Assalam pembuka coretan, jap nak test urat mulut..mafh! mafh! mafh! ..ala-ala sharpay dalam citer high musical di disney channel! :D ..pengelupasan di area mulut and hidung akibat selsema yang lepas walaupun aku cuba untuk elakkan penggunaan tisu tapi kalau kain sapu tangan takde..tisu juga aku hentam but then not worst like before, masih maintain cun lagi ni :D ..cuma kali ni mulut aku tak boleh dibiarkan tertutup rapat lama,nanti bila nak bercakap sakit! ruang kulit yang kering tu terkoyak oh! so sebab tu aku kena buat senaman mulut always, ya la takkan nak dok ternganga ja mulut, kang lalat masuk walaupun tidak kelihatan lalat di sini atau pun haiwan-haiwan kecil yang seangkatan dengannya..Alhamdullilah
so what we have today? yesterday even though its a public holiday(wesak day), ligat-ligat otak aku mencari penyelesaian kerja aku ni, so hari ni nak test la teori-teori yang dah aku fikirkan semalam tu..wiihii! well usaha tangga kejayaan ,tak buat tak tahu kan, mana tau cubaan yang ke100 berjaya..yeay!! insyaAllah.. ~insyaAllah u will find the way..
tapi hari ni nak kongsi sikit la petikan dari buku yang aku pinjam lastweek, today dah kena hantar :D .Buku bertajuk Himpunan kisah-kisah teladan Nabi Muhammmad SAW terbitan Berlian Publication sdn bhd,sedikit mutiara kata la dari penulis maybe, untuk renungan bersama ~Dalam perlawanan,sentimen mesti lebih kuat daripada akal; Dalam politik, akal harus lebih kuat daripada sentimen; Dalam akal, sentimen harus seimbang; Dalam cinta tidak ada tempat sedikit pun bagi akal~ petikan last tu membuatkan aku terfikir..means? ..oh belum sampai ilmu aku ke situ rupanya..subhanAllah
and nak berkongsi juga petikan kesah dalam buku tu, its nice to share..
"Nabi Muhammad s.a.w berbadan sedang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, warna kulitnya putih kemerahan. Rambutnya tidak kerinting,juga tidak begitu lurus. Sewaktu Nabi s.a.w wafat tidak ada dua puluh rambut putih pun di kepala baginda. Nabi s.a.w berbadan bagus mulus, dadanya bidang menunjukkan bagus bentuk badannya.
Rambutnya kadang-kadang dipanjangkan hingga ke bahu, kadang-kadang cuma sampai setakat kedua belah telinganya. Baginda berjanggut tebal, halus kedua-dua tapak tangannya, kukuh jari-jarinya. Berkepala sempurna, kuat tulang-tulang sendinya, wajahnya bundar, bola matanya bening dengan dilindungi oleh bulu mata yang sempurna. Pada tepi matanya ada warna kemerahan, dadanya ditumbuhi bulu lembut membujur bagaikan tongkat yang memanjang hingga ke pusatnya.
Apabila berjalan baginda berjalan dengan tegap. Wajahnya tampan bagaikan bulan purnama, bersuara bagus dan mantap, kedua-dua pipinya datar. Mulutnya mungil, menunjukkan keelokan baginda, permukaan di antara perut dan dadanya nampak rata, antara kedua-dua bahu dan kedua-dua lengannya serta bahagian atas dadanya berbulu, lengannya panjang, tapak tangannya lebar, daging pada tumitnya kelihatan nipis.
Pada belakangnya terdapat Khatamun Nubuwwah yang bentuknya bagaikan mata kancing atau bagai telur burung merpati. Apabila berjalan langkahnya tegap dan mantap agak cepat. Nabi s.a.w membelah dua rambutnya serta menyisir rapi janggutnya. Setiap malam apabila hendak tidur, baginda memakai celak hitam tiga kali pada setiap mata. Baju yang paling baginda suka adalah gamis panjang yang berwarna putih, adakalanya baginda berpakaian berwarna agak kemerahan."
gambo ni ni ambil dengan men'google' jak, thanks pada pihak yang berkongsi
So sedikit perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri pada hari ini..see in next post!
semoga ada baiknya, insyaAllah
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts
Wednesday, May 18, 2011
Tuesday, January 25, 2011
Cuti
Salam all, seperti post aku yang lepas, memang banyak cuti tahun ni hinggakan budak rumah aku pun dok terfikir nak cuti ke tak minggu raya cina ni, bukannya apa, dah banyak cuti rasanya and dia pun tak tahu nak buat apa balik kampung, itu orang yang berkahwin tu, :D ..katanya lagi sebab dia jer yang bercuti orang len keja, tu yang tak best kot :D ..tapi tak kira la apa alasannya, yang pasti dia pun terasa akan kesan cuti yang selalu sangat di awal tahun ni :D ..ingat aku sorang jer..ai itula manusia, time cuti banyak..bising, cuti takda pun bising jugak! Ai..tak bersyukur :D ..beristifar la Zaidah!!
semoga ada baiknya, insyaAllah
Aku ok sebenarnya aku terima seadanya ..cuti ka tak cuti ka, kita kena pandai managed la..sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan so apa yang kita hadapi pada masa ini, kena la hargai and tahu hadapi la dengan sebaik mungkin, janganla sampai menyesal di kemudian hari ..insyaAllah
Yeah aku dah check bulan 1 and 2 jer yang banyak cuti pastu bulan-bulan akan datang ni..uhu, cuti sendiri dowh..kira kasi chance la ni awal tahun..bercuti uhu, so bulan-bulan depan struggle gak ler..kihkihkih..its ok..apa jua keadaan boleh dihadapi..mungkin tak bagi untung pada kita, bagi untung pada orang len, bila masa bagi untung pada kita, rugi pulak pada orang len..adil baaah..
Kelakar lak kakak sebelah aku ni, print surat cuti sampe 6 ke 5 keping..uhu, untuk cuti next week and next-next week..uhu + EL last week, dok tengah fikir nak hantar semua sekali ker bahagi-bahagi :D ..kalau difikirkan logic antar sekali la kan..dah alang-alang nak p minta sign kan tapi tu la macam banyak jer cuti, walhal satu- satu hari jer tapi untuk 2 bulan and lain-lain minggu tu yang kena print banyak keeping..kuingkuing..layan kan jer akak, g tengok mo0d bos anda..uhu!
Aku nyer dah lepas, tunggu hari nak balik kampung jak ni :D , Alhamdulillah and insyaAllah..harap selamat perjalanan aku pergi balik kampung – tempat cari rezeki :D ..bersama penumpang tetap adik-adik aku! Kali ni + kawan adik aku..pow budak-budak ni pun ok gak ni :D ..hukhuk!
Oleh kerana bulan ni takde hari-hari yang menyebabkan aku perlu untuk bercuti, aku tak apply cuti la ,so terimala cuti awam seadanya ini sebab bulan-bulan akan datang baru aku nak bercuti L ..bulan 2 baru apply cuti :D ..sebab dari kerja 2 hari jer, baik cuti balik kampung, lagipun dah lama tak balik kampung since awal bulan 12 tahun lepas..fuh kira lama gak la ni inda polang kampung..nampaknya tahun ni macam banyak agenda ja, ye la kenduri adik kan..tak kena TIME cuti L ..takpe tahun ni tak perlu simpan cuti sebab dah simpan banyak tahun lepas kan ,lucky me! J Alhamdullilah..
Selain itu, aku ada apply untuk tukar balik kampung, harap rezeki la tahun ni..insyaAllah sekiranya pertukaran ini baik bagi ku maka dekatkanlah ia pada ku..sekiranya tidak Allah lebih mengetahui aku terima seadanya insyaAllah, sesungguhnya Allah tidak akan sekali-kali menzalimi hambanya walau seinci zarah pun melainkan hamba itu sendiri yang suka menzalimi diri sendiri, sedikit terjemahan yang aku faham dari terjemahan yang aku baca.
Sebenarnya post ni untuk semalam tapi bahan rujukan tak cukup, jadi tak diluluskan untuk posting..kuikuikui..yela nanti bila-bila aku baca balik, aku sendiri pun tak yakin..muahahahaaa..blog ni kan untuk rujukan aku masa depan :D ..
So nak post kali ni nak letak gambar koleksi buku aku yang baru, thanks to budak rumah aku yang bagi kat aku walaupun bukan bagi saja :D ..ye la kira ok la tu ketika dia beli buku ini, ingat jugak dia kat aku :D haa..ok la tu :D sharing is caring oh yeah!
semoga ada baiknya, insyaAllah
Labels:
buku
Subscribe to:
Posts (Atom)