dapur lagi, kui kui..and aktiviti malam tu makan sambil tengok wayang pacak citer p ramlee selepas sedikit ulasan dari Doktor yang terlibat berkenaan tahap kesihatan penduduk di situ dan sedikit soalan kuiz and soalan yang berjaya di jawab dengan betul oleh penduduk akan dapat hadiah..huhu,volunteer tengok jer la ek =P . Rezeki banyak jugak sampe orang kampung boleh tapau lagi dengan tepawe sendiri yer(dah bagitau sebelum tu). Dah abih makan aku layan sekejap citer tu sampe part yang aku suka (citer nasib doremi) aku pun balik tidor. Orang kampung yang dewasa nya dah ramai la yang balik, budak-budak maintain lagi sambil makan kat seat depan (aku seat belakang, jauh sikit :D ) so aku taktau sampe kul berapa malam tu baru bersurai.

semoga ada baiknya, insyaAllah

Wednesday, June 29, 2011

Minggu yang Tough

Assalam ok sebelum nak post yang baru better aku selesaikan dulu last last week nyer draft ni :D, lagipun agak bersesuaian dengan apa aku nak alkesah ni.

last week adalah minggu yang agak tough jugak bagi aku :D ,sebab kursus di luar jabatan, kursus pulak team building bukan kursus attend kelas yer :D ..so aktiviti team building tu memang best la! Outdoor nyer ..i like! we have jungle tracking sebab memang dikelilingi bukit pun penempatan kitaorang tu, drive nak ke sana pun mencabar gak bersama kereta comel ku itu walapun mengambil masa lebih kurang 30 minit jak dari ofis aku huhu..kursus bertempat di lenggeng N9 kawasan Bukit Belau dan kebun sayur :D ..Dato Fadhilah Kamsah nyer tempat. Yang pasti atas bukit tu kalau kitaorang sesat boleh sampe 3 tempat tau mengikut arah utara timur dan barat :D .iaitu, pahang, N9 and selangor..ha kira sempadan la bukit tu ,tu yang menarik tu :D ..then selain jungle tracking we have paintball game, berakit,Xplorace and tidak lupa juga malam citrawarna + BBQ ..jadual yang padat bersama masa yang singkat, 3 hari ok la tu.

Then 2 hari masuk ofis weekend tu pulak naik cameron masuk perkampungan orang asli yang memang mencabar kira 4x4 nyer pengangkutan jer yang boleh masuk. Next post aku alkesah program pertama aku as volunteer..best! (thumbs up).

And hasil dari aktiviti-aktiviti itu aku kena hantar dobi der baju aku(kat rumah tak guna mesin basuh) :D ..tapi aku tak suka antar dobi tak best so kawan aku cakap ada dobi self servis nyer..wah menarik! nak try la :D self service sampe sabun pun sendiri der..hik..hik..ahaks! so setel pakaian aku.

itu last week,this week masuk ofis kena tegur dengan pegawai sebab pergi kursus tak maklum padanya :D (padan muka aku), ala aku pun last minit der, ganti orang jer :D so per lagi buat kerja! buat kerja! satu isu lagi tak settle ni ..uwaaa!!!.Huh minggu yang panjang dah mencabar =P

Weekend this week pun padat gak ,attend kursus kawen(blushing sekejap). Hari jumaat tu ada aktiviti kat ofis sehingga pagi sabtu then aku sambung kelas fardu ain then sambung kursus, nasik baik la kursus tu start tengahari. So keputusan aku untuk mencuci baju di self service sangat betul =P ,maklum la weekend padat (poyo sekejap).

w0ot! setakat ni la dulu yer..so see in next week a.k.a post

semoga ada baiknya, insyaAllah

Wednesday, June 08, 2011

aKu as SukareLawan

Assalam, today nak berkongsi satu info :D ..sila klik link bawah (ayat skema)

SIG KOMUNITI: Laporan Program: Health & Hygiene di Kg Org Asli Genting Peras, Hulu Langat

aku insyaAllah akan join aktiviti yang sama ini for the first time as sukarelawan a.k.a volunteer :D .. comel tak aku? =P .. at cameron highland bersama orang asli kg Renglas!

semoga ada baiknya, insyaAllah