Monday, April 18, 2011

Percutian-Labuan

oh tak sangka! last post aku first april!? ..huh! itu menunjukkan ketekunan ku dalam menyiapkan keja :P ,ye la sebab 7 april aku cuti! hihiii..and semasa aku ngah apply untuk cuti tu bos aku telah memberi amanat dan harapan (oh!) supaya siapkan keja sebelum cuti yer =P ..so sebagai pekerja yang bakal mendapat APC nextyear insyaAllah so dengan penuh ketekunan (sebelum ni pun tekun jugak!) aku cuba sebaik mungkin menyiapkan keja, sekiranya perlu stayback,aku stay tapi baki 2 isu jer yang aku belum berjaya buat pada 6 april tu..pun begitu aku tetap cuti 7 april tu..uhu, makluma la ini cuti percutian (?!) means bukan cuti balik kg ini cuti-cuti malaysia, cuti berjalan ditempat orang ..jauh seberang laut sana (jauh la sangat!) . Kira-kira 2 jam 15 minit perjalanan dengan flight AirAsia AK5176 Kuala Lumpur - Labuan (jauh tak? :P )

So hari ini nak mencoret Journey to labuan weh (SEPARUH jerk dulu)!

Assalam all, seperti yang dirancang kan tahun lepas..so bercuti la aku n the geng to labuan ,adela kawan aku cakap..labuan tak best la ..pergi la kota kinabalu ker kuching ker..well isu nya sekarang ni..kawan yang aku nak pergi  jumpa tu dok labuan..kuikui so kira kitaorg ni pergi bercuti sambil jumpa kawan la so dari segi tempat tinggal usah bimbang ..yey! =P ..even labuan pun still nek flight der..aku kan first time! :D ..maklum la dah dewasa ni baru leh jalan-jalan a.k.a bercuti jauh sikit..masa kanak-kanak mana boleh lagi =P ..entah ler harap-harap ok le perut aku ni masa naik flight nanti sebab aku ni antara orang-orang yang agak gayat dengan tempat tinggi-tinggi ni :D like father like daughter =P ..

Teringat aku masa funfair kat tempat aku (masa kecik!), kan ada roda yang besar yang pusing tu kan, aku naik malam tu kira excited + takut la ni nak naik tapi ok la aku ada perasaan nak juga cuba naik..masa roda tu berpusing perlahan-lahan naik ke atas aku rasa perut aku dah ..ringan! oh mana pergi isi dalam perut ku ni segala usus berbagai..mana??? tapi itu perasaan aku jer, aku pun tak muntah ok ..maintaine tau, mainan perasaan jer..~first time! =P so ok la puas hati gak la dah boleh naik tu kan ..kira mission accomplished!

Then masa pergi genting highland hari tu ,aku naik la wheel pusing-pusing tu, ok la takde nervous ke apa ker..aku memang suka walaupun agak gayat tapi aku nak tau apa perasaan masa naik tu..kuikui..orang lain boleh, naper kau takleh kan! haha! ..then aku naik gak space shoot tu (betul ker nama ni, tak ingat lak) ala yang naik tinggi ke atas secara menegak tu then turun secara terkejut argghh! ..fuh! berjaya aku .mission accomplished lagi! ..segala roller coaster aku naik termasuk la yang kat BTS huhu..but most masa kejadian tu berlaku aku pejam mata…hahahhaa! TBB tul aku ni! =P ..ah apa kesah ..janji naik! ..hiahiahiah!

to be continued...


semoga ada baiknya, insyaAllah

No comments: