Assalam pembuka coretan, jap nak test urat mulut..mafh! mafh! mafh! ..ala-ala sharpay dalam citer high musical di disney channel! :D ..pengelupasan di area mulut and hidung akibat selsema yang lepas walaupun aku cuba untuk elakkan penggunaan tisu tapi kalau kain sapu tangan takde..tisu juga aku hentam but then not worst like before, masih maintain cun lagi ni :D ..cuma kali ni mulut aku tak boleh dibiarkan tertutup rapat lama,nanti bila nak bercakap sakit! ruang kulit yang kering tu terkoyak oh! so sebab tu aku kena buat senaman mulut always, ya la takkan nak dok ternganga ja mulut, kang lalat masuk walaupun tidak kelihatan lalat di sini atau pun haiwan-haiwan kecil yang seangkatan dengannya..Alhamdullilah
so what we have today? yesterday even though its a public holiday(wesak day), ligat-ligat otak aku mencari penyelesaian kerja aku ni, so hari ni nak test la teori-teori yang dah aku fikirkan semalam tu..wiihii! well usaha tangga kejayaan ,tak buat tak tahu kan, mana tau cubaan yang ke100 berjaya..yeay!! insyaAllah.. ~insyaAllah u will find the way..
tapi hari ni nak kongsi sikit la petikan dari buku yang aku pinjam lastweek, today dah kena hantar :D .Buku bertajuk Himpunan kisah-kisah teladan Nabi Muhammmad SAW terbitan Berlian Publication sdn bhd,sedikit mutiara kata la dari penulis maybe, untuk renungan bersama ~Dalam perlawanan,sentimen mesti lebih kuat daripada akal; Dalam politik, akal harus lebih kuat daripada sentimen; Dalam akal, sentimen harus seimbang; Dalam cinta tidak ada tempat sedikit pun bagi akal~ petikan last tu membuatkan aku terfikir..means? ..oh belum sampai ilmu aku ke situ rupanya..subhanAllah
and nak berkongsi juga petikan kesah dalam buku tu, its nice to share..
"Nabi Muhammad s.a.w berbadan sedang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, warna kulitnya putih kemerahan. Rambutnya tidak kerinting,juga tidak begitu lurus. Sewaktu Nabi s.a.w wafat tidak ada dua puluh rambut putih pun di kepala baginda. Nabi s.a.w berbadan bagus mulus, dadanya bidang menunjukkan bagus bentuk badannya.
Rambutnya kadang-kadang dipanjangkan hingga ke bahu, kadang-kadang cuma sampai setakat kedua belah telinganya. Baginda berjanggut tebal, halus kedua-dua tapak tangannya, kukuh jari-jarinya. Berkepala sempurna, kuat tulang-tulang sendinya, wajahnya bundar, bola matanya bening dengan dilindungi oleh bulu mata yang sempurna. Pada tepi matanya ada warna kemerahan, dadanya ditumbuhi bulu lembut membujur bagaikan tongkat yang memanjang hingga ke pusatnya.
Apabila berjalan baginda berjalan dengan tegap. Wajahnya tampan bagaikan bulan purnama, bersuara bagus dan mantap, kedua-dua pipinya datar. Mulutnya mungil, menunjukkan keelokan baginda, permukaan di antara perut dan dadanya nampak rata, antara kedua-dua bahu dan kedua-dua lengannya serta bahagian atas dadanya berbulu, lengannya panjang, tapak tangannya lebar, daging pada tumitnya kelihatan nipis.
Pada belakangnya terdapat Khatamun Nubuwwah yang bentuknya bagaikan mata kancing atau bagai telur burung merpati. Apabila berjalan langkahnya tegap dan mantap agak cepat. Nabi s.a.w membelah dua rambutnya serta menyisir rapi janggutnya. Setiap malam apabila hendak tidur, baginda memakai celak hitam tiga kali pada setiap mata. Baju yang paling baginda suka adalah gamis panjang yang berwarna putih, adakalanya baginda berpakaian berwarna agak kemerahan."
gambo ni ni ambil dengan men'google' jak, thanks pada pihak yang berkongsi
So sedikit perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri pada hari ini..see in next post!
semoga ada baiknya, insyaAllah
No comments:
Post a Comment