Wednesday, January 19, 2011

ceramah

Salam 12Jan hari tu ada ceramah penerapan nilai islam dalam perkhidmatan awam..tajuk nyer Manusia dan al Quran ..disampaikan oleh yang berbahagia Dato’ Dr Basharudin Tok Guru Hj Panjang Ahmad..fuh ingat lak nama penuh dia..laju jer aku menaip ..uhu..mungkin sebab ini dia dah kali kedua dia datang :p ..dia merupakan seorag pakar perubatan islam dan paranormal nyer orang, means dia pun mengubat gak yang berkaitan paranormal nyer kes, itu bidang dia la..mungkin pakar :D ..dia ubatkan orang dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran sepenuhnya..dia bagi ceramah pun dia suruh audiens rujuk al-Quran untuk menbuktikan kata-katanya..sebab dia orang akademik so bukti mesti ada la..katanya aku sekadar merujuk apa yang dikatanya ..so audiens yang ada al-Quran tu rujuk la..aku? :D pen pun tak bawa..apatah lagi bawa al-Quran :D ..uik mana aku tau bentuk ceramah nyer, ops! Kan dia dah pernah datang :D ..aku tak terfikir la pulak wey nak bawa uwaa..! pen dengan kertas pun tak bawa mau salin baa..luckily kawan aku yang turut join bawa peralatan tu :D ..aku cuma merakam benda-benda yang berkaitan dengan aku ja la, maklumla bateri fon pun tak banyak :D .

Apa yang disampaikan memang sangat membantu, kita boleh mengubat diri kita sendiri sebelum dirujuk pakar..dia punya perubatan memang luas jugak la..samada sakit kanser ker, sakit urat ker, disampuk ker..ha tu bidang dia..well perubatan paranormal yang boleh dipercayai dah didaftarkan ler wey..tiap-tiap malam jumaat dia bacaan tahlil and yaasin so dia jemput la kitaorang join sekali, buat ramai-ramaikan..so far dia cakap memang ramai..so datang lah lagi kita meramaikan ..yang aku ingat untuk dikongsi pastikan rumah kita ada air yaasin samada untuk kegunaan memasak or minum..aku ingat lagi dia usulkan soalan


Dr Basha: kat rumah ada sos tak?
Audiens: ada! (lantang jawab nih, sebab suara yang bertanya pun lantang..)
Dr Basha: kat rumah ada kicap?
Audiens: ada!
Dr Basha: so kenapa boleh tak ada air yaasin?
Audiens: (terdiam!..senyap..terpaku sebentar) :p


.. so u know what to do right? ..saranan Dr Basha gunakan air yaasin dalam setiap masakan kita..

Dr Basha juga ajarkan kitaorg satu ayat dalam surah Al-Imran tapi aku rasa setengah orang dah tau benda ni pada yang selalu attend, join, tonton majlis ilmu macam ni sebab aku dah pernah dengar sebelum ni..so Dr ni kira me’remind’kan la..gengam beras then baca ayat 103 surah Al-Imran, pastu gaulkan semula bersama beras yang lain dalam bekas beras kira bagi campur la dengan beras lain..so insyaAllah keluarga harmoni insyaAllah :D

Pastu seperti yang kita semua maklum, penyakit kan dari Allah so penawarnya pun dari Allah la namun begitu bukan suruh dok diam, tak usaha g jumpa doctor sebab kata penawar dari Allah kan..bukan-bukan itu maksudnya..maksud di sini kita kena usaha sambil tawakal dan doa mohon pada Allah so insyaAllah moga kita terhindar dari perbuatan-perbuatan mengubati dengan cara yang tidak diberkati Allah..insyaAllah..sebaiknya mencegah lebih baik dari mengubati..apa-apa pun hadapilah dengan keyakinan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang ..Ar-Rahman Ar-Rahim ..penyakit kan untuk buang dosa :D ..betul tak statement aku ni..tapi aku biasa dengar orang cakap camni 

Nice to share..thanks to akak ofis ku yang membawa kertas dan pen pada hari itu :D ..so sedikit catitan untuk maklumat bersama..
1 – Dalil mengapa kita tak sujud semasa sbyg jenazah (Ayat 11 Surah Al-A’raf)
2– keluarga harmoni (Panggil suami balik) (Ayat 11 Surah 64)
3 – Beri hidayah pada anak2. Juga utk kaki2 pancing (Ayat 39 Surah Toha)

Ini seringkas yang mungkin la, ada banyak lagi situasi yang kita boleh gunakan ayat-ayat di atas dan ayat-ayat yang lain..nak full kena beli buku ustaz Ismail Kamus.. :D

So rasanya cukup la setakat ini aku mencoret, kang banyak-banyak jadi tak betul lak info, sekadar berkongsi panduan-panduan untuk ku di masa hadapan..uhu.. harap apa yang aku catitkan di sini betul la seperti yang aku dengar, sekiranya aku tersalah dengar atau terlepas dengar ..i’m sorry!! Yang baik tu dari Allah ..yang buruk tu dari aku ..manusia yang biasa ni
Salam

Tiada gambar untuk entry ini

semoga ada baiknya, insyaAllah

No comments: