Monday, May 23, 2011

Kesah Cuti Aku 2

Sejahtera ke atas kamu ya kawan-kawan,insyaAllah..kenapa title post aku "K..C..A..2" sebab ini, kesah-cuti-aku-1 ..huhu, alkesahnya but like u care kan? :D

So nextweek insyaAllah kalau tiada tugas-tugas yang mengejut di last minit, aku cuti! wuhuu..! cuti seminggu jugak la..insyaAllah ,bersempena cuti kenduri kahwennnn...adik aku. Tetapi kesah cuti aku 1 tu takde kena mengena pun dengan adik aku..hukhuk!

Rasa macam nak balik cuti raya pulak akunyer persiapan :D ..tapi pegawai yang bertindak nak meluluskan cuti aku ni belum masuk ofis lagi hari ni..esok kah? sebab last week dia bercuti the whole week, selalu aku apply cuti giler awal! sampai kena tegur..ekkeekee..tapi kali ni sebab buat kerja kan saje lambat (sesaje ker?!) beside aku dah maklum pun padanya so kalau aku minta officer lain luluskan pun ok, insyaAllah. Esok mungkin masuk kot sebab haritu cakap macam seminggu jak dia maklum cuti.

Last weekend juga dah cuci baju-baju baru untuk anak-anak sedara aku yang dibeli semasa kunjungan aku ke Sabah last month, as buah tangan, baju baru and selendang yang akak aku order tu pun dah siap di cuci tunggu nak pakai jak. Baju ker seluar ker yang baru-baru beli ni kena cuci dulu sebelum pakai sebagai langkah keselamatan, but sometime kalau t-shirt tu nak bau kedai nya pasal,aku pakai dulu kih! kih! ..dah-dah pas ni jangan buat lagi makci! =P ..

Kenapa aku bercuti sampai seminggu walhal bukan aku pengantin ?! ..sebab kenduri adik aku tu tengah-tengah medan (istilah aku) minggu ..rabu wey! camna aku tak amik cuti 5 hari bekerja..ish ish..kalau cikgu ok la sebab time tu cuti sekolah, aku bukan cikgi waima cikgu..takpe cuti aku Alhamdullilah banyak lagi, last year dah simpan cuti so tahun ni guna habis! ngeh! ngeh! ..lagipun almost 7 tahun maybe tidak ada walimatulurus di rumah aku tu after kakngah aku so apa salahnya kan, amik cuti lama and tolong persiapkan majlis tu ~~aku persiapkan? nyibuk ader ler huhu..nyibuk di rumah sendiri takpe.

OPs look like setakat ni la post aku untuk hari ini..ada satu lagi isu yang perlu disiapkan sebelum cuti insyaAllah..chaiyok!


semoga ada baiknya, insyaAllah

No comments: