Then pagi tu, aku didapur lagi..yeah! sebab antara orang terawal wuhuu..! so macam biasa jalankan rutin tolong orang masak and terlibat sepenuhnya dalam buat air =P (poyo) buat tea jer pun, buat dalam periuk besar and berapa ek tin susu =P ..then diaorang sampe and sama-sama breakfast. Pastu semua orang kena pergi ke kampung untuk upacara penutup a.k.a penyampaian hadiah dan sumbangan. So aku pun teruja gak la ,ye la nak menengok lagu mana rupernyer kampung tu kan, aku pergi naik 4x4 :D ..saje ngelat taknak jalan wuhuu..!
Then sampe sana memang siapa sangka dalam hutan bukit yang berliku-liku tu ada kampung ,bukan saja rumah papan jer, rumah batu pun ada tau and sangat kemas means tersusun and(and lagi) kawasan rumah diorang takde rumput macam landskap and(and lagi dan lagi =P)ada satu buah rumah tu dibina atas batu sebab bawah rumah tu ada batu besar! kira bawah rumah dia ada batu la macam tu, rumah tu masih ada tiang la tapi dibina tinggi sebab bawah rumah dia ada batu,huhu cuba fikir masa sebelum maju tu camna kehidupan diorang, dalam hutan tebal wey jadi batu tu sangat membantu la sebagai tempat perlindungan, rumah kita pun daripada batu gak kan..hukhuk, ha rumah dia tu batu yang sebenar =P ..then ada kawasan lapang yang disimenkan i think so segala bentuk majlis buat kat situ pasang kemahkan tapi makesure jangan sampe tersentuh anjing yang berkeliaran disitu k (-_-) and angsa antara haiwan peliharaan diorang (dari mana angsa tu datang ek, mungkin ada kawasan air berdekatan). Diorang ada kereta, ada motor kira maju la ni yang TBB nyer diorang ada band der, live band! harga riban-riban tu, tak padan rumah buluh ada set drum, ada dua jenis gitar and lengkap la untuk main muzik + nyanyi, korang hado? kat kampung korang? huhu..suara orang asli ni boleh dikatakan sedap gak la, maklum la tak makan ais and benda berminyak, hukhu!(pandai ler akunye teori). Sedap tu taktau la kira boleh nyanyi gak la ,bersuara tinggi :D tapi muzik bukan bidang aku so taktau sangat no komen.
Berbalik pada cerita majlis penutup tadi,setelah semua wakil-wakil beri ucapan penutup majlis, sesi penyampaian hadiah pulak and sumbangan untuk semua pihak and ada juga lucky draw and grand prize tempat pertama is sebuah basikal! Scene ni memang best sebab untuk cabutan no last ni semua teruja termasuk penduduk. sumer dah berdiri ni yang tadi duduk,suspens!! orang yang nak menyampaikan pun terketar-ketar,hahaha kelakar the moment! and terlerai sudah bila nama yang bertuah tu dipanggil and akak tu tak pandai naik basikal so kira anak dier la yang untungnya :D ,anak laki pulak per lagi pasti mesti merayap naik bukit =P ..silap aribulan dia yang gendong basikal naik bukit wuhuu..! Ada juga persembahan dari penduduk kampung iaitu tarian sewang diorang la kan, aku pun join der! menari pusing dalam bentuk bulatan tu jer (",) then dah abis sumer bergambar kejap depan banner and balik sekolah semula.
Berkemas-kemas barang, buat post mortems sebelum nak tinggalkan sekolah tu and sebelum gerak tu baru la ada sesi perkenalan sukarelawan almaklum la sebelum ni tak sempat nak berkenalan :D ..then masing-masing pun kenalkan diri and bagi pendapat mengenai program HeHy ini, semua feedback pun positif jer so ok la ,next time buat lagi yeah! then bergerak pulang bagi trip yang pertama adalah driver-driver kereta sebab nak pergi amik kat tempat parking tu sebabnya balik kita akan ikut jalan lain, jalan yang sebelum ni kan ada construction so susah sikit la, so meaning aku trip yang kedua la :D ..barang pun tak banyak so tunggu tak lama and tak banyak trip la. Oh jalan balik ni mencabar jugak (memang mencabar jer jalan pergi balik) tapi lebih dekat and memang jalan yang digunakan penduduk kampung untuk keluar masuk dari bandar. Ada jugak beberapa buah kampung lain sepanjang perjalanan balik tu.
Then kitaorg (trip last)sampai tempat berkumpul kat tepi highway tu, bahagi-bahagi penumpang and kereta mengikut destinasi, sebab destinasi balik tak sama, masing-masing ada plan masing.. ada yang nak balik rumah terus (yang tak masuk kl), ada yang nak naik cameron sekejap g tengok tea+view serta bergambar or beli strawberi and aku dalam kategori tu la , ye la alang-alang dah dekat tu kan singgah la sekejap :D ..beside geng bujang-bujang belaka ,so makan kat Brinchang and g ladang tea tapi dah tutup (kitaorg lambat :( ) so amik gambar jer kat tepi-tepi bukit tea tu and dah penat bergambor sumer kitaorg pun blk la kuar ikut tapah terus kl, dalam kul 11malam camtu sampai la kitaorg kat rumah Salam then i pun gerak polang la selepas mengantor kawan @keramat ..maybe dalam kul12 lebih kot sampe rumah :D ..so tu la antara kesah-kesah, aktiviti-aktiviti yang ku ingat :D, gpun dah lama post ni dok dalam draft ..ahaks!
semoga ada baiknya, insyaAllah
No comments:
Post a Comment